Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Azam Amar

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijak sana, penjaga
masa yang setia dengan masanya , guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan , pada hari ini saya akan menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk “Azam Amar”

Amar merupakan seorang murid yang ceria. Dia juga dari keluarga yang berada.
Setiap hari dia akan dihantar oleh ayahnya ke sekolah dengan kereta mewah. Pakaian
dan alat tulisnya juga semuanya berjenama mahal.Apa sahaja yang dihajatinya pasti
akan ditunaikan oleh ayahnya. Sungguhpun begitu, Amar bukan seorang yang
sombong malahan dia juga tidak memilih kawan. Dia berkawan dengan semua orang.

Amar di hantar dan di jemput ke sekolah oleh ayahnya setiap hari tepat pada
masanya. Jarang sekali ayahnya lewat. Oleh sebab itu, dia berasa amat bersyukur
kerana disayangi oleh kedua ibu bapanya. Walaupun bapanya sibuk bekerja namun
tidak pernah sekalipun beliau gagal untuk datang menjemputnya Namun seperti kata
pepatah, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Begitulah kehidupan Amar sekeluarga.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Namun kelibat ayahnya masih
belum kelihatan. “Eh, di mana ayah ni, sampai sekarang pun tak sampai- sampai
lagi,”rungut Amar. Amar terus menunggu dengan sabar. Selang beberapa minit,
sebuah kenderaan berhenti di hadapan Amar. Maka keluarlah pemilik kenderaan
tersebut. “Eh, cikgu,” sapa Amar apabila melihat kelibat guru kelasnya. “Amar, mari
saya hantarkan kamu pulang, hari ini ayah kamu tidak dapat ambil kamu,” jelas guru
kelasnya panjang lebar. Tapi, kenapa cikgu ? tanya Amar kehairanan. “Tak apa, nanti
sampai di rumah kamu akan tahu jawapannya,” jawab guru kelasnya dengan nada
yang agak sayu. “Baiklah, terima kasih, cikgu”. Ucap Amar lalu masuk ke dalam
kereta milik gurunya.

Apabila tiba sahaja di rumah, kelihatan sebuah kereta pihak berkuasayang


tertulis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di hadapan rumahnya. Amar terus
meluru ke arah ibunya. Dia melihat ibunya sedang menangis teresak-esak.
Ibu…..ibu…kenapa ni ibu, mengapa ibu menangis??? Soal Amar bertalu-talu. Kenapa
ayah tak datang jemput Amar? Sambung Amar lagi. Kelihatan sosok tubuh seorang
lelaki yang tangannya digari. Amar terkejut melihat keadaan ayahnya sedemikian.
Amar terus meluru mendapatkan ayahnya lalu memeluk ayahnya dengan erat.
Ayah…..ayah….kenapa dengan ayah? Tanya Amar sambil menangis teresak-esak.
“Lepaskan ayah saya encik,” pinta Amar. “Ma..ma..maafkan ayah, Amar, maafkan
ayah. Ayah sangat menyesal”,rintih Encik Zaki dalam tangisan. Beliau amat menyesal
dengan perbuatannya selama ini. Hanya kerana inginkan kemewahan, beliau sanggup
mengambil jalan yang singkat. Akhirnya ayah Amar telah ditahan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia selepas dipercayai terlibat dalam kes rasuah dan pecah
amanah.

Sejak kejadian itu, Amar berazam jika dia sudah besar dan berjaya nanti dia tidak
akan sama sekali untuk menerima atau memberi rahsuah pada siapa-siapa.

Setelah berapa tahun kemudian, akhirnya Amar telah berjaya dan sekarang dia telah
menyandang salah satu jawatan di JabatanPelajaran Pelajaran Negeri.

Amar telah ditugas sebagai salah seorang pegawai penemu duga pengambilan guru
baharu. Encik Ahmad yang merupakan kawan rapat Amar mendapat tahu bahawa
Amar adalah salah seorang penemu duga pengambilan guru baharu dan kebetulan
anak beliau salah seorang calon yang akan ditemu duga.

Encik Ahmad menghubungi Amar untuk berjumpa. Seperti hari yang dijanjikan
mereka telah bertemu “ Amar bolehkah awak luluskan temuduga pengambilan guru
baharu untuk anak saya. Saya sanggup bagi beberapa wang yang awak hendak asal
anak saya lulus temuduga”. Kata Encik Ahmad. Namun demikian Amar tidak lupa
akan azam yang pernah dia janji pada diri sendiri dahulu bahawa dia tidak akan
menerima apa-apa saja rahsuah . “ Maafkan saya Ahmad , bukan saya tidak
menghargai persahabatan dan pemberian awak, tapi ini adalah salah di sisi undang-
undang, jika anak awak menepati kriteria dia pasti akan diterima” Encik Ahmad
berasa segan dan insaf akan kesalahnya.

Kawan-kawan pengajaran daripada cerita ini kita janganlah cuba hendak memberi dan
menerima rahsuah walaupun orang tersebut adalah kawan baik kita untuk
kepentingnan diri kita sendiri.
Sebelum saya mengundur diri izinkan saya melafazkan serangkap pantun

Bertemu puteri di pulau indah,


Suara nan ayu terpikat di hati,
Rasuah ditinggal banyakkan ibadah,
Akhlak mulia menjaga perkerti.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai