Anda di halaman 1dari 3

Tajuk cerita : Maafkan Cikgu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat.

Pada hari ini saya ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya

ialah ‘Maafkan cikgu'. Eh ,kenapa cikgu pula yang minta maaf ya?Haa... kalau kawan-kawan

semua jika ingin tahu marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya Amir, ayahnya telah meninggal

dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara kehidupan mereka, ibunya telah mengambil upah

menebas kebun dan menjual kuih. Namun, Amir tidak pernah mengeluh malah dia turut

membantu ibunya dengan menghantar surat khabar sebelum ke sekolah.Baiknya Amir tu ya

kawan-kawan.

Seperti biasa pada pagi itu, Amir mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-peluh badannya. Amir

bimbang akan bertembung dengan Cikgu Hakim guru disiplinnya di sekolah. Ah ..mendengar

namanya sahaja sudah cukup membuatkan pelajar-pelajar kecut perut apatah lagi

bersemuka dengannya. Seramnya. Ingatlah ya kawan-kawan, datang lambat ke sekolah

bukanlah sikap yang baik.

Ketika sampai di sekolah jam tangan Amir menunjukkan jam 8.30 pagi. Dengan langkah yang

tergesa-gesa, Amir pun menuju ke kelasnya . Tiba-tiba “Amir”, namanya dipanggil.

Panggilan itu lantas mematikan langkahnya. Degup jantung Amir bertambah kencang.

Terlihat wajah Cikgu Hakim yang sangat serius. Dengan suara yang lantang, Amir dimarahi

kerana datang lewat. Amir hanya membisu. Memberi alasan pada saat itu bukanlah

tindakan yang bijak. Walaupun Amir pernah menjelaskan tetapi Cikgu Hakim enggan

mendengarnya malah dia dituduh menegakkan benang yang basah.


Kawan-kawan sekalian,apakah yang berlaku selepas itu?

Apalagi Amir dibawa ke bilik guru disiplin. Dia telah diberi surat amaran untuk disampaikan

kepada ibunya. Amir pun menerima dengan sedih. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang

memikul. Amir kecewa kerana dituduh sebagai pelajar yang malas. Padahal dia bukanlah seperti

apa yang disangkakan.Rakan-rakan Amir juga sering mengejeknya kerana selalu didenda

atas kelewatannya sampai ke sekolah.Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun

terus pulang ke rumah.Selepas selesai solat, Amir pun terus ke dapur kerana perutnya terasa

terlalu lapar.

Apabila dia hendak menjamah makanan, dia teringat kembali peristiwa yang berlaku disekolah

tadi. Seleranya hilang. Amir membuat keputusan untuk ke kebun Pak Megat untuk berjumpa

dengan ibunya. Amir ingin menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi.Sebaik

sahaja terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak sampai hati untuk menceritakannya, malah dia

turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya ibu lah segala-galanya.Ingatlah kawan-

kawan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Pada malam itu, Amir nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti bekerja di kedai Pak Cik

Muthu. Amir pun menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Hakim kepada ibunya. Amir

melihat wajah ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi ibu Amir ,dia masih mampu

menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu Amir adalah dia ingin melihat anaknya

berjaya dalam pelajaran.Bagi Amir pula ,sebagai pelajar tahun 6, dia telah boleh berfikir

dengan baik untuk membuat keputusan berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan datang

awal ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Justeru, keesokan harinya pagi-pagi

lagi Amir telah sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia mengambil upah menghantar surat

khabar. Dia menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja. Selepas itu, Amir mengayuh basikalnya

lebih laju dari biasa.Dia tidak ingin terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru

disiplinnya. Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa melihat kiri dan kanan, Amir terus

melintas.Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Amir tercampak ke seberang jalan lalu
pengsan. Orang yang melanggar Amir itu terus membawanya ke klinik yang berdekatan.Mujurlah

Amir tidak apa-apa. Dia cuma mengalami luka-luka kecil sahaja.

Itulah kawan-kawan kita mestilah berhati-hati semasa berada di jalan raya. Tidak lama kemudian,

Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Hakim berada di sisinya. Dengan wajah yang

ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim meminta maaf atas sikap tegasnya sehingga

menyusahkan Amir . Maafkan cikgu, Amir. Dengan senang hatinya, Amir pun

memberitahu bahawa dialah yang bersalah kerana tidak berhati-hati.

Begitulah kawan-kawan, niat dihati untuk membantu keluarga adalah satu sikap yang

mulia . Namun, kita mestilah pandai membahagikan masa . Sekiranya kawan-kawan telah

melakukan kesalahan, janganlah malu untuk meminta maaf kerana orang yang mengakui

kesalahannya akan dipandang mulia.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai