Anda di halaman 1dari 2

Maafkan, Cikgu

Salam sejahtera, salam perkenalan daripada saya.

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang memberi pengajaran kepada kita semua. Tajuk cerita saya ialah
“Maafkan Cikgu”. Apakah pengajaran tersebut? Jika kawan-kawan ingin tahu marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Cerita ini tentang seorang anak yang baik bernama Azman. Ayah Azman telah lumpuh setelah
terlibat dalam kemalangan jalan raya. Untuk menyara kehidupan mereka, ibunya telah bekerja di kebun
dan menjual kuih. Namun, Azman selalu membantu ibunya dengan menghantar surat khabar sebelum
ke sekolah.

Pagi itu, Amir mengayuh basikalnya dengan laju. Berpeluh-peluh badannya. Azman bimbang
akan bertembung dengan Cikgu Tan guru disiplinnya disekolah, kerana datang lambat ke sekolah
bukanlah sikap yang baik.

Ketika sampai di sekolah, jam tangan Azman menunjukkan jam 8.30 pagi. Dengan langkah yang
tergesa-gesa, Azman pun menuju ke kelasnya. Tba-tiba “ Azman”. Nama Azman dipanggil. Panggilan itu
lantas mematikan langkahnya. Terlihat wajah Cikgu Tan yang sangat serius. Dengan suara yang lantang,
Azman dimarahi kerana datang lewat. Azman hanya membisu. Memberi alasan pada saat itu bukanlah
tindakan yang bijak. Walaupun Azman pernah menjelaskan tetapi Cikgu Tan enggan mendengarnya.

Kawan-kawan sekalian,

Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Azman dibawa ke bilik guru disiplin. Dia telah diberi
surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya. Azman pun menerima dengan sedih. Azman kecewa
keran dituduh sebagai pelajar yang malas. Padahal dia bukanlah seperti apa yang disangkakan. Rakan-
rakan Azman juga sering mengejeknya kerana selalu didenda atas kelewatannya sampai ke sekolah.

Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu. Azman pun terus pulang ke rumah. Azman
membuat keputusan untuk ke kebun berjumpa dengan ibunya. Amir ingin menceritakan tentang
peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi. Sebaik sahaja terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak
sampai hati untuk menceritakan malah turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya ibulah
segala-galanya.

Rupa-rupanya Cikgu Tan telah mengekori Azman. Cikgu Tan melihat gerak geri Azman dan
ibunya. Terpancar tanggungjawab dan kasih sayang seorang anak yang membantu ibunya yang sedang
bekerja.

Kawan-kawan yang dikasihi,


Pada malam itu, Azman nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja dan menyerahkan
surat yang diterima daripada Cikgu Tan. Azman melihat wajah ibunya amat sedih setelah membaca surat
itu. Apa yang diharapkan oleh ibu Azman ialah ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Sebagai pelajar Tahun 6, dia telah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam
selepas ini, dia akan datang awal ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Keesokan harinya, pagi-
pagi lagi Azman mengayuh basikalnya lebih laju daripada biasa. Dia tidak ingin terlambat lagi.

Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa melihat kiri dan kanan, Azman terus melintas.
Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Azman tercampak ke seberang jalan lalu pengsan. Orang
yang melanggar Azman terus membawanya ke klinik yang berdekatan. Mujurlah Azman tidak apa-apa.
Dia cuma mengalami luka-luka kecil sahaja.

Tidak lama kemudian, Azman pun sedar dan terkejut melihat Cikgu Tan berada di sisinya.
Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Tan meminta maaf atas kecuaiannya. Cikgu Tan juga
meminta maaf kerana memarahi Azman tanpa menyelidikinya terlebih dahuu keadaan keluarga Azman.
“Maafkan cikgu, Azman”. Dengan senang hatinya, Azman pun memberitahu dialah yang bersalah kerana
tidak berhati-hati.

Begitulah kawan-kawan, niat dihati untuk membantu keluarga adalah satu sifat yang mulia. Kita
juga mesti memikirkan keselamatan diri. Sekiranya kawan-kawan telah melakukan kesalahan, janganlah
malu untuk meminta maaf kerana orang yang mengakui kesalahannnya akan dipandang mulia.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai