Anda di halaman 1dari 1

Pemuliharaan Ekosistem

Pada hari ini isu pemuliharaan ekosistem selalu menjadi buah mulut dan halwa telinga
masyarakat kita.Hal ini kerana ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda
hidup dengan benda bukan hidup dalam alam semulajadi.Persoalannya, mengapakah isu
sedemikian sering menjadi buah mulut masyarakat?Oleh itu,marilah kita membincangkan
usaha-usaha untuk memulihara ekosistem.
Sudah terang lagi bersuluh usaha untuk memulihara ekosistem yang pertama ialah
mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.Hal ini berlaku untuk
menjamin kebersihan persekitaran agar sentiasa bersih.Apabila aktiviti tersebut diadakan maka
kesannya dapat mengelakkan ekosistem daripada terkena serangan virus yang tidak
diingini.Sebagai contoh, kehidupan flora dapat meningkatkan kadar vitamin dan nutrien yang
banyak untuk memberi oksigen yang mencukupi kepada manusia.Keadaan ini tentunya akan
mengurangkan masalah kepupusan ekosistem.Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong
merupakan usaha untuk memulihara ekosistem.
Antara usaha memulihara ekosistem yang kedua ialah mengadakan Kempen Cintailah
Alam Sekitar.Hal ini untuk memberi kesedaran kepada manusia tentang alam sekitar.Dengan
adanya kempen tersebut maka kita dapat mengetahui kepentingan dan cara untuk menjaga
alam sekitar dengan baik.Sebagai contoh,sentiasa bersikap prihatin dan bertanggungjawab
untuk memastikan kestabilan alam sekitar terpelihara.Kesemua ini dapat mewujudkan lagi
masyarakat yang berfikiran positif.Benarlah bahawa kempen cintai alam sekitar merupakan
usaha memulihara ekosistem.
Selain itu,usaha memulihara ekosistem yang ketiga ialah menggunakan sumber alam
secara berhemah.Ianya untuk mengurangkan masalah pembaziran.Apabila kita menggunakan
sumber alam secara berhemah maka kita dapat melatih diri supaya sentiasa berjimat
cermat.Sebagai contoh,tidak melakukan pembaziran terhadap keperluan harian seperti
menggunakan air secara berlebihan.Di samping itu,kita perlu mengamalkan sikap "Beringat
Sebelum Kena, Berjimat Sebelum Habis". Tegasnya bahawa cara tersebut merupakan usaha
memulihara ekosistem.
Seterusnya, pada masa ini juga aktiviti penanaman semula pokok sangat digalakkan.Hal
ini demikian untuk mengekalkan kawasan hijau di negara kita.Bukan itu sahaja,ianya juga dapat
memberi teduhan dan mengurangkan pencemaran udara serta bunyi di kawasan bandar,malah
bertindak sebagai agen penyerap karbon.Sebagi contoh, setiap bahagian pokok mempunyai
proses fitoremediasi yang mampu bertindak balas dengan menyerap, meneutral, mengurai,
menukar dan melepaskan kimia berbahaya daripada persekitaran kepada bentuk yang lebih
selamat.Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu mewujudkan suasana yang baru untuk
negara kita.Oleh itu, aktiviti penanaman semula pokok merupakan usaha untuk memulihara
ekosistem.
Akhir sekali, usaha untuk memulihara ekosistem yang terakhir ialah mengadakan
penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa.Keadaan ini tentunya menghalang
penjenayah untuk merosakkan ekosistem alam sekitar.Apabila penguatkuasaan tersebut
diadakan maka negara kita akan terpelihara oleh pihak kerajaan.Jelaslah bahawa
penguatkuasaan undang-undang merupakan usaha memulihara ekosistem .
Kesimpulannya,pihak kerajaan perlulah bekerjasama untuk mengatasi masalah
pemuliharaan ekosistem ini.Jika tidak mereka akan dipandang rendah oleh masyarakat
setempat.Bak kata peribahasa "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

Anda mungkin juga menyukai