Anda di halaman 1dari 5

SULIT

PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN
BAHASA MELAYU
TAHUN 5 BAHAGIAN A (PEMAHAMAN)
[30 markah]
Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Aisyah belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.


A menenun C saya
B menganyam D kami

2 “Maafkan_____ kerana tidak berjaya mengalahkan lanun itu,” kata Bendahara Ali kepada
Sultan.

A saya C patik
B aku D beta

3 Asis _______________ ketika menghampiri garisan penamat acara merentas desa


sekolahnya kerana kepenatan.

A terlicin-lincau C terpontang-panting
B tercungap-cungap D terliang-liuk

4 Dahi adik luka akibat terhantuk pada _________ meja semasa berkejar-kejaran dengan
kakak.

A bucu C penjuru
B atas D pangkal

5 Shuhada dan Summaya ialah rakan sekelas. _______ tinggal di taman perumahan yang
sama, di Inanam.

A Kami C Kamu
B Kalian D Mereka

6 Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

Peniaga itu sedang ______________ berat buah tembikai yang diminta oleh
pelanggannya.

A meneka C menimbang
B mengira D menyukat

7 Haikal amat gemar makan telur ayam kampung masak ________ dengan madu lebah.

A segala C semua
B separuh D sebahagian

2
SULIT
PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN
BAHASA MELAYU
TAHUN 5 8 Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah

Muhammad Haziq terpaksa menuntun basikalnya itu kerana tayar belakang basikalnya
________ terkena benda tajam.

A nipis C kendur
B leper D kempes

9
Sejak kecil Farris telah dididik oleh orang tuanya supaya
menghormati orang lain tanpa mengira usia dan kedudukan.

Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah.


A genggam bara api biar sampai jadi arang
B di mana ada kemahuan, disitu ada jalan
C melentur buluh biarlah dari rebungnya
D buang yang keruh, ambil yang jernih

10 ____________ rantai emas Puan Zaiton telah hilang semasa dia dan keluarganya
berkelah di Pantai Tanjung Aru.
A seutas C sehelai
B selingkar D sekeping

11 Air yang dijerang tadi sedang mendidih di dapur.


Pilih perkataan sinonim bagi mendidih.
A memancar C mencurah
B mengelegak D mengalir

12 Hubungan persahabatan Hasrul dan Samsul makin renggang sejak mereka berselisih
faham
Pilih perkataan antonim bagi renggang.
A rapat C renggang
B ketat D hampir

13 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Mesyuarat itu diadakan untuk memilih setiausaha yang baharu bagi menggantikan Damia
yang akan berpindah.
A Di manakah Damia akan berpindah?
B Apakah tujuan mesyuarat itu diadakan?
C Bilakah mesyuarat untuk memilih setiusaha yang baharu akan diadakan?
D Siapakah yang akan berpindah ke sekolah baharu?

14 Pilih ayat yang betul


3
SULIT
PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN
BAHASA MELAYU
TAHUN 5 A Semua murid-murid diminta beratur di tapak perhimpunan.
B Berapa orang mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.
C Siti Hajar berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan itu.
D Perjalanan ke kampung saya mengamibl masa dua setengah jam.

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Penjagaan kesihatan merupakan aspek penting dan perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa
mengira usia.
A Perkara penting untuk menjaga kesihatan perlu diamalkan oleh setiap individu.
B Setiap individu perlu mementingkan penjagaan kesihatan sebelum dimamah usia.
C Usia kita tidak menghalang penjagaan kesihatan.
D Tidak kira usia, penjagaan kesihatan adalah penting dan perlu diamalkan oleh setiap
individu.

Soalan 16 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
6.00 pagi
Aku dan Hazrul bangun lebih awal daripada biasa. Sempena cuti persekolahan, ayah telah
berjanji untuk membawa kami bercuti ke taman tema. Kami akan ke sana bersama-sama
keluarga Pak Long. Setelah semuanya siap, kami memulakan perjalanan ke sana.

8.30 pagi
Kami berhenti untuk bersarapan. Terdapat pelbagai makanan yang menyelerakan. Aku memilih
nasi lemak berlaukkan ayam goreng sebagai hidangan. Ada pelanggan yang membeli mi
goreng, nasi goreng, dan kuih muih. Pak Long tetap dengan makanan kegemarannya, iaitu roti
canai.

9.00 pagi
Perjalanan kami diteruskan semula. Sepanjang perjalanan ke sana, keadaan jalan sesak
dengan pelbagai jenis kenderaan. Agaknya, ramai yang mahu pulang ke kampung untuk
bertemu dengan keluarga tercinta, atau tidak kurang pula yang mahu bercuti bersempena
dengan cuti sekolah.

11.00 pagi
Kami sampai di destinasi, Bukit Merah Laketown Resort yang terletak di Perak. Aku dan Hazrul
begitu teruja apabila melihat keindahan taman tema air di situ. Setelah selesai berurusan di
kaunter ayah menyerahkan kunci bilik keluarga masing-masing. Aku dan Hazrul mengeluarkan
beg dan barangan yang dibawa dari but kereta. Petang nanti, kami akan berseronok di taman

16.Penulis dan keluarganya menuju ke


A Perlis
B Perak
C Kedah
D Pahang

17. Mengapakah penulis dan Hazrul bangun lebih awal daripada biasa pada hari tersebut?
4
SULIT
PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN
BAHASA MELAYU
TAHUN 5 A Mereka akan pergi bercuti.
B Musim cuti sekolah telah bermula.
C Mereka ingin memulakan perjalanan.
D Mereka berjanji kepada ayah penulis dan Pak Long.

18. Rangkai kata pelbagai makanan dalam petikan ini bermaksud?


A makanan yang tidak banyak. C bermacam-macam jenis makanan.
B nasi lemak dan ayam goreng. D banyak jenis mi, nasi, dan kuih.

19. Perjalanan menuju ke destinasi mengalami kesesakan kerana


A terdapat banyak kenderaan C jumlah kereta semakin berkurang
B ramai orang pulang ke kampung D banyak jalan utama tutup

20. Pilih pernyataan yang benar mengenai petikan tersebut.


A Ayah menyerahkan kunci bilik masing-masing.
B Mak Long berjanji untuk membawa mereka bercuti.
C Penulis dan Hazrul akan berseronok ke taman tema pada petang esok.
D Pak Long dan ayah berjaya mengotakan janji untuk membawa mereka bercuti.

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
bising kukuh benar tegap

sukar yakin lantang gugup

i. Guru besar __________ bahawa pasukan bola sepak sekolah akan mara ke pusingan
akhir.
ii. Haris akan belajar bersungguh-sungguh hingga dia berjaya menguasai topik Matematik
yang ______________ itu
iii. Kebanyakkan peserta pertandingan mendeklamasi sajak itu mempunyai suara yang
_____________
iv. Badan Pak Kassim masih __________ walaupun usianya sudah menjangkau lebih
separuh abad.
v. Ezzah berasa ___________ semasa menjalani temu duga di pejabat buruh pagi tadi.

( 5 markah )

5
SULIT
PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN
BAHASA MELAYU
TAHUN 5 Soalan
22
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Pelbagai jenis tepung digunakan dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu,


antaranya tepung beras, tepung pulut, tepung ubi, tepung kacang hijau, tepung kentang
dan juga tepung gandum. Tepung beras adalah antara tepung yang paling banyak
digunakan dalam menyediakan kuih-muih tradisional Melayu terutama dalam membuat
kuih lapis, apam, kuih tepung talam, bancuhan gorengan untuk pisang, keledek, sukun
dan sebagainya. 

Dalam penyediaan kuih moden pula, tepung beras diadun dengan tepung pilihan
yang bersesuaian dengan menu untuk mendapatkan tekstur kuih yang lebih lembut atau
kenyal serta memberi warna dan rasa. Sebagai contoh, kita ambil cara-cara bagi
penyediaan adunan kuih tepung pelita. Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih
tradisional Melayu yang sedap serta enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih
yang manis tetapi tidak tahan lama.

Bahan asas kuih tepung pelita ialah santan dan tepung beras. Adunan ini dimasak
dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Di tengah-tengahnya pula diisi
dengan air gula yang menjadikan rasa kuih ini lemak manis. Kuih tepung pelita boleh
disimpan dalam peti sejuk.

Pada asasnya, kuih tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian
atas yang dikenali sebagai kepala kuih. Bahagian kepala kuih tepung pelita ini amat
lembut kerana bahan utamanya berasaskan santan kelapa dan warnanya putih.
Bahagian bawahnya pula diperbuat daripada tepung beras dan biasanya berwarna
kehijauan. Bahagian bawah kuih ini agak keras sedikit berbanding dengan bahagian
kepala kuih. Daun pandan digunakan sebagai pewarna asli sekali gus menjadikan aroma

a) Kebanyakan kuih-muih tradisional Melayu berasaskan ____________________________


(1 markah)

b) Apakah tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih tepung pelita?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(2 markah)

c) Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat atau petikan yang disediakan.
Tepung beras diadun dengan tepung pilihan yang sesuai dengan menu untuk mendapatkan
tekstur kuih yang lebih lembut.

Kuih tepung pelita merupakan antara puluhan jenis kuih tradisional masyarakat Melayu
yang sedap rasanya.

Bahagian bawah kuih tepung pelita ini keras sedikit jika dibandingkan dengan bahagian
kepala kuih tersebut.

(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai