Anda di halaman 1dari 6

Modul Penulisan (Tiong Yong Hee)

Bahagian A
(10 markah)
(Masa dicadangkan: 15 minit)

Gambar di bawah menunjukkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid di

sekolah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid

di sekolah.
Bahagian B
(15 markah)
(Masa dicadangkan: 25 minit)

Gambar di bawah menunjukkan poster menjaga kesihatan gigi.

Tulis ulasan tentang poster tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


Bahagian C
(25 markah)
(Masa dicadangkan: 35 minit)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya jawapan kamu

hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Sekolah kamu telah menyambut Hari Guru pada minggu lepas.

Tulis sebuah catatan tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu dengan selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Peperiksaan UPSR akan menjelang tiba. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu untuk

menceritakan persiapan kamu untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

KERTAS SOALAN TAMAT


Contoh Jawapan Bahagian B (Poster Menjaga Kesihatan Gigi)

Pendahuluan:

Gigi penting untuk memastikan sistem penghadaman makanan kita berjalan dengan lancar.

Isi:

(1) Kita haruslah menggosok gigi setiap kali selepas makan untuk mengelakkan sisa makanan

tersekat di celah-celah gigi.

(2) Selain itu, kita perlulah makan makanan yang bergizi seperti buah-buahan dan sayur-

sayuran.

(3) Di samping itu, kita mestilah membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali

setahun.

(4) Seterusnya, kita hendaklah menghindari makanan yang mengandungi gula agar gigi kita

tidak rosak.

(5) Akhirnya, kita patutlah menggunakan pes gigi yang berflorida supaya gigi kita sihat.

Penutup:

Kesimpulannya, gigi kita haruslah dijaga dengan baik kerana senyuman yang menawan akan

diperoleh melalui gigi sihat. Kita boleh menikmati makanan yang sedap dengan adanya gigi yang

sihat.
Bahagian B
(15 markah)
(Masa dicadangkan: 25 minit)

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan.

Tulis ulasan tentang gambar tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

menziarahi – perayaan

Cara-cara

memupuk semangat

kejiranan

gotong-royong mengadakan rondaan

aktiviti sukaneka melawat jiran yang sakit


Contoh Jawapan Bahagian B (Cara-cara memupuk semangat kejiranan)

Pendahuluan:

Jiran ialah individu yang tinggal berdekatan dengan kita. Kita hendaklah berbaik-baik dengan

jiran kita.

Isi:

(1) Kita boleh menziarahi jiran semasa musim perayaan untuk memupuk persefahaman

antara kaum dan budaya.

(2) Selain itu, kita perlulah mengadakan rondaan di kawasan perumahan agar keselamatan

penduduk dijamin.

(3) Di samping itu, kita hendaklah melawat jiran yang sakit dengan membawa buah tangan

dan memberikan sokongan kepadanya.

(4) Seterusnya, kita juga boleh menyertai aktiviti sukaneka semasa pertandingan yang

dapat memupuk semangat bekerjasama antara jiran tetangga.

(5) Akhirnya, kita hendaklah menjalankan gotong-royong agar kebersihan kawasan

perumahan dijaga dan bebas daripada jangkitan penyakit.

Penutup:

Kesimpulannya, semangat kejiranan haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana merekalah yang akan

memberikan bantuan segera apabila kita menghadapi kesusahan.

Anda mungkin juga menyukai