Anda di halaman 1dari 3

Maafkan Ayah

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang arif lagi bijaksana barisan panel
hakim, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Nama saya
__________________________.

“Ma..ma..Maafkan ayah, Amar, maafkan ayah. Ayah sangat menyesal”,


rintih Encik Zaki dalam tangisan. Beliau amat menyesal dengan perbuatannya
selama ini. Hanya kerana inginkan kemewahan, beliau sanggup mengambil
jalan yang singkat.

Kawan-kawan sekalian,
Begitulah kesudahan cerita yang bertajuk “Maafkan Ayah” yang akan
saya sampaikan pada hari ini.
Amar merupakan seorang murid yang ceria. Dia juga dari keluarga yang
berada. Setiap hari dia akan dihantar oleh ayahnya ke sekolah dengan kereta
mewah. Pakaian dan alat tulisnya juga semuanya berjenama mahal.Apa sahaja
yang dihajatinya pasti akan ditunaikan oleh ayahnya. Oleh itu, dia sentiasa
menjadi tumpuan dalam kalangan murid-murid lain di sekolahnya.
Sungguhpun begitu, Amar bukan seorang yang sombong malahan dia
juga tidak memilih kawan. Dia berkawan dengan semua orang. Oleh sebab itu,
dia amat disenangi oleh kawan-kawannya. Salah seorang kawan rapatnya
bernama Haikal. Mereka belajar di kelas yang sama. Setiap hari, mereka sering
menghabiskan masa bersama.

Kriiiinnngggg….kringggg…loceng berbunyi menandakan tamatnya


waktu persekolahan. Semua murid bergegas keluar dari kelas untuk pulang ke
rumah masing-masing.
Amar dan Haikal berjalan beriringan keluar dari kelas mereka. Amar
terus menuju ke arah kereta bapanya yang sedang menunggu di suatu sudut di
luar pagar sekolah. Haikal pula hanya berjalan kaki sahaja pulang ke rumah.
Semasa Haikal ingin meneruskan perjalanannya, tiba-tiba Amar menjerit
memanggilnya.
“Haikal…. jomlah naik kereta dengan aku”, ajak Amar.
“Eh, tak apalah Amar, aku jalan kaki sahaja,” jawab Haikal. “Lagipun
rumah aku dekat je dengan sekolah,” sambung Haikal lagi.
Namun Amar yang tidak mahu mendengar alasan Haikal lantas turun dari
kereta. Dia terus memegang tangan Haikal dan mengajak Haikal masuk ke
dalam keretanya. Haikal hanya tersipu-sipu malu.
Begitulah rutin sehariannya pada hari persekolahan. Amar akan dihantar
dan dijemput oleh ayahnya setiap hari tepat pada masanya. Jarang sekali
ayahnya lewat. Oleh sebab itu, dia berasa amat bersyukur kerana disayangi oleh
kedua ibu bapanya. Walaupun bapanya sibuk bekerja namun tidak pernah sekali
pun beliau gagal untuk datang menjemputnya
Namun seperti kata pepatah, ku sangkakan panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengah hari. Begitulah kehidupan Amar sekeluarga,
Haaa… kawan-kawan nak tahu apa yang terjadi kepada keluarga Amar?
Mari kita dengar sambungannya.
Pada suatu hari, seperti kebiasaan apabila bunyi sahaja loceng tamat
persekolahan, Amar bergegas keluar dari kelas untuk pulang. Hatinya berbunga-
bunga kegembiraan. Pada hari ini ayahnya sudah berjanji untuk membawanya
ke suatu tempat bagi menyambut hari lahirnya. Sambil berjalan, Amar teringat
akan perbualan dia dan ayahnya dua hari lepas.
“Amar, hari lahir Amar tahun ini ayah ada kejutan istimewa untuk Amar
tau,” kata Encik Zaki kepada Amar.
“Wah, hadiah istimewa, seronoknya! Tak sabar Amar nak tunggu,” kata
Amar kegembiraan.
“Terima kasih ayah, sayang ayah,” ucap Amar lagi sambil mencium
ayahnya dengan mesra.
Ibunya yang hanya mendengar perbualan dua beranak itu tersenyum
manis. Amar sememangnya lebih rapat dan manja dengan ayah berbanding
ibunya.
Masa terus berlalu, Amar melihat jam yang dipakainya. Jam sudah
menunjukkan pukul 2.00 petang. Namun kelibat ayahnya masih belum
kelihatan.
“Eh, di mana ayah ni, sampai sekarang pun tak sampai- sampai lagi,”
rungut Amar. Amar terus menunggu dengan sabar.

“Mungkin ayah ada mesyuarat atau jalan sesak agaknya,” fikir Amar lagi.
Selang beberapa minit, sebuah kenderaan berhenti di hadapan Amar.
Maka keluarlah pemilik kenderaan tersebut.
“Eh, cikgu,” sapa Amar apabila melihat kelibat guru kelasnya.
“Amar, mari saya hantarkan kamu pulang, hari ini ayah kamu tidak dapat
ambil kamu,” jelas guru kelasnya panjang lebar.
Tapi, kenapa cikgu ? tanya Amar kehairanan.
“Tak apa, nanti sampai di rumah kamu akan tahu jawapannya,” jawab
guru kelasnya dengan nada yang agak sayu.
“Baiklah, terima kasih, cikgu”. Ucap Amar lalu masuk ke dalam kereta
Toyota Vios milik guru kelasnya itu.
Apabila tiba sahaja di rumah, kelihatan sebuah kereta pihak berkuasa
yang tertulis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di hadapan rumahnya.
Amar terus meluru ke arah ibunya. Dia melihat ibunya sedang menangis
teresak-esak. Ibu…..ibu…kenapa ni ibu, mengapa ibu menangis??? Soal Amar
bertalu-talu. Kenapa ayah tak datang jemput Amar? Sambung Amar lagi.
Melihat akan ibunya sedemikian, Amar turut menangis.
Kelihatan sosok tubuh seorang lelaki yang tangannya digari. Amar
terkejut melihat keadaan ayahnya sedemikian. Amar terus meluru mendapatkan
ayahnya lalu memeluk ayahnya dengan erat.
Ayah…..ayah….kenapa dengan ayah? Tanya Amar sambil menangis
teresak-esak. “Lepaskan ayah saya encik,” pinta Amar. Ibunya hanya mampu
melihat dalam kesedihan.
“Ma..ma..maafkan ayah, Amar, maafkan ayah. Ayah sangat menyesal”,
rintih Encik Zaki dalam tangisan. Beliau amat menyesal dengan perbuatannya
selama ini. Hanya kerana inginkan kemewahan, beliau sanggup mengambil
jalan yang singkat.
Akhirnya ayah Amar telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia selepas dipercayai terlibat dalam kes rasuah dan pecah amanah.
Begitulah seperti kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Sejak kejadian itu, kehidupan Amar sekeluarga berubah. Amar yang
dulunya seorang murid yang ceria, kini lebih suka menyendiri. Begitulah
kesudahan cerita ‘Maafkan Ayah’.
Pengajaran daripada cerita ini ialah kita janganlah bersikap tamak kerana
akhirnya akan merugikan diri sendiri.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai