Anda di halaman 1dari 26

CARA-CARA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam membentuk sebuah keluarga
bahagia.

Cara yang utama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia ialah dengan
mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam keluarga. Sesungguhnya, nilai
sayang-menyayangi ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, ibu
bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati. Manakala anak-anak juga mesti
menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh hati di samping mendengar segala
nasihat mereka.

Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati antara ahli
keluarga. Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan konflik dalam
keluarga. Oleh itu, anak-anak mesti menghormati ibu bapa pada setiap masa
dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang lebih muda pula wajar
menghormati abang atau kakak yang lebih tua.

Kesihatan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam


membentuk keluarga bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga
berada dalam keadaan yang baik. Aka terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa
mesti segera membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aspek
kebersihan dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat oleh ibu bapa
dan anak-anak.

Selain menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti memberikan


pelajaran kepada anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak kerana
anak-anak yang berpelajaran tinggi akan mendapat pekerjaan yang baik. Ibu bapa
juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama dan moral bagi membentuk
sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran tinggi dapat
membantu pembangunan negara.

Pembentukan keluarga yang bahagia akan memberikan kesan positif


kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, dalam membentuk sebuah
keluarga bahagia, ibu bapa dan anak-anak mesti saling memahami dan
bertanggungjawab. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam
membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan Kempen Keluarga Bahagia
melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio.
KEBAIKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan guru
untuk melawat sesuatu tempat. Lawatan ini biasanya dilakukan pada cuti sekolah
dan hujung minggu. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan membuat lawatan
sambil belajar.

Kebaikan pertama membuat lawatan sambil belajar ialah pelajar dapat


menambahkan ilmu pengetahuan. Lokasi lawatan sambil belajar adalah di tempat
yang tidak pernah dikunjungi oleh pelajar. Tempat-tempat yang sering menjadi
tempat lawatan ialah muzium, syarikat percetakan akhbar, kilang-kilang serta
bangunan kerajaan.

Di samping itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberikan pengalaman


kepada pelajar. Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang
mendalam kepada pelajar. Sesungguhnya pengalaman yang dilalui semasa
lawatan sambil belajar tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit.

Lawatan sambil belajar juga membolehkan guru menerapkan nilai-nilai


murni di kalangan pelajar. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh
guru ialah mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya.
Contohnya, kemalangan jalan raya yang ditemui oleh pelajar semasa dalam
perjalanan pula akan memberi kesedaran kepada pelajar agar mematuhi peraturan
jalan raya yang ditetapkan.

Selain itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberi semangat kepada
pelajar untuk belajar dengan lebih rajin. Bagi sesetengah pelajar, mereka
memerlukan suasana yang sebenar bagi mendorong mereka untuk belajar.
Sewajarnya tempat-tempat yang dapat memberi motivasi kepada pelajar secara
langsung dan tidak langsung menjadi fokus utama lawatan.

Bagi guru, lawatan sambil belajar merupakan salah satu kaedah pengajaran
kepada pelajar. Pengajaran dalam kelas kadang-kadang membosankan pelajar.
Dengan adanya program lawatan sambil belajar, pelajar akan berasa seronok di
samping mendapat pengalaman baru. Bagi mencapai objektif pengajaran melalul
lawatan, guru mestilah membuat persediaan yang rapi sebelum dan semasa
lawatan. Setelah lawatan selesai, sewajarnya pelajar disuruh menulis laporan
lawatan atau membuat karangan tentang pengalaman semasa lawatan.
AKTIVITI MASA LAPANG

Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan
seseorang. Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita
tidak harus membazirkan masa dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa aktiviti
yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa

Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai
masa lapang. Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat
menambahkan pengetahuan, kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan
menambahkan perbendaharaan bahasa. Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca
pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku agama atau motivasi.

Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa


lapang yang baik. Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan
mencantikkan lagi pemandangan rumah tersebut. Di samping itu, udara di
sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara pokok hiasan yang boleh
ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding.

Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang
kita. Aktiviti beriadah boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai.
Aktiviti riadah juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk
nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga jika dilakukan bersama-sama ahli
keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang basikal dan
berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan
perlu diutamakan.

Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Lazimnya,
aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan nilai kesabaran
dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi
sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan
kekeluargaan menjadi semakin erat.

Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh


kita lakukan pada masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk
menjadikan hubungan kekeluargaan semakin longgar. Aktiviti menziarahi
keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan kekeluargaan. Hari yang
sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti
ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.
KEBAIKAN MEMBACA

Membaca amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil. Banyak bahan bacaan
yang mudah diperoleh seperti buku,majalah ,surat khabar dan lain-lain.Terdapat
banyak kebaikan yang boleh diperoleh apabila kita rajin membaca.

Antara kebaikan membaca ialah kita dapat menambahkan pengetahuan.


Bahan-bahan yang boleh kita baca untuk menambahkan pengetahuan ialah buku,
majalah dan surat khabar. Pengetahuan yang kita perolehi daripada pembacaan
boleh digunakan untuk menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh,
pengetahuan kita tentang pemakanan seimbang membolahkan kita mengamalkan
pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat agar tubuh kita akan menjadi
sihat.

Selain itu, membaca juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah. Setiap orang memiliki masa lapang pada setiap hari. Jika
kita tidak menggunakan masa lapang yang kita miliki dengan baik, kita akan rugi.
Oleh itu, ibu bapa perlu mendorong anak untuk membaca apabila ada masa
lapang dan sebaik-baiknya ibu perlu membaca bersama anak-anak.

Kebaikan lain aktiviti membaca ialah dapat mencerdaskan minda kita.


Malalui pembacaan, minda akan memproses maklumat yang dibaca dan dapat
mengingat apa yang dibaca dalam jangka masa yang lama. Rangsangan pada
minda ini njuga akan mencerdaskan minda kita. Minda yang cerdas akan dapat
mengeluarkan idea-idea baru dan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

Di samping itu, dengan membaca juga membolehkan seseorang pelajar


lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang. Terdapat beberapa mata pelajaran
yang memerlukan pelajar banyak membaca seperti mata pelajaran Sejarah,
Geografi dan Bahasa Malaysia. Dengan banyak membaca, pelajar akan dapat
mengingati dan memahami sesuatu topic atau tajuk dengan baik. Pelajar yang
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akan berpeluang melanjutkan
pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Kebaikan membaca seterusnya ialah kita dapat memupuk nilai-nilai murni


dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni ini terpupuk dalam diri secara tidak
langsung atau secara tidak langsung. Nilai-nilai murni yang akan terpupuk dalam
diri ialah nilai menghargai masa dan kerajinan. Sikap rajin membaca ini juga akan
menjadi contoh kepada orang lain dan secara tidak langsung dapat merangsang
orang lain untuk turut sama mengamalkan budaya.
Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum kepada Pelajar

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual waktu


belajar. Kegiatan kokurikulum terbahagi pada tiga komponen iaitu kelab dan
persatuan, sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat memantapkan


pengetahuan mengenai sesuatu kegiatan. Para pelajar mendapat ilmu mengenai
kemahiran tertentu seperti berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam sukan
yang diikuti.

Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri.
Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan pelajar patuh kepada peraturan. Ini
dapat menyemai jati diri dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat


memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Para pelajar dapat belajar bagaimana
untuk bekerjasama dan mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang
dijalankan dapat menjadikan para pelajar bersatu padu dan membuat aktiviti
dalam suasana harmonis.

Seterusnya, bakat para pelajar dapat dicungkil melalui kegiatan


kokurikulum. Bakat yang terpendam dapat dipupuk dan dikembangkan untuk
kebaikan pelajar. Para pelajar dapat menggunakan bakat yang ada untuk
mencorak kerjaya pada masa hadapan.

Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan
kokurikulum. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah
kepada pelajar.
Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada


tubuh badan kita. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita
peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.


Apabila kita berakreasi seperti berbasikal, bermain badminton dan
sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak
dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak
berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan


menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira
umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-
taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal
ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika
waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat
menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama


sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili
pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi
mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama
sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah


kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
masyarakat yang cerdas dan cergas.
Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan
dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga
dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.

Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita.
Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita
perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah
tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa
inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan
masa depan kita.

Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah


laku yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar.
Segala nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman
hidup. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita
yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.

Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian


mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap
kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban
mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas
rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan


keperluan asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah
mendesak mereka memenuhi apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak
mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya. Kita
janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang
lain. Kita sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap
seperti kacang lupakan kulit.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang


ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh
itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan
mereka.
Cara-cara menjaga Kesihatan Diri

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam
keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan
kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara lain yang mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.
Aktiviti mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan
sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk
dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan


yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil
dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang


baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang
mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang
serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual


berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika
di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah
dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang


harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria kepada diri dan keluarga.
Aku Sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal. Namaku BMX. Aku diperbuat daripada besi
dan keluli yang berkualiti. Badanku berwarna merah dan hitam. Aku dilahirkan
di sebuah kilang yang terletak di Selangor.

Setelah dilahirkan, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai


basikal di Kuantan. Pekedai itu mempamerkan kami di hadapan kedai. Setiap
hari, ramai orang lalu-lalang di kedai itu.

Pada suatu hari, seorang lelaki dan anaknya singgah di kedai basikal.
Mereka tertarik dengan kecantikan aku. Selepas tawar-menawar hargaku dengan
pekedai itu, mereka pun membeli aku dengan harga RM 450.00 lalu membawa
aku pulang ke rumah. Hatiku girang sekali kerana telah bertuan.

Tuan aku bernama Fazli. Dia ialah murid tahun lima. Setiap hari, tuan
mengayuh aku ke sekolah. Pada sebelah petang, dia mengayuh aku ke taman
permainan bersama-sama kawannya. Tuan sentiasa mengayuh basikal dengan
cermat.

Pada hari minggu, tuan akan mencuci badan aku dengan air sabun.
Selepas itu, dia menggilap badanku sehingga berkilat-kilat. Kawan-kawan tuan
sering memuji kecantikanku. Pada sebelah malam, tuan akan mengunci aku di
dalam garaj kereta agar tidak dicuri orang.

Aku sangat berbesar hati kerana diriku dihargai. Aku akan berbakti
kepada tuan aku sehingga akhir hayatku.
CATATAN : Melancong ke Pulau Langkawi
Jumaat, 7 Julai 2018

10.00 malam -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kami bergotong-royong
mengangkat barang-barang ke dalam kereta Exora kami.

11.00 malam - Mula bertolak dari rumah kami di Temerloh ke Kuala Perlis dengan menaiki kereta
Exora kami. Ayah memandu dengan tenang melalui lebuh raya. Kami sekeluarga berbual-bual sebelum
saya terlelap.

Sabtu, 8 Julai 2018

9.00 pagi - Kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Ayah memakir kereta di tepat pakir kereta berbayar. Kami
berjalan kaki menuju ke jeti dengan membawa beg dan barang-barang. Di jeti, ayah membeli tiket feri
untuk ke Pulau Langkawi.

10.00 pagi - Kami menaiki feri ke Pulau Langkawi. Inilah pengalaman pertama saya menaiki feri.
Perjalanan ke Jeti Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam. sungguh menarik pemandangan
sepanjang perjalanan itu. Ketika feri menghampiri Jeti Pulau Langkawi, kami melihat pulau-pulau kecil
yang cantik serta sebuah patung helang yang besar sebelum feri berlabuh di jeti tersebut.

11.00 pagi - Kami selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi. Kami menaiki sebuah bas pelancongan ke hotel
untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, kami makan tengah hari di sebuah gerai berhampiran
hotel itu. Kami pergi ke "Under Water World Langkawai". Di sini kami melihat pelbagai jenis hidupan
laut daripada yang sekecil-kecilnya hingga yang paling besar. Kami melihat ikan-ikan yang pelbagai
warna dan ikan yang besar-besar seperti ikan jerung dan ikan pari. Akhir sekali, sebelum keluar dari
tempat itu, kami menonton video 3D tentang kehidupan laut dan penjagaan alam di sebuah panggung
khas.

5.00 petang - Kami balik ke hotel untuk berehat. Hotel penginapan itu sungguh cantik dan berhawa
dingin. Kelengkapan di hotel itu cukup untuk keperluan kami semasa bercuti di situ. Kami berehat-
rehat di situ sementara menunggu waktu malam.

Ahad, 9 Julai 2018

5.00 pagi - Kami bangun tidur dan bersiap-siap untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting dan beberapa lagi
tempat menarik. Sebelum bertolak, kami bersarapan dahulu di hotel. Dewan makan di hotel itu besar
dan cantik. Ia terletak bersebelahan dengan sebuah kolam renang yang besar.

7.30 pagi - Kami menaiki bas pelancong ke sebuah jeti untuk menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting.
Setibanya di pulau itu, kami melihat beberapa ekor burung helang sedang terbang tinggi di udara. Di
pulau itu terdapat sebuah tasik lagenda iaitu Tasik Dayang Bunting. Di situ juga saya dapat melihat
beberapa orang pelancong sedang bermain payung terjun yang ditarik oleh bot laju.

9.00 pagi - Kami menuju semula ke Pulau Langkawi. Kemudian, kami menaiki bas pelancong untuk
menaiki Kereta Kabel Langkawi. Ramai pelancong di situ menyebabkan kami terpaksa beratur agak
lama sebelum dapat menaiki kereta kabel itu. Kami melihat pemandangan indah sewaktu menaiki kereta
kabel itu. Di puncak gunung itu, kami naik sebuah jambatan gantung. Dari situ, kami dapat melihat
pemandangan Pulau Langkawi yang indah. Kira-kira dua jam kemudian, kami turun semula ke stesen
kereta kabel. Kami membeli pelbagai cenderamata untuk dibawa pulang di gerai-gerai berhampiran
stesen itu.

11.00 pagi - Kami singgah sekejap di sebuah tapak bersejarah iaitu Makam Mahsuri. Kemudian, kami
balik ke hotel untuk mengambil barang-barang.

12.30 tengah hari - Kami keluar dari hotel dan menaiki bas pelancong menuju ke Jeti Pulau Langkawi.
Kami pulang ke Temerloh.
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik

Pada 3 Jun 2018 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Bintang
Selatan telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak
di Kawasan Perindustrian di Seri Kembangan, Selangor.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli


persatuan cara-cara membuat kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada ahli-ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik kepada ekonomi
penduduk setempat.

Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga
orang guru ini telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul 10.00
pagi dan tiba di kilang batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang tersebut. Dalam
taklimatnya, pengurus kilang iaitu Encik Osman Bin Ahmad mengucapkan terima kasih atas
kesudian kami melawat ke kilang batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua
orang penyelia kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses kain batik.

Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis batik.
Corak-corak batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan juga
mendapat pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna batik.

Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain
batik yang dilukis khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Bintang
Selatan. Kami amat gembira menerima cenderahati tersebut.

Laporan disediakan oleh, 10 JUN 2018

Amar Muhaimmin
(AMAR MUHAIMIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan.
Karangan Dialog/perbualan
Kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang persediaan yang telah untuk menghadapi
Peperiksaan Akhir Tahun pada bulan hadapan. Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.

Pada suatu hari, saya dan Faiz sedang menunggu kedatangan ibu bapa kami untuk pulang dari
sekolah. Untuk menghilangkan kebosanan, kami berdua sempat berbual-bual tentang
persediaan yang telah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun pada tahun ini.

Muiz : Faiz, nampaknya peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.

Faiz : Betul kata awak Muiz, saya berasa risau sekarang. Banyak lagi topik-topik penting
belum saya kuasai. Bagaimana persediaan awak Muiz?

Muiz : Setakat ini saya banyak membuat latih tubi menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas.
Selain itu, saya juga mengulangkaji pelajaran di rumah pada waktu petang dan malam. Saya
mempunyai jadual pembelajaran sendiri di rumah.

Faiz: Rajin betul awak Muiz. Saya pula mengikuti kelas tuisyen pada hari minggu. Banyak
teknik- teknik menjawab soalan saya peroleh daripada cikgu-cikgu yang berpengalaman. Pada
waktu petang pula, saya banyak melayari internet untuk mencari sumber-sumber pembelajaran.
Banyak juga laman web dan blog yang bermanfaat untuk kita jadikan sebagai rujukan.

Muiz: Wah, hebat betul persediaan awak Faiz! Bolehlah kita berkongsi bahan-bahan dan nota
pembelajaran yang kita miliki.

Faiz: Bagus idea awak Muiz, Kalau begitu saya cadangkan kita wujudkan kumpulan
perbincangan. Bolehlah nanti kita berbincang tentang tajuk-tajuk yang sukar kita fahami. Di
samping itu, kita juga boleh bertukar-tukar nota.

Muiz: Cadangan awak sememangnya bernas Faiz. Bolehlah kita ajak Syahmi dan Hakimi
bersama-sama. Pada pendapat saya, semakin ramai ahli kumpulan kita, semakin baik.

Faiz : Eh, nampaknya ayah saya telah datang! Apa kata kita bincang hal ini di sekolah besok.

Muiz: Baiklah, Faiz.

Faiz : Saya pulang dahulu Muiz, Assalamualaikum.

Muiz : Waalaikummussalam.
Karangan cerita : "Pengalaman bercuti di kampung”

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah berpeluang pulang ke kampung datuk dan nenek saya
yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Saya bertolak ke sana pada awal pagi dengan menaiki
bas dari Kota Bharu. Datuk menunggu saya di stesen bas Pasir Puteh.

Setibanya di rumah datuk, nenek sedang menunggu dengan hidangan makan tengahari.
Saya makan dengan berselera sekali kerana terlalu lapar, tambahan pula masakan ikan haruan
dan puyu yang nenek sediakan amat menyelerakan.

Setelah berehat dan bersolat Zohor, datuk mengajak saya ke sungai yang terletak tidak
jauh dari rumahnya untuk memancing dan melihat lukah yang ditahannya. Saya sangat seronok
kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-tunggu. Datuk mengajar saya teknik memancing
ikan di sungai. Saya bersorak kegembiraan apabila dapat memancing seekor ikan sebarau yang
agak besar. Datuk hanya tersenyum melihat gelagat saya.

Pada sebelah petang pula, datuk mengajak saya ke sawahnya. Sawah datuk sangat luas.
Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang petani bekerja di sawah mereka. Ada yang
sedang merumput, membaja dan membaiki batas-batas sawah. Datuk mengatakan bahawa
padi-padi tersebut akan dituai pada bulan hadapan. Saya berasa agak kecewa kerana tidak
berpeluang melihat kerja-kerja menuai padi.

Keesokan harinya, beberapa orang sepupu saya mengajak saya ke hutan untuk mencari
buluh. Mereka bercadang untuk membuat wau. Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah
peluang keemasan kepada saya untuk belajar membuat wau. Sepupu-sepupu saya mengajar
saya menebang buluh, membelah, dan meraut buluh untuk dibuat wau. Setelah seharian
bertungkus-lumus, saya berjaya membuat sebuah wau kucing yang sederhana besarnya. Wau-
wau yang kami buat akan kami terbangkan di padang berhampiran rumah datuk.

Setelah seminggu berada di rumah datuk dan nenek, ayah dan ibupun datang
menjemput saya pulang kerana cuti akan berakhir tidak beberapa lama lagi. Walaupun agak
keberatan untuk meninggalkan kampung datuk dan nenek, tetapi saya berasa amat gembira
kerana mendapat pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali ini.
Melengkapkan Cerita:

Aku dan rakan-rakan menyertai lathan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut
berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun…

Mulakan cerita dengan: Aku pun……………

Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ.
Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung kesakitan
sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat.

Aku segera menghampirinya dan bertanya untuk mengetahui puncanya. Dia segera
menunjukkan kakinya yang kelihatan bengkak dan lebam. “Kaki ku terperosok ke dalam
lubang ini semasa aku berlari di sini tadi”, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang kecil
di situ.

Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus
berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan menuju
ke astaka tersebut.

Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan.


“Kaki Alia cuma terseliuh sahaja”, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku
bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk. Kemudian, Cikgu Hamidi meminta
aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk mengangkat Alia ke kantin sekolah
sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil minyak urut.

Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi
oleh Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami
sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya.

Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para
pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih belum
diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan.
Surat Kiriman Tidak Rasmi: Lawatan ke Melaka

No. 07, TJ 1/8,


Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh,
Pahang.
27 Jun 2018

Assalamualaikum, menemui sahabatku Fatimah yang ku rindui selalu. Diharapkan saudari


sihat seisi keluarga.

Saudari,

Pada 20 Jun 2018, saya telah menyertai lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah.
Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Rombongan itu disertai oleh
40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah bas
yang disewa khas. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid melihat
sendiri kesan-kesan sejarah negeri Melaka di samping melawat beberapa tempat menarik di
negeri tersebut. Sebelum bertolak ke sana, kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal
pukul 7.30 pagi. Setelah diberi taklimat ringkas, kami mula bertolak ke sana kira-kira pukul
8.00 pagi dan tiba di Bandar Melaka sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Semasa perjalanan, kami berhenti di pekan Bahau untuk bersarapan. Saya sungguh
gembira melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan tersebut. Tempat pertama
yang kami singgah setelah tiba di Melaka ialah Zoo Melaka. Di situ kami dapat melihat
pelbagai jenis hidupan liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan lain-lain lagi.
Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu.

Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya yang terletak berhampiran dengan zoo tersebut.
Pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Saya
berasa sungguh ngeri apabila melihat seekor buaya tembaga menyambar bangkai ayam yang
dicampakkan oleh seorang pengawal kolam buaya di situ.
Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk
makan tengah hari. Selepas itu kami pergi pula ke Tugu A Famosa. Di situ, kami melihat kesan-
kesan tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka. Ramai murid dan guru tidak
melepaskan peluang untuk membeli pelbagai cenderamata di gerai-gerai yang banyak terdapat
di situ.

Di situ juga kami diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang
Portugis yang pernah menyerang Melaka pada suatu masa dahulu. Selain itu, saya juga dapat
menaiki Menara Taming Sari. Walaupun berasa takut tetapi saya gembira kerana dapat melihat
hampir seluruh Bandaraya Melaka dari menara tersebut. Sebelum bertolak balik, kami singgah
pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya ini. Kemudian, kira-kira pada pukul 6.00 petang,
kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di
sekolah semula kira-kira pukul 12.00 tengah malam. Saya amat gembira kerana turut meyertai
lawatan tersebut.

Akhir sekali, jika saudari ada cerita-cerita yang menarik, sudilah ceritakan kepada saya
di sini kerana saya selalu menunggu-nunggu khabar daripada saudari. Sekian sahaja untuk kali
ini. Di harap saudari sudi membalas surat saya. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Amirull
Karangan Jenis Ucapan : Ucapan Hari Guru

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima
kasih atas kepercayaan semua memberikan saya ruang dan peluang untuk berucap sempena
sambutan Hari Guru peringkat sekolah kita.

Hadirin yang dimuliakan,

Tanggal 16 Mei setiap tahun para guru di seluruh negara merayakan satu sambutan
khas. Sambutan ini bertujuan menghargai dan memartabatkan jasa para guru. Hal ini demikian
kerana guru adalah insan-insan yang telah diamanahkan menaburkan jasa dan bakti mereka
untuk mendidik kita. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

Sebagai murid kita sepatutnya menanamkan rasa hormat kepada semua guru. Sikap
merendah diri dan bercakap secara sopan- santun setiap kali berhadapan dengan guru-guru
perlu sentiasa diamalkan. Amalan sebegini amatlah digalakkan dalam agama dan budaya kita.
Murid yang mengamalkan sikap sebegini juga akan mendapat keberkatan dan kejayaan dalam
hidupnya.

Selain itu, kita juga perlulah sentiasa menumpukan perhatian setiap kali guru mengajar
dan memberi nasihat. Setiap patah perkataan yang diluahkan oleh guru-guru kita sudah tentu
bertujuan untuk memberi ilmu dan panduan yang berguna kepada kita.

Pada hari yang mulia ini saya perhatikan ramai antara kita yang membawa pelbagai
hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka. Hal
ini sangat baik kita amalkan walaupun kita sedia mengetahui bahawa para guru tidak
mengharapkan sebarang hadiah daripada kita. Sebagai mengakhiri ucapan pada pagi ini,
terimalah serangkap pantun daripada saya:

Panglima Megat orangnya perkasa,

Menentang musuh dari seberang;

Guru kita banyak berjasa,

Mendidik kita dengan kasih sayang.

Sekian, terima kasih.


PERIBAHASA : DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku. Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku
apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan
30 peratus. Ini bermakna aku mendapat ‘D’ bagi kedua-dua mata pelajaran.

Aku bingung, dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini. UPSR
enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk, aku benar-benar insaf, akau telah banyak
menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya, kecemerlanaganku di padang seiring dengan
kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini.

Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa
mengigatkan aku agar pandai membahagikan masa, selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti
kelas tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku
sedar, bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku.

Mulai hari itu aku akan mengikuti kelas tuisyen, di samping membuat latihan intensif
sekurang-kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau akan dapat memperbaiki kelemahanku.
Aku juga akan mengikuti Klinik UPSR, untuk memastikan aku mendapat maklumat-maklumat
terkini teknik belajar yang berkesan.

Tiga bulan berlalu, dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak percaya
markahku telah melonjak hampir mencapai ‘A’. Walaupun aku masih ketinggalan jika
dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain aku tetap yakin menjelang ujian percubaan
UPSR nanti aku boleh mencapai markah yang maksimum.

Apabila keputusan ujian percubaan dikeluarkan, aku mendapat 6A. Aku mampu
tersenyum, usahaku sejak lima bulan yang lalu benar-benar memeberi kesan. Aku yakin aku
akan beroleh kecemerlangan dalam UPSR yang akan belangsung sebulan lagi jika akau terus
meningkatkan usahaku. Bak kata pepatah “di mana ada kemahuan di situ ada jalan.”
PERIBAHASA : HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Desa Warisan adalah sebuah kampung yang aman damai. Kampung ini terletak di seberang
sebuah sungai. Seseorang mesti melalui sebuah jambatan apabila hendak ke kampung tersebut.

Pada suatu hari hujan ribut menyebabkan jambatan itu patah dan runtuh. Keesokannya
penduduk Desa Warisan beramai-ramai membina jambatan tersebut. Sekejap sahaja jambatan
itu siap dibina dan boleh digunakan semula.

Penduduk Desa Warisan hidup bersatu padu demi keamanan kampung. Mereka
bergotong-royong membuat kerja-kerja terutamanya kerja-kerja menanam padi, membina
serau , balai raya dan sebagainya.

Mereka juga menubuhkan persatuan-persatuan seperti persatuan kebudayaan, persatuan


belia, kelab keceriaan untuk menjalankan berbagai aktiviti yang dapat memajukan dan
mengeratkanlagi hubungan antara penduduk.

Pendeknya Desa Warisan sukar digugat oleh anasir-anasir yang tidak baik kerana sikap
mereka yang bersatu padu dan sentiasa meningkatkan permuafakata mereka untuk memajukan
desa yang tercinta, bak kata pepatah ‘Hidup sepakat membawa berkat’.

Oleh hal yang demikian tidak hairanlah kalau Desa Warisan terpilih menjadi kampung
terbaik di peringkat negeri dalam pertandingan antara kampung baru-baru ini. Selain itu,
kampung tersebut telah menjadi tumpuan kampung-kampung lain untuk meninjau rahsia
kejayaanya.
BERITA

Banjir Kilat di Pekan Panchor

MUAR, 30 November-Satu kejadian banjir kilat telah melanda Pekan Panchor,


dekat sini petang tadi. Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai di pekan itu
telah dinaiki air sedalam satu meter.

Menurut seorang penduduk di situ, Encik Mahfudz b. Mohd. Yasin, air


mula naik pada pukul 3 petang. Hujan lebat selama 4 jam telah menyebabkan air
melimpah kerana longkang yang tersumbat.

Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca
utama. Longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat.
Selain itu, pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan tanah
lumpur mengalir ke longkang.

Kejadian itu mengakibatkan banyak harta benda telah rosak. Antaranya


termasuklah perabot, barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya. Tiada
kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Penduduk-penduduk melahirkan rasa kecewa atas kejadian yang berlaku


itu. Mereka juga kesal dengan sikap pemaju projek berhampiran kerana
tidakbertanggungjawab.

Mereka berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan


supaya kejadian itu tidak berulang lagi.
Karangan Jenis Cerita

Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara
menuju ke tandas. Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang
murid sedang menconteng dinding sekolah.

Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus


melakukan perbuatan itu. Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat,
Farid dan Azwan. Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera
menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku
duga Aizat cuba menumbukku. Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian,
mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-apakan, aku mestilah
merahsiakan kegiatan mereka.

Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku
segera mencari guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku
endahkan kerana aku tidak mahu kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus
kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan
amat takut.

Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan


perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas.
Mereka juga dikehendaki memadamkan semula contengan di dinding sekolah.
Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan mereka insaf.

Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta
maaf kepadaku. Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.
Pengalaman berhari raya di rumah nenek.

Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa, kami sekeluarga telah pulang ke
kampung nenek untuk berhari raya di sana. Kampung nenek saya terletak di Gua
Musang, Kelantan.

Kami pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta api sesak dengan para
penumpang yang ingin pulang ke kampung masing-masing kami tiba di Stesen
Gua Musang ketika hari hampir senja.

Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami dengan


tangan terbuka. Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka
puasa. Kami sekeluarga berasa gembira kerana berpeluang untuk berbuaka puasa
bersama sama dengan nenek di kampung.

Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung
terang-benderang dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita
di sekeliling rumah nenek. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain di
kampung bermain bunga api.

Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami
memakai pakaian baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat
Aidilfitri. Selepas itu, Kami menziarahi pusara datuk dan mengunjugi rumah
sanak saudara di kampung. Kami juga berpeluang menikmati pelbagai hidangan
istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga bangkit.

Pengalaman berhari raya di rumah nenek sangat menyeronokkan. Aku tidak


sabar menunggu untuk beraya lagi pada tahun hadapan di rumah nenek di
kampung.
Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik
Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu
tercedera kerana terkena benda tajam.

Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Reka Bentuk dan
Teknologi. Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu
itu, Cikgu Ali iaitu guru Reka Bentuk dan Teknologi kami pergi ke tandas.

Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu.
Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami
bergegas ke bilik Reka Bentuk dan Teknologi.

Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang
terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut
cara yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada
tahun lalu.

Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon
kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa
tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih
atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Reka Bentuk dan
Teknologi tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan
sudah semakin pulih.

Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik Reka
Bentuk dan Teknologi dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang
tajam semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ketika kamu dan rakan-rakan bersiap-siap untuk melkukan aktiviti
kokurikulum, tiba-tiba kamu ternampak asap keluar dari sebuah bilik
bangunan sekolah.

Terangkan usaha kamu untuk memastikan kemusnahan harta benda dapat


dielakkan.

Akiviti pasukan beruniform dijalankan pada setiap hari Rabu, jam 3:00 petang
hingga 4:30 petang. Saya memasuki unit beruniform Pasukan Pengakap. Sambil
menanti aktiviti bermula, saya dan rakan-rakan menuju ke kantin untuk alas perut.

Dalam pejalanan ke kantin, kami melalui Blok Bestari. Tiba-tiba, saya


ternampak kepulan asap hitam di atas Blok Bestari. Saya yakin blok yang
menempatkan pusat sumber sudah terbakar dan jika lambat bertindak, satu blok
mungkin akan hangus dijilat api.

“Nampaknya blok ini terbakar, kita perlu bertindak cepat!” saya


menuding ke atas. Raju dan Kim Boon melihat ke atas, kemudian mengiakan
kata-kata saya bahawa terdapat kebakaran di tingkat atas. Tanpa berlengah lagi,
saya berlari menuju ke pejabat sekolah.

Sebelum sampai ke tempat yang dituju, saya terserempak dengan Cikgu


Zakee yang baru keluar dari kereta Subarunya. Saya menerangkan kejadian yang
saya lihat, kemudian saya bergegas ke pejabat. Saya ternampak Guru Besar ada
di pejabatnya, lalu menerangkan secara terperinci tentang kejadian yang berlaku.

Guru Besar terus keluar dari pejabatnya. Dari pejabat, kami nampak
kepulan asap hitam dari hujung Blok Bestari. Guru Besar segera menelefon
Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum mengarahkan murid-murid berhimpun
di kawasan lapang di depan pejabat.

Kira-kira 20 minit kemudian, Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba.


Kerja-kerja memadamkan kebakaran dimulakan. Saya berasa bersyukur kerana
harta benda sekolah seperti buku dapat diselamatkan daripada musnah dijilat api.
Cara-cara menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran.

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun


demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya,sebaliknya,
perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang


murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu
menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yangdisampaikan
oleh guru.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di
rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu,
sesuatu topik itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yangdianjurkan oleh


pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan memberi
penekanan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu
pelajaran itu akan meningkat.

Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-
latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulangkali. Ini akan
memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa
dengan pola-pola soalan tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi


murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan
menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai