Anda di halaman 1dari 4

Nama : Syukri Suali

Tajuk : Sains dan teknologi untuk kelestarian kehidupan


Sekolah : SMK Ranau

Kebersihan Alam Sekitar Tanggung Jawab Bersama. Cogan kata ini diterima

pakai oleh masyarakat konvensional kerana obligasi berkenaan tentang alam sekitar

melibatkan seluruh masyarakat. Menurut Albert Einstein iaitu ahli fizik dari Jerman

dan Amerika Syarikat pada tahun 1879 sehingga tahun 1955 ada menyatakan

bahawa sains antara lain adalah untuk menemukan keindahan alam. Oleh hal yang

demikian, alam sekitar seyogia dijaga dengan sebaiknya. Silih berganti, khazanah

berharga ini sering diabaikan dan dianggap sebagai hal yang remeh-temeh.

Natijahnya, kini pelbagai pencemaran alam sekitar yang menghantui masyarakat

konvensional. Saban hari, cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang

masalah jerebu yang melanda di negara Malaysia. Oleh itu, pernahkah terlintas

dalam gawang minda bahawa sains dan teknologi sebenarnya memainkan peranan

yang signifikan untuk melestarikan alam sekitar dalam kehidupan realiti kini?

Indikator perdana, projek ‘Golden Oil’ yang berkaitan dengan sains dapat

mengurangkan pencemaran air yang disebabkan oleh pembuangan minyak masak

yang terpakai. Idea projek ini dicetuskan oleh kelab Enactus Usim daripada

Universiti Sains Islam Malaysia. Melalui projek ini, masyarakat Malaysia akan lebih

terdorong agar tidak membuang sisa minyak di mana-mana tempat yang tidak

sepatutnya. Sebagai contoh, pembuangan sisa minyak masak di parit, laut dan

sungai yang seterusnya akan menyebabkan hidupan akuatik mati. Sehubungan

dengan hal itu, masyarakat boleh mengumpul setiap minyak masak yang terpakai

sebanyak seliter dan seterusnya minyak masak itu akan dibayar. Setelah itu, minyak
masak terpakai yang telah dikumpul akan diproses menjadi biodesel. Hal ini dapat

menjimatkan sumber minyak yang terdapat di negara Malaysia. Tambahan pula,

amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Jelaslah bahawa dengan

idea sains tentang projek ‘Golden Oil’ mampu melestarikan alam sekitar dengan

mengurangkan pencemaran air dan sekaligus menjana ekonomi masyarakat.

Seterusnya, ‘The Smog Free Tower’ iaitu alat penghisap asap ruangan mampu

menjaga kualiti udara di sekeliling. Idea projek ini dicetuskan oleh Daan Roosegarde

dari Belanda. Tujuan prasarana ini diwujudkan adalah untuk mengurangkan udara

kotor yang terdapat di bandar-bandar. Perkembangan era globalisasi realiti kini

menimbulkan masalah pencemaran udara di bandar yang amat membimbangkan

masyarakat konvensional kerana berlakunya kekurangan pokok dan pelepasan asap

yang tercemar dari kilang-kilang dan seterusnya menjadi faktor utama pencemaran

udara. Jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja, masalah pencemaran udara ini akan

menjadi semakin kritikal sehingga boleh menyebabkan berlakunya jerebu yang tidak

diingini. Oleh itu, prasarana ‘The Smog Free Tower’ amat sesuai untuk diwujudkan

di setiap bandar agar kualiti udara semakin terjamin. Dengan itu, masyarakat di

bandar bebas melakukan aktiviti luar tanpa keraguan. Sudah terang lagi bersuluh

bahawa, teknologi ‘The Smog Free Tower’ ini seyogia diwujudkan di setiap bandar

agar kualiti udara lebih terjamin dan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan

secara istiqamah.

Indikator tertier, program 3R iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle’ (pengurang, guna

semula dan kitar semula) dapat mengurangkan bahan buangan yang terdapat di

negara kita . Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti pembuangan bahan yang

boleh digunakan semula akan menyebabkan negara kita dipenuhi dengan sisa

bahan buangan. Sekiranya hal ini tidak diendahkan sama sekali, kita akan membazir
sumber-sumber yang ada di negara kita. Kehilangan sumber-sumber di negara kita

pada akhirnya akan menyebabkan ‘sumber-sumber terbatas’. Bahan-bahan seperti

tin, kadbod, kotak, plastik, dan botol plastik seharusnya tidak dibuang dengan

sesuka hati kerana bahan-bahan tersebut masih boleh dikumpul untuk dikitar

semula. Sesungguhnya menghargai sumber-sumber yang terdapat di dunia

merupakan tanggungjawab semua insan. Oleh itu, masyarakat konvensional perlu

peka agar tidak membuang bahan-bahan yang masih boleh digunakan semula.

Tegasnya , program sains 3R iaitu ‘Reduce Reuse Recycle’ merupakan inisiatif yang

proaktif untuk mengurangkan sisa bahan buangan yang terdapat di negara kita demi

melestarikan alam sekitar.

Akhir sekali, Teknologi Hijau mampu memelihara alam sekitar, meminimumkan

serta mengurangkan kesan negatif aktiviti daripada manusia. Teknologi Hijau ini

merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem untuk

memulihara alam sekitar dan semulajadi. Teknologi ini mempunyai pembebasan gas

rumah hijau yang rendah atau sifar, dan selamat untuk digunakan untuk persekitaran

sihat dan baik. Sehubungan dengan hal ini, pelbagai konflik yang akan berlaku jika

alam sekitar tidak dijaga dengan sebaiknya. Misalnya, pencemaran udara, bunyi, air

dan sebagainya akan berlaku. Oleh itu, teknologi hijau ini dapat membantu

meminimumkan kesan buruk tersebut terhadap alam sekitar. Tambahan pula,

teknologi hijau ini juga mampu melindungi ekosistem, meningkatkan kualiti udara

dan air, mengurangkan pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber

semulajadi. Oleh hal yang demikian, masyarakat konvensional dapat meneruskan

kehidupan seharian dengan lebih kondusif dan sejahtera. Maka, tidak dapat

dinafikan lagi bahawa Teknologi Hijau merupakan prakarsa yang efektif dalam misi

melestarikan alam sekitar dalam kehidupan realiti kini.


Berdasarkan huraian-huraian di atas, jelaslah bahawa sains dan teknologi

memainkan peranan yang signifikan dalam melestarikan alam sekitar dalam

kehidupan yang mampan. Oleh itu, disarankan agar sikap individualistik sentiasa

dielakkan di dalam sanubari masyarakat konvensional. Seterusnya, setiap anggota

masyarakat seyogia menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan Janganlah

sekali-kali bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Oleh itu, sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh

dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin

kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah pencemaran

alam sekitar. Diharapkan agar alam sekitar tidak dianggap sebagai hal yang remeh-

temeh lagi oleh masyarakat. Kesimpulannya, biarlah matahari terus bersinar, biarlah

pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang membangun dengan

megah dan bersaing seiringan dengan negara maju yang lain dengan kualiti alam

sekitar yang terjaga demi melestarikan kehidupan yang sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai