Anda di halaman 1dari 4

CONTOH KARANGAN CEMERLANG

Negara Malaysia turut menghadapi masalah pencemaran alam sekitar


yang boleh mengancam kehidupan rakyat. Huraikan usaha-usaha yang
boleh dilakukan untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar di
negara kita.
TEMA: Pencemaran Alam Sekitar
TUGASAN: Usaha-usaha menangani
FORMAT: karangan perbincangan
-ibu bapa -individu -sekolah
-media -kerajaan -masyarakat
Sejak negara kita menikmati arus kemodenan, tapak bumi bertuah
dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini telah menjadi tempat yang
tidak selamat untuk dialami. Hal ini wujud akibat daripada isu
pencemaran alam sekitar, iaitu pencemaran air, udara, dan barat.
Justifikasinya, isu jerebu yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan
penduduk malahan juga mengancam ekonomi negara terutama dalam
industri pelancongan telah menjadi topik hangat yang dibincangkan
dari kedai kopi hingga ke parlimen. Benarlah kata pepatah, kalua tidak
ada angin, masakan pokok bergoyang. Sebenarnya, sikap manusia
zaman moden yang materialistik merupakan faktor utama berlakunya
masalah pencemaran. Persoalannya, apakah Langkah yang boleh
diambil untuk mengatasi pencemaran alam sekitar? Sessunguhnya,
semua pihak haruslah mempunyai tanggunjawab untuk menangani
masalah pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi.
Pada pandangan saya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat
penting dalam menangani masalah pencemaran yang berlaku kini. Hal
ini begitu kerana ibu bapa merupakan orang yang terdekat kepada
anak-anak. Mereka sentiasa berdampingan dan berbual-bual dengan
anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa wajar mendidik mereka untuk
menghargai dan mencintai alam sekitar. Kesannya, usaha ini akan
menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar .
Uslub signifikan ini perlu dilakukan sejak mereka kecil lagi kerana
pepatah Melayu ada menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk
menyayangi alam sekitar.
Peranan yang tidak kurang penting juga ialah pihak sekolah yang
wajar memikul dan melaksanakan obligasi untuk memberikan
kesedaran kepada para pelajar. Hal ini disebabkan oleh institusi sekolah
dianggap sebagai rumah kedua kepada para remaja kerana mereka
menghabiskan kira-kira lapan jam sehari di sekolah. Dalam hal ini pihak
sekolah hendaklah mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah
dan pameran kepada pelajar. Natijahnya, para pelajar akan didedahkan
dengan aktiviti penjagaan alam sekitar secara intensif. Pihak sekolah
harus berpegang teguh pada peribahasa hendak seribu daya tak nak
seribu dalih dengan menjalankan usaha yang progmatik dan sistematik
ini secara berterusan. Justeru, komitmen pihak sekolah sangat penting
untuk mengatasi masalah alam sekitar.
Minhaj yang seterusnya ialah perancangan dan pengurusan sisa yang
sistematik perlu dijalankan. Hal ini berpunca daripada masyarakat yang
membuang sampah sewenang-wenangnya seperti di tepi jalan dan di
dalam longkang. Dengan itu, masyarakat patut mengurangkan
penggunaan bahan sumber yang sukar dilupusakan seperti bekas
polisterin dan plastik. Usaha ini menjimatkan penggunaan bahan
sumber sekali gus mengurangkan sampah sarap. Hal ini sesuai dengan
pepatah, sambil menyelam minum air. Sebelum nasi menjadi bubur,
aforisme berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis perlu dijadikan
sebagai panduan hidup untuk mengelakkan sumber daripada pupus.
Jelaslah bahawa kita hendaklah sentiasa peka terhadap isu-isu
pencemaran alam sekitar.

Lontaran idea yang seterusnya ialah pihak berkuasa juga harus


menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas dan berat. Hal ini
berpunca daripada undang-undang yang sedia ada di Malaysia masih
longgar dan lemah. Dengan demikian, undang-undang baharu yang
lebih berat harus dikenakan. Natijahnya, sikap bertanggunjawab dan
bekerjasama untuk mengutamakan kebersihan alam sekitar akan wujud
dalam golongan marhaen. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Tegasnya,
penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar harus dijalankan
untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar.
Akhirulkalam, alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan
oleh Tuhan kepada manusia. Oleh itu, masalah pencemaran alam
sekitar perlu ditangani dengan segera dan memerlukan Kerjasama padu
yang diibaratkan seperti aur dengan tebing daripada semua pihak.
Hakikatnya, generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan
kelestarian alam sekitar yang menjadi idaman oleh manusia yang cinta
akan keharmonian dan kesejahteraan. (describe the topic, give ur
cadangan dan harapan)

Anda mungkin juga menyukai