Anda di halaman 1dari 10

Buku Skrap

Bahasa Malaysia
Tema : Lestarikan
Bumi Kita

Tajuk

Muka surat

1. Bagaimanakah Sampah dibuang

3-4

2. Cara Mengatasi masalah Pembuangan


sampah

3. Kepentingan menjaga alam sekitar

6-7

4. Bina dua Ayat Tunggal dan dua Ayat


Majmuk berdasarkan Frasa

5. Penghargaan

1.0

Bagaimanakah Sampah Dibuang?

Sampah sarap (municipal solid waste) dianggap sebagai bahan yang tidak berguna dan
tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh mendatangkan mudarat jika disimpan.
Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempat-tempat
pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau sebaliknya.
Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik
(Ridwan Lubis, 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari
rumah atau dapur. Contohnya seperti botol, kaca, tin aluminium, beg plastik, kertas, pakaian
buruk dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula adalah bahan-bahan buangan
yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan
buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembuangan dan sisa
daripada proses pengilangan.
Di Malaysia, terutamanya kawasan penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya
1.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk luar
bandar. Angka ini terus meningkat dengan pertambahan penduduk dan tahap kehidupan
rakyat yang semakin baik. Pembuangan sampah sesuka hati bukan sahaja akan menjejaskan
kesihatan manusia bahkan juga turut mengancam hidupan laut. Oleh itu, semua pihak
haruslah berganding bahu mencari jalan penyelesaiannya dengan secepat mungkin sebelum
masalah ini menjadi semakin serius.
Rakyat Malaysia sering membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada kesempatan.
Natijahnya, kita dapat melihat di mana-mana sahaja ada sampah tidak kira di rumah, pejabat,
kedai, tepi dan dalam sungai dan seumpamanya. Ini demikian kerana adanya sikap tidak
bertanggungjawab sesetengah masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat.
Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar dan jika dibiarkan ia akan menyebabkan
keadaan sekeliling berbau busuk dan seterusnya menarik perhatian haiwan perosak seperti
tikus dan lalat di mana haiwan ini turut merupakan pembawa penyakit seperti Taun.
Tambahan pula, takungan-takungan air seperti di tempat pembuangan sampah telah menjadi
tempat pembiakan nyamuk Aedes. Keadaan ini mendorong kepada penyebaran penyakit
Deman Denggi yang boleh membawa maut kepada manusia.
Selain itu, masalah pembuangan sampah turut mencemarkan keindahan dasar laut dan
seterusnya menjejaskan kehidupan hidupan laut. Menurut laporan Program Alam Sekitar
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNEP telah menyatakan bahawa
berlakunya kematian di kalangan hidupan laut seperti penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba
dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan barangan plastik. Mereka juga telah
menganggarkan bahawa di seluruh dunia sebanyak seratus ribu ekor mamalia laut dan penyu
mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik. Kejadian ini telah mengganggu
keseimbangan ekosistem akuatik.

2.0

Cara Mengatasi Masalah Pembuangan Sampah

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pembuangan sampah
yang semakin buruk ini ialah meminimumkan penghasilan sampah sarap.
Kempen"3R"(Reduce, Reuse and Recycle, meminimumkan iaitu Kurangkan, Gunakan
Semula, dan Kitar Semula) merupakan pengurusan sampah sarap dari segi sisa. Contohnya,
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah melancarkan hari tiada beg plastik pada
setiap Isnin, Selasa dan Rabu di seluruh negeri Pulau Pinang bagi mengurangkan kadar
pembuangan sampah jenis plastik malah juga mengurangkan kos pengendalian sampah sarap
dan dapat memelihara alam sekitar.
Rentetan itu, pendidikan dan kesedaran dalam bidang sisa sampah dan pengurusan sisa
sampah semakin penting dalam menangani masalah pembuangan sampah . Pihak sekolah dan
ibu-bapa perlu menyalurkan ilmu moral tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan
menanam tabiat menjaga kebersihan alam sekitar sejak mereka berada di peringkat kanakkanak lagi. Pelbagai kempen perlu dilaksanakan seperti ceramah "Cintailah Sungai Kita",
iklan TV dan radio perlu diadakan dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan kesedaran
rakyat Malaysia supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

3.0

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar
memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi
keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan
negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga
kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk
mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih
membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya
amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan
tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan
membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar
yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan
kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,
orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan
terjamin.
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar
akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan
manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi
sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air
hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan
faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air
hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan
peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian
mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di
empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita
menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan
mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang
memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi
bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan
kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna.
Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan
di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan.
Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama
haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi.
6

Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering.
Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar
adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan
Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera
kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida
dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah
ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan
tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang
baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.
Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran
yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia.
Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain
itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman
akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas
seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah
penting.
Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita.
Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau
orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat
meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang,
pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga
akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di
negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

4.0

Bina dua Ayat tunggal dan Dua Ayat Majmuk Berdasarkan Frasa
1. Ayat Tunggal
a. Masyarakat mengadakan gotong-royong pembersihan sungai.
b. Semua masyarakat perlu berganding bahu membanteras aktiviti yang
menyebabkan pencemaran alam.
2. Ayat Majmuk
a. Kita hendaklah mengadakan kempen pembuangan sampah atau kempen
mengitar semula bahan terpakai untuk kebersihan sungai kita.
b. Masyarakat mengadakakn gotong-royong pembersihan sungai untuk
mengelakkan pencemaran sungai.

5.0

Penghargaan
8

Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya,Cikgu Siti Fasmawati dan
rakan rakan saya kerana telah menolong saya membuat buku skrap ini dan telah memberi
maklumat yang saya tidak tahu. Sekian ini sahaja dari saya.

10

Anda mungkin juga menyukai