Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 1

Langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan

1. •Pengenalan:-Perpaduan ialah kesepakatan seluruh masyarakat dalam sesebuah


negara,tanpa mengira bangsa.Setiap anggota masyarakat dapat membentuk identiti dan nilai
kebersamaan serta perasaan cinta dan bangga akan tanah airnya sendiri.

•Isi 1:-Rumah Terbuka dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat yang berbeza.
dapat melihat kerenah para tetamu yang mencuit hati. dapat mengambil tahu tentang jiran
sekeliling. kita haruslah mengamal dan mempraktik budaya ini setiap tahun.

•Isi 2:-Malaysia kaya dengan masyarakat yang berbilang kaum. peniaga bersatu hati dan
tolong-menolong antara satu dengan yang lain. warna-warni masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa,hormat- menghormati dan bersatu padu di bawah satu payung yang sama
menjadi lambang keharmonian negera kita.

•Isi 3:-Melakukan aktiviti gotong-royong untuk mewujudkan semangat positif antara ahli-ahli
masyarakat . gotong-royong boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran
menjadi bersih. kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

•Isi 4:-Mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. melalui aktiviti ini,hubungan yang erat sesama jiran dapat
dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu
sama lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki,ke luruh
sama dituruni.

•Penutup:-Kesimpulannya,di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.Kita perlu


melestarikan dan memantapkan elemen perpaduan rakyat,demi mencapai integrasi nasional.
SOALAN 2- Cara meniningkatkan patriotisme golongan remaja
SOALAN 3 - Cadangan meningkatkan kesedaran pengguna

Peningkatan peratusan kemalangan ini tidak boleh dipandang remeh oleh pengguna
jalanraya. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh kita sebagai pengguna?
Sebagai pengguna kita perlu membantu negara mengurangkan peratusan
kemalangan.

Sehubungan itu, maklumat mengenai bahayanya menggunakan telefon bimbit


semasa memandu wajib diadakan peringkat awal di rumah. Setelah itu penerapan
juga perlu disambung di peringkat sekolah.

Ibubapa sebagai pengguna perlu memberi contoh tauladan yang baik; iaitu tidak
menggunakan telefon semasa memandu. Mereka meningkatkan pengetahuan
mengenai kebaikan serta keburukan penggunaan telefon. Proses penerapan
kesedaran tentang bahayanya menggunakan telefon bimbit sambil memandu perlu
dilakukan secara berperingkat bermula dari usia kanak-kanak kemudian remaja dan
sehingga dewasa.

Tindakan yang paling drastik yang dicadangkan oleh penulis Yu Kin Len dari
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna. Rencana beliau Haramkan Penggunaan
Telefon Bimbit Ketika Memandu yang diterbitkan dalam Konsumer Kini, 29 Mac,

2011.
Pengharaman penggunaan telefon ketika memandu adalah wajar dan pemandu
kenderaan wajib mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Satu denda
yang berat perlu dikenakan untuk menghentikan amalan menggunakan telefon
bimbit semasa memandu.

Denda yang berat bukan untuk membebankan pemandu tetapi ianya boleh
menyedarkan pemandu agar tidak langsung memegang telefon bimbit semasa
memandu. Semoga kadar kemalangan akibat dari kecuaian pemandu yang
memandu sambil menggunakan telefon bimbit dapat dikurangkan dengan kadar
segera.
SOALAN 4

A) Punca berlaku banjir kilat

Banjir kilat dikategorikan sebagai bencana alam kerana ia memberi kesan kepada
kehidupan manusia secara langsung seperti kematian, kerosakan tempat tinggal,
kenderaan, kemusnahan hasil pertanian, perniagaan atau kerosakan infrastruktur.

Dalam pada itu, jelas Dr. Haryati, bencana alam dipengaruhi dua sebab iaitu faktor
semula jadi dan manusia.

“Faktor semula jadi seperti perubahan monsun dan tiupan angin sukar untuk dikawal,
manakala faktor manusia seperti kepincangan perancangan guna tanah di bandar
memberi implikasi besar kepada struktur tanah,” terangnya.

Dalam dasar perancangan guna tanah untuk pembangunan dan penerokaan di kawasan
sensitif mengundang kepada bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan
pencemaran kualiti air.

Pada asasnya, interaksi antara manusia dengan alam sekitar secara mampan dapat
mengekalkan kelestarian alam.

Namun, sekiranya pembangunan yang dijalankan oleh manusia mengetepikan aspek


penjagaan dan pemuliharaan alam, manusia seolah- olah mengundang bencana kepada
kehidupan mereka.

Dalam keadaan semula jadi, alam sekitar dapat menyerap sebarang pencemaran sekiranya
berlaku pada kadar minimum.

Bagaimanapun, jika ia berlaku secara melampau, alam sekitar akan ‘memulangkannya’


semula dalam bentuk bencana kepada manusia dan persekitaran.

Sebagai contoh, kejadian banjir kilat merupakan antara bentuk bencana yang ‘dipulangkan’
oleh alam sekitar kepada manusia ekoran perancangan dan pencemaran secara melampau.

“Kejadian bencana alam seperti banjir kilat biasanya berlaku apabila adanya pertentangan
antara proses biofizikal dengan tindak balas manusia yang mempunyai kadar
ketidakseimbangan tinggi.

“Ekosistem adalah interaksi antara manusia dan alam sekitar yang bertindak balas terhadap
persekitaran.

Sebarang perubahan yang meninggalkan kesan negatif kepada ekosistem akan meruncingkan
tindak balas antara manusia dan persekitaran,” ulas Dr. Haryati lagi.

Pembangunan pesat di kawasan bandar seringkali mengabaikan aspek pengurusan alam


sekitar.
Aktiviti pembangunan pesat seperti bangunan perniagaan, pejabat, rumah kedai dan kawasan
perumahan menyebabkan bandar menjadi ‘hutan batu’ dan tepu. Kawasan hijau menjadi
semakin mengecil dan landskap bandar turut diturap dengan tar.

B. Langkah-langkah untuk menangani banjir kilat

Pihak pembuat dasar dan kerajaan tempatan harus mengambil inisiatif berkesan bagi
menangani masalah ini daripada terus berlaku.

Masyarakat bandar khususnya, perlu sedar bahawa pencemaran alam sekitar seperti
membuang sampah ke dalam longkang dan sistem saliran menjadi punca kepada banjir kilat
di kawasan mereka.

Oleh itu, mereka perlu dididik dengan diberi pengetahuan tentang kepentingan penjagaan
alam sekitar.

Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kawasan bandar telah


dibangunkan secara keterlaluan tanpa memikirkan keseimbangan ekosistem bandar itu
sendiri.

Keadaan yang semakin tidak terkawal itu akhirnya mewujudkan bencana yang memberi
kesan kepada kesejahteraan hidup masyarakat bandar secara keseluruhan.

SOALAN 5 – FAKTOR GAGAL MENGUASAI 3M

Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab


pendidikan murid tergolong dalam kategori ini, gagal mencapai matlamatnya. Menyisihkan
murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan
langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari.

Ada juga yang menegaskan kurang peranan ibu bapa dalam membantu anak menguasai
kemahiran asas berkenaan. Ibu bapa melepaskan sepenuh tanggungjawab 3M anak kepada
pihak sekolah semata-mata. Tiada bimbingan secara berterusan oleh ibu bapa untuk
memastikan peningkatan akademik dapat dicapai sepenuhnya.

Dalam kes anak Orang Asli contohnya, kesukaran memberi fokus kepada apa yang diajar
menyebabkan mereka gagal menguasai 3M. Hubungan antara pemikiran dengan
pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus
mereka terhadap pembelajaran. Bagi menanganinya, penggunaan alat muzik dalam proses
P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu di
kalangan anak Orang Asli. Ini kerana mereka amat peka terhadap deria pendengaran. Oleh
itu, alat muzik adalah perantara sesuai diguna pakai guru bagi menarik tumpuan kelompok
murid masyarakat minoriti itu terhadap pengajaran guru. Malah, banyak kajian luar negara
membuktikan penggunaan alat muzik mengikut etnik atau budaya berjaya membangunkan
kemahiran 3M di kalangan murid sekolah.
Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses
pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak awal.
Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun disebabkan
pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan masalah
berkenaan tidak dipandang serius. Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan profesional
cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga merasakan tidak perlu
dibantu. Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama
berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar abjad dengan cepat
kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf
berkenaan. Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan
perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya.

Anda mungkin juga menyukai