Anda di halaman 1dari 4

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.

Ke pekan kuala membeli bidara


Sayang pesanan terlupa sudah
Assalamualaikum pembuka bicara
Majlis bermula di pagi yang indah.
          
Yang Dihormati En Shahrul Anuar Bin Hashin, Timbalan PPD Sektor
Pembangunan Murid
Yang Berusaha En Hasbul Hazani Bn Daud, Guru Besar SK Sungai Puyu
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Umi Kalsom Binti Ismail,
Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Pn Suryani Bt Yaakob,
Guru Penolong  Kanan Kokurikulum, Pn. Aziziah Bt. Mohamad,
Guru-guru, para pengawas sekolah, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya kita dapat berhimpun dalam Program Jom Pi Sekolah, Pemerkasaan 5S dan
Watikah Pelantikan Pengawas SK SUNGAI PUYU bagi tahun 2022.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Saudara
___________________________. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara_________ atas bacaan doa sebentar


tadi.

Hadirin sekalian
Untuk pengetahuan semua, Program Jom Pi Sekolah ini adalah satu usahasama
antara Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia dan Sekolah bagi
mengurangkan masalah ponteng sekolah, sekaligus mendidik murid untuk
menghormati serta mengikuti peraturan sekolah. Dan Pemerkasaan 5S (Senyum
Sapa Salam Sopan dan Santun) pula salah satu bentuk upaya
penanaman pendidikan karakter dan budi pekerti dilingkungan sekolah.
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha En Hasbul Hazani Bn Daud,


Guru Besar SK Sungai Puyu untuk menyampaikan ucapan alu aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Hasbul Hazani Bn Daud, Guru Besar SK


Sungai Puyu atas ucapan aluan sebentar itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Dengan itu, majlis menjemput Yang Dihormati En Shahrul Anuar Bin


Hashin, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Program Jom Pi Sekolah, Pemerkasaan 5S
dan Watikah Pelantikan Pengawas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Shahrul Anuar Bin


Hashin, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid atas perasmian itu tadi.

Pakaian dipakai cantik berseri,


Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan yg disedia.

Seterusnya kita teruskan dengan acara Gimik Pelancaran “Program Jom Pi


Sekolah dan Pemerkasaan 5S”

Marilah sama-sama kita saksikan.

---Selingan persembahan---
(Penyerahan Cenderahati dari Jawatankuasa 5S SK Sungai Puyu)
Terima kasih atas gimik dan persembahan yang hebat tadi.
Hadirin sekalian,
Kita teruskan dengan Watikah Perlantikan Pengawas..
Untuk pengetahuan semua, seramai 44 orang pengawas sekolah, 26 orang
Pengawas Pusat Sumber dan 12 org pembimbing rakan sebaya akan menerima
watikah masing-masing.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan
sayap utama sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh
mereka.
Hadirin hadirat yang dimuliakan …
                           
Bagi menyempurnakan penyampaian Watikah pelantikan Pembimbing Rakan
Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Untuk itu, majlis  menjemput
Yang berusaha En Hasbul Hazani Bn Daud, Guru Besar SK Sungai Puyu
diiringi Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Pn Nur Suryani Bt Yaakob, untuk
penyampaian watikah.

Penyampaian dimulakan dengan watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya


dan seterysnya Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Dipersilakan semua Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah untuk menerima watikah perlantikan. Dimulakan dengan :
(Senarai nama PRS dan PSS)

Terima kasih kepada En Hasbul Hazani Bn Daud, Guru Besar SK Sungai


Puyu atas penyampaian watikah bagi PRS dan PSS sebentar itu tadi..

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Penyampai Watikah Perlantikan
Pengawas Sekolah Tahun 2022. Dengan ini majlis menjemput En Shahrul
Anuar Bin Hashin, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid diiringi En
Hasbul Hazani Bn Daud, Guru Besar SK Sungai Puyu untuk penyampai
Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Tahun 2022

Dipersilakan semua pengawas untuk menerima watikah perlantikan :


(baca daripada senarai nama dari bawah ke atas)

Seterusnya majlis diteruskan dengan Perlantikan Ketua dan Penolong Ketua


Pengawas Sk Sungai Puyu tahun 2022.
Penolong Ketua Pengawas Sekolah Sk Sg Puyu bagi tahun 2022 ialah saudari
Qistina Ayuni Bt Abd Jalil  dari kelas 6Al Furqan. Dengan ini dijemput
saudari Qistina Ayuni Bt Abd Jalil selaku Penolong Ketua Pengawas SK
Sungai Puyu Tahun 2022 untuk menerima watikah.

Hadirin sekalian,
Ketua Pengawas Sekolah Sk Sg Puyu bagi tahun 2022 ialah Ammar Fahrin
Bin Ahmad Jais dari kelas 6 Al Furqan. Dan majlis mempersilakan
saudara Ammar Fahrin Bin Ahmad Jais, untuk menerima watikah
selaku Ketua Pengawas SK Sungai Puyu Tahun 2022

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Shahrul Anuar Bin


Hashin, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid dan En Hasbul Hazani
Bn Daud, Guru Besar SK Sungai Puyu atas penyampaia Watikah
Perlantikan Pengawas Sekolah Tahun 2022.

Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan ikrar pengawas.

Untuk itu, dipersilakan saudara Ammar Fahrin Bin Ahmad Jais Ketua


Pengawas SK Sungai Puyu Tahun 2022 untuk mengetuai bacaan ikrar.
                                              (bacaan ikrar)
Terima kasih diucapkan kepada saudara Ammar Fahrin Bin Ahmad Jais
Ketua Pengawas SK Sungai Puyu Tahun 2022 atas bacaan ikrar itu tadi.

Orang berbudi kita berbahasa


Orang memberi kita merasa
Berbudi tenang-tenangan
Hadiah diberi tanda ingatan

Dengan ini majlis menjemput En Hasbul Hazani Bn Daud, Guru Besar SK


Sungai Puyu untuk menyampaikan Cenderahati tanda penghargaan atas
kesudian En Shahrul Anuar Bin Hashin, Timbalan PPD Sektor
Pembangunan Murid yang sudi bertandang ke Sk Sg Puyu untuk merasmikan
dan menyampaikan watikah pelantikan pengawas.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.
Sekian Wabillahi

Anda mungkin juga menyukai