Anda di halaman 1dari 3

Tema diberi barakahnya Ramadhan,

Bulan dituntut untuk berpuasa


,Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera Ah lan wa sah lan wa marhaban bikum...ke


Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan tahun 2024 bersamaan 1445H Hijrah
peringkat SK Felda Bukit Puchong.

1. Yang Berusaha, En. Firdaus Bin Talib, Guru Besar SKFBP. Yang Dihormati, Pn.
Norliha bt mohamed yusof, Guru Penolong Kanan Pentadbiran HEM. Yang Dihormati,
En.Khairul Azeri bin mohd Yunus, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

4.Barisan warga pendidik SK Felda bukit puchong

4. Seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang
MahaEsa, kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini,
dapat kita dipertemukan dalam Program Pelancaran dan Perasmian Ihya’ Ramadhan
1445 Hijrah.Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala
ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa
hambanya diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, serta bulan penuh
keredhaan Allah.

Allah telah berfirman.

Dalam (surah al-baqarah ayat 183) Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum
kamu agar kamu bertakwa,

Hadirin dan hadirat sekalian,

QUE: BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Hadirin Sekalian, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa. Oleh itu, majlis
menjemputdan mempersilakan sahabat saya saudara Mohd Khairul Azeri bin Yunus
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

---------- selesai bacaan doa-------------

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Duduk sekawan si burung unta,Tepi keramat di waktu malam;Pada mu tuan kami


meminta,Kata azimat penutup kalam.

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Guru
Besar.Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan
YangBerusaha En. Khairul Azizi bin abd Azizi, Guru Besar SK Cherating untuk
menyampaikanucapan.

Majlis dengan segala hormat nya mempersilakan.

-----------selesai ucapan---------------

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,Kini tibalah masa yang ditunggu –
tunggu oleh kita semua ,gimik pelancaran danperasmian Ihya’ Ramadhan 1440 Hijrah
.Bagi menyempurnakan majlis ini.Majlis dengansegala hormatnya mempersilakan
Encik Khairul Azizi bin AB Aziz Guru besar SKCherating diiringi oleh En.Azman Bin
Hamid GuruPenolong Kokurikulum.Dipersilakan..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Khairu Azizi Bin Abdul Aziz
gurubesar SK Cherating dan En.Azman Bin Hamid guru penolong kokurikulum di
atasperasmian sebentar tadi.

QUE:TAKLIMAT RINGKAS PROGRAM IHYA’RAMADHAN 1440HIJRAH/2019 MASIHI

Para guru dan semua murid SK Cherating yang dikasihi sekalian…Majlis diteruskan
dengan taklimat ringkas berkaitan dengan program Ihya’Ramadhan1440 hijrah yang
akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak.Dengan ini,majlis dengan
segala hormatnya menjemput ustazah Syaima’ Binti AbdulHalim selaku Penyelaras
Program Ihya’ Ramadhan pada tahun ini Majlis dengan segalahormatnya
mempersilakan.
--------selesai taklimat------------------Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ustazah syaima’ Binti Abdul Halim bintiatas taklimat sebentar tadi.

QUE : PENUTUP

Para guru dan murid-murid Sk Cherating yang dirahmati sekalian,

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk


semua,Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap


bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Dengan berakhirnya persembahan nasyid itu tadi ,maka berakhirnya majlis


Pelancarandan perasmian Ihya'Ramadhan 1440 Hijrah .Semoga semua program Ihya’
Ramadhanyang dirancang berjalan dengan baik serta mendapat barakah dan
keberkatan daripadaAllah taala..aamiin.

Sekian, wabillah taufiq wal hidayah wassalam……

Anda mungkin juga menyukai