Anda di halaman 1dari 3

Dasawarsa ini , sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan

pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia . Namun disebalik itu , kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan ekosistem yang dicetuskan oleh
rakyat kita sendiri . Bagi memperincikan lagi , ekosistem merupakan interaksi atau hubung
kait antara benda hidup dengan benda bukan hidup dalam alam semulajadi . Pelbagai pihak
berusaha untuk menghapuskan segala anasir-anasir jahat yang ingin merosakkan ekosistem
dengan bersungguh-sungguh bagai alang-alang berminyak biar licin. Perdana Menteri
Malaysia,Dr Mahathir Mohamad pernah berucap di Taman Tugu,Kuala Lumpur pada
sambutan Hari Bumi bahawa tanggungjawab memelihara alam dan persekitaran semulajadi
adalah tanggungjawab bersama dan ia perlu dilaksanakan secara berterusan dalam apa
keadaan sekalipun. Kesan daripada kecuaian manusia mengejar kekayaan tanpa memikirkan
akibat terhadap alam sekitar telah menyebabkan insiden atau bencana berlaku yang
mengancam nyawa manusia.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,pelbagai
pihak perlu memainkan peranan penting dalam melakukan usaha secara berterusan dalam
memulihara ekosistem bagaikan hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah.
Prakarsa utama dalam mendepani cabaran yang melibatkan setiap pihak adalah bermula
dengan polisi yang digunakan oleh negara serta mampu menjadi model kepada negara
serantau. Sebagai pihak berkuasa, anjakan paradigma perlu diambil bagi memastikan
kemajuan masyarakat tempatan berlaku dari semasa ke semasa.Pihak kerajaan perlu
menganjurkan kempen Cintailah alam sekitar dengan melibatkan orang berpengaruh seperti
artis tanah air ataupun artis media sosial supaya dapat menarik minat pelbagai lapisan
masyarakat untuk menyertai kempen tersebut.Sebagai contohnya,pihak kerajaan hendaklah
memainkan peranan mereka dengan berkongsi maklumat tentang alam sekitar kepada
masyarakat seperti kesan buruk mengabaikan alam sekitar atau kepentingan menjaga
ekosistem supaya timbul kesedaran dalam diri masing-masing.Artis juga perlu berperanan
sebagai model kepada rakyat dengan menunjukkan perlakuan baik terhadap ekosistem.
Pihak kerajaan juga berinisiatif memberikan penghargaan kepada pencinta alam sekitar
seperti sijil ataupun hamper makanan dan rakyat yang menghadiri kempen tersebut akan
diberikan cenderamata.Oleh hal yang demikian,ternyatalah bahawa kempen Cintailah alam
sekitar ini merupakan tindakan bijaksana pihak kerajaan bagi memulihara ekosistem seperti
memalu ular dalam benih.
Pada realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa program kitar semula merupakan
langkah terbaik dalam pelaksanaan pemuliharaan ekosistem. Kitar semula adalah
menggunakan semula bahan-bahan terpakai menjadi bahan lain yang bermanfaat. Misalnya,
takungan air hujan boleh digunakan sebagai air siraman pokok atau tumbuhan yang kita
tanam di halaman rumah. Bahan-bahan lain seperti plastik, kaca dan bahan elektronik yang
tidak berfungsi boleh disumbangkan kepada pengusaha kitar semula. Setiap bahan
berpotensi untuk diproses semula menjadi barang yang berguna kepada masyarakat tanpa
perlu membazirkan sumber yang baharu. Mutakhir ini, syarikat-syarikat pakaian seperti
kasut dan beg mula menggunakan bahan terpakai sebagai bahan asas dalam produk baharu
mereka. Dengan kesedaran entiti-entiti besar dalam mementingkan pemeliharaan alam
sekitar mampu menjadi medium kepada sebahagian masyarakat untuk sedar akan
manfaatnya.Maka itu,terbuktilah bahawa inisiatif yang dilakukan ini sangat efektif untuk
mengurangkan kemusnahan ekosistem dengan saling bekerjasama bagai aur dengan tebing.
Namun demikian suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penanaman semula
pokok-pokok untuk membebaskan gas oksigen kepada manusia supaya manusia dapat
meneruskan hidup dengan selamat dan aman. Tanaman pokok seperti pokok-pokok bunga
dan sayur-sayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kepentingan pokok terhadap
alam sekitar umpama aur dengan tebing iaitu saling memerlukan. Sebagai contohnya, pihak
ibu bapa atau pihak sekolah boleh menggalakkan aktiviti penanaman pokok seperti pokok-
pokok bunga di kawasan persekitaran untuk menyahut seruan menyokong kempen
penanaman pokok yang dijalankan pihak kerajaan bagi memulihara alam sekitar. Kesannya,
alam sekitar yang hijau dapat memberikan udara yang nyaman dan segar kepada
penghuninya sekali gus dapat menghijaukan alam sekitar. Tegasnya, galakan dalam aktiviti
penanaman pokok dapat menjaga alam sekitar kita daripada tercemar . Kita mengakui
hakikat bahawa , penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa
ke semasa.Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran
yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran.Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan
karbon dioksida.Akhirnya, pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan
dapat membendung pelbagai masalah . Bagi membuktikan perkara ini , contoh yang boleh
diketengahkan adalah hutan , mengawal hakisan tanah dan banjir.
Sebagaimana yang yang kita ketahui , penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa
juga penting untuk membendung pencemaran ekosistem . Dalam zaman yang
serba canggih ini Isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua
pihak kerana kesan negatif yang berpanjangan yang boleh dibawa melaluinya seperti kesan
buruk terhadap tahap kesihatan manusia sekeliling, kesan buruk terhadap haiwan-haiwan,
kesan buruk terhadap keadaan tanah, kesan buruk terhadap udara, kesan buruk terhadap
kualiti air dan lain-lain lagi. Sekiranya kegiatan pencemaran tidak dibendung dari sekarang,
pencemaran yang berlaku ini boleh juga menjejaskan reputasi negara kita di mata
masyarakat antarabangsa. Adalah penting supaya proses penguatkuasaan terhadap
undang–undang sedia ada diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah
melakukan sebarang aktiviti yang boleh menjerumus kepada proses pencemaran sama ada
pencemaran tanah, pencemaran udara ataupun pencemaran air
Memandangkan keadaan yang sedemikian , penggunaan sumber alam secara berhemah
juga amat penting untuk menghentikan pembaziran . sumber tenaga boleh diperbaharui
adalah lebih baik serta ianya tidak akan habis . Selain itu juga ia tidak menghasilkan gas
rumah hijau dan tidak mencemarkan alam sekitar , ia adalah sumber tenaga yang bersih .
enaga solar diperolehi melalui pancaran cahaya matahari. Tenaga ini telah digunakan sejak
berkurun lamanya untuk mengeringkan pakaian dan hasil pertanian seperti padi, koko, kopi,
ikan bilis, ikan kering dan sebagainya. Malaysia berpotensi untuk projek menjana tenaga
solar kerana menerima pancaran cahaya matahari selama 6 jam sehari dan tenaga ini adalah
percuma serta menyeluruh.
Secara tuntas, pelbagai langkah perlu dilaksanakan dalam menjamin pemeliharaan serta
pemuliharaan alam sekitar. Setiap pihak di setiap peringkat seharusnya memainkan peranan
masing-masing bagi mencapai objektif kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini merupakan usaha
yang kolektif dimana dengan penglibatan setiap di antara kita dapat membuahkan hasil
yang sangat berbaloi bukan sahaja kepada kita malah untuk kehidupan generasi-generasi
akan datang. Bak kata peribahasa Melayu, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Semoga
ahli pemikir bekerjasama dengan badan eksekutif dalam negara menjadikan polemik ini
sebagai agenda utama negara dan mencari mekanisme terbaik dalam memastikan
pembangunan dan alam sekitar kita mencapai tahap terbaik dan menjadi kebanggaan
seluruh rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai