Anda di halaman 1dari 3

MAAFKAN CIKGU

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Apa khabar kawan-kawan? Harap-

harap semuanya sihat. Hari ini saya ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan

kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah Maafkan Cikgu. Eh kenapa cikgu pula yang

minta maaf ya? Ha kalau kawan-kawan semua nak tahu marilah dengar cerita

saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya Amir, ayahnya telah

meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara kehidupan mereka,

ibunya telah mengambil upah menebas kebun dan menjual kuih. Namun, amir

tidak pernah mengeluh malah dia turut membantu ibunya dengan menghantar

surat khabar sebelum ke sekolah. Baiknya amir tu ya kawan-kawan.

Seperti biasa pada pagi itu, Amir mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-

peluh badannya. Amir bimbang akan bertembung dengan Cikgu Hakim, guru

disiplinnya di sekolah. Ah, mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan

pelajar-pelajar kecut perut apatah lagi bersemuka dengannya. Seramnya.

Ingatlah ya kawan-kawan, datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik.

Ketika sampai di sekolah jam tangan amir menunjukkan jam 8.30 pagi.

Dengan langkah yang tergesa-gesa, amir pun menuju ke kelasnya tiba-tiba “Amir”

nama Amir dipanggil. Panggilan itu lantas mematikan langkahnya. Degup jantung

amir bertambah kencang. Terlihat wajah Cikgu Hakim yang sangat serius.

Dengan suara yang lantang, Amir dimarahi kerana datang lewat. Amir hanya

membisu. Memberi alasan pada saat itu bukanlah tindakan yang bijak. Walaupun

Amir pernah menjelaskan tetapi Cikgu Hakim enggan mendengarnya malah dia

dituduh menegakkan benang yang basah.


Kawan-kawan sekalian,

Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Amir dibawa ke bilik guru

disiplin. Dia telah diberi surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya. Amir

pun menerima dengan sedih. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang

memikul. Amir kecewa kerana dituduh sebagai pelajar yang malas. Padahal dia

bukanlah seperti apa yang disangkakan. Rakan-rakan Amir juga sering

mengejeknya kerana selalu didenda atas kelewatannya sampai ke sekolah.

Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun terus pulang ke

rumah. Selepas selesai solat, Amir pun terus ke dapur kerana perutnya terasa

terlalu lapar. Apabila dia hendak ingin menjamah makanan, dia teringat kembali

peristiwa yang berlaku disekolah tadi. Seleranya hilang. Amir membuat

keputusan untuk ke kebun Pak Megat untuk berjumpa dengan ibunya. Amir ingin

menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi. Sebaik sahaja

terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak sampai hati untuk menceritakan

malah dia turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya ibu lah segala-

galanya. Ingatlah kawan-kawan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Pada malam itu, Amir nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja

lantas menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Hakim. Amir melihat

wajah ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi ibu Amir dia masih

mampu menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu Amir adalah

dia ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Sebagai murid tahun 6, Amir dapat berfikir dengan baik. Dia telah
membuat keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan

datang awal ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.

Justeru, keesokan harinya pagi-pagi lagi Amir telah sampai di kedai Pak Cik

Muthu tempat dia mengambil surat khabar. Dia ingin menyatakan hasratnya

untuk berhenti kerja. Selepas itu, Amir mengayuh basikalnya lebih laju dari

biasa. Dia tidak ingin terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru

disiplinnya.

Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa melihat kiri dan kanan Amir terus

melintas. Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Amir tercampak ke

seberang jalan lalu pengsan. Orang yang melanggar Amir itu terus membawanya

ke klinik yang berdekatan. Mujurlah Amir tidak apa-apa. Dia Cuma mengalami

luka-luka kecil sahaja. Itulah kawan-kawan kita mestilah berhati-hati semasa

berada di jalan raya.

Tidak lama kemudian, Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Hakim

berada di sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim meminta

maaf atas kecuaiannya Amir tercedera. Maafkan cikgu, Amir. Dengan senang

hatinya, Amir pun memberitahu dialah yang bersalah kerana tidak berhati-hati.

Begitulah kawan-kawan niat di hati untuk membantu keluarga adalah satu

sifat yang mulia. Namun, kita mestilah memikirkan keselamatan diri. Sekiranya

kawan-kawan telah melakukan kesalahan janganlah malu untuk meminta maaf

kerana orang yang mengakui kesalahannya akan dipandang mulia.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai