Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK FELDA BUKIT PUCHONG Kod Sekolah: CBAA058

NOR AIN BINTI WAHAB


1. Nama Guru
Pengurusan Keselamatan
3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul Kebakaran
Profesional

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 11.00 pagi

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pengarang: Bahagian Pencegahan dan Keselamatan Malaysia


Penerbit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jumlah Muka surat: 60 halaman
Tahun terbitan: 2006 (edisi pindaan)

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada semua organisasi di Malaysia. Isi
kandungan buku ini meliputi pelbagai aspek keselamatan awal yang boleh dilakukan sekiranya
berlaku kebakaran. Sebagai contoh, menutup semua suis utama jika mendengar siren dibunyikan
dan memastikan semua penghuni dalam organisasi dapat mematuhi peraturan semasa berlaku
kebakaran dengan tepat dan pantas.

Selain itu, penggunaan alat pemadam api yang betul juga ada ditunjukkan dalam buku ini.
Penggunaan yang betul dan selamat amat penting untuk memastikan alat dapat berfungsi dengan
baik. Semua ahli organisasi perlu tahu cara memadam api yang tepat dan selamat. Segala
tatacara penggunaan alat pemadam api yang berkesan ada ditunjukkan di dalam buku ini.

Panduan mencegah kebakaran ada dihuraikan dalam buku ini. Kebakaran boleh dicegah
sekiranya semua orang mengamalkan sikap berhati-hati, tidak cuai dan bertanggungjawab dalam
mengendalikan bahan mudah terbakar dengan lebih teliti.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Tegas dalam menjaga hak diri sendiri dan hak orang lain.
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiliti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan ( mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa.


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan.
3. Memberi pendedahan kepada murid untuk memperolehi pengetahuan yang betul semasa
berlaku kebakaran di kawasan rumah/ sekolah

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai