Anda di halaman 1dari 3

1.

0 KETIBAAN PERASMI

Bismillahirahmanirahim….

SALUTASI

Yang berusaha guru besar, Pn. Narina Jan binti Mustafa Kamal, Yang dihormati Koperal Muhd Azrie Syazali
bin Ali Akbar, pegawai perhubungan sekolah, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Zainol Asri bin Mat Husin,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Asri bin Mohamed, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Pn. Rahimah binti
Sentat, Penolong Kanan KPKP, Pn. Noraida binti Ibrahim,

Seterusnya,

para guru, barisan pengawas dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum w.b.t

2.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Dalam suasana pagi yang indah dan harmoni, majlis mengalu-alukan guru-guru dan murid-murid dalam
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah Kebangsaan Sungai Baging bagi sesi 2022/2023.

Untuk pengetahuan hadirin, murid-murid yang terpilih sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber
sekolah, pengawas SPBT dan Pengawas kedai buku dipilih berdasarkan kriteria akademik, sahsiah dan
ketrampilan. Pelantikan murid-murid ini diharap mampu untuk membantu sekolah dalam memartabatkan
ilmu dan disiplin sebagai penggerak utama.

3.0 BACAAN DOA

Hadirin sekalian, sebelum majlis beranjak jauh, majlis akan dimulakan dengan bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Ustaz Bakrul Affendi bin Zakaria untuk memimpin bacaan
doa sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya.  Terima kasih
diucapkan.

4.0 PERARAKAN MASUK PENGAWAS KE TAPAK PERHIMPUNAN

Seterusnya, majlis diteruskan dengan perarakan masuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber,
pengawas SPBT dan pengawas kedai buku.
5.0 NYANYIAN LAGU NEGARAKU, NEGERI PAHANG, LAGU SEKOLAH DAN ASMAUL HUSNA

Hadirin sekalian.

Kita akan menyanyikan lagu Negaraku, diikuti lagu Negeri Pahang, lagu sekolah dan Asmaul Husna.

Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

6.0 UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Puan Guru Besar.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Narina
Jan binti Mustafa Kamal, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Baging untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

7.0 UCAPAN KOPERAL MUHD AZRIE SYAZALI BIN ALI AKBAR – PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Koperal Muhd Azrie Syazali bin Ali Akbar, pegawai
perhubungan sekolah.

Dengan ini, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Koperal Muhd
Azrie Syazali bin Ali Akbar untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan

(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

8.0 WATIKAH PELANTIKAN

Hadirin sekalian, majlis seterusnya beralih kepada acara kemuncak yang dinantikan.

Untuk itu, majlis mempersilakan Koperal Muhd Azrie Syazali bin Ali Akbar, pegawai perhubungan sekolah
diiringi oleh guru besar Puan Narina Jan binti Mustafa Kamal untuk menyempurnakan upacara watikah
pelantikan pemimpin sekolah sesi 2022/2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan..

(penyampaian watikah)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Koperal Muhd Azrie Syazali bin Ali Akbar, pegawai perhubungan
sekolah kerana menyempurnakan watikah pelantikan sebentar tadi.

9.0 BACAAN IKRAR

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar dari barisan pemimpin Sekolah Kebangsaan Sungai Baging sesi
2022/2023.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan adik Aisy Rayyan Zikri untuk mengetuai bacaan ikrar.
Dipersilakan.

(Bacaan ikrar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

10. PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati kepada Pegawai Perhubungan sekolah.

Untuk itu, majlis menjemput guru besar, Puan Narina Jan binti Mustafa Kamal untuk menyampaikan
cenderahati daripada pihak sekolah kepada Koperal Muhd Azrie Syazali bin Ali Akbar.

(penyampaian cenderahati)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

11. SESI BERGAMBAR

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar.

12. BERSURAI

Di dahan ara hinggap kenari,

Hinggap sekawan di pohon jati,

Terima kasih saudara dan saudari,

Memberi perhatian sepenuh hati.

Anda mungkin juga menyukai