Anda di halaman 1dari 3

1

Kasut Kelopak Jantung


SINOPSIS
Pemberian hadiah sempena hari guru oleh muridnya mengingatkan Cikgu Harun kepada peristiwa
yang berlaku hampir 3 dekad yang lalu ketika beliau bertugas di pedalaman.
Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang tinggal bersama-sama ibunya. Kemiskinannya
menyebabkan dia tidak mampu membeli kasut dan terpaksa berkaki ayam ke sekolah.
Cikgu Harun selalu menegur Ahmad setiap kali bermula sesi pembelajaran.
Amarah Cikgu Harun tidak tertahan lagi apabila Ahmad tidak menukar pakaian sukan waktu
bersenam. Beliau telah mendenda Ahmad dengan memaksa Ahmad memakai kelopak jantung pisang
sebagai kasut.
Ahmad tidak dibenarkan membukanya sehingga dia membeli kasut yang baru.
Ahmad berasa amat malu. Dia tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Perkara ini membimbangkan
Cikgu Harun.
Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau terkejut apabila melihat Ahmad belum
membuka kasut daripada kelopak jantung pisang itu kerana tidak mampu membeli kasut baru.
Cikgu Harun berasa sangat sedih dan beliau telah membelikan Ahmad kasut dan pakaian baharu
untuk ke sekolah.
Akhirnya Ahmad berjaya menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di
bandar.


Cerpen Tempang
Sinopsis

Hafizi seorang murid yang cacat. Dia tidak mampu bermain bola sepak dengan teman-
temannya. Dia seorang yang pintar dalam pelajaran, menyebabkan Kamil selalu
menghinanya.
Pada satu hari, Kamil menolak Hafizi sehinggakan dia tersungkur dilantai. Raja ingin
membalas, tetapi ditegah oleh Hafizi. Sikap Mei Ling yang menegur Kamil menyebabkan
Kamil tidak berpuas hati. Pertengkeran tersebut terhenti apabila Cikgu Lee masuk ke kelas.
Pada hari perkelahan, Kamil hampir lemas. Hafizi terjun ke dalam kolam dan menyelamatkan
Kamil. Peristiwa tersebut menyebabkan Kamil insaf dan dia memohon maaf kepada Hafizi.
Tukang Lama
Sinopsis
Sejak kembalinya Manas ke kampung setelah menamatkan kursus di sekolah Seni
Bina, sambutan masyarakat terhadap Pak Talib terhadap kerja-kerja membina
rumah semakin kurang. Orang sekarang tidak menyukai bentuk rumah berkelepak
dua yang dibuat olehnya. Jika ada yang menjemput Pak Talib, hanya membina
reban ayam. Hal ini menyebabkan isterinya Mak Lamah selalu meleterinya.
2

Hari itu dia berjaya menyudahkan membina reban kepunyaan Mamat. Setelah
selesai kerja yang dilakukan selama empat hari, dia diberikan upah sebanyak RM
10.00, Jumlah tersebut menyebabkan dia terasa terhina terhadap kerjaya yang
dipilihnya. Dia pulang dalam keadaan kecewa dan bimbang akan dimarahi oleh
isterinya. Pada waktu malam, Mak Lamah memberitahu ada orang merisik anaknya,
Si Timah. Apabila diberitahu calon menantunya ialah Manas, hati Pak Talib
berbunga keriangan.
Yuran
Sinopsis
Amin meminta wang sebanyak RM60.00 daripada emaknya, Mak Jah untuk
membayar yuran sekolah. Mak Jah tidak dapat memberi kerana tiada wang. Di
sekolah, Cikgu Arsad mendesak Amin membayar yuran sukan dan yuran PMR esok.
Desakan itu membuatkan Amin berasa malu dan tertekan, lalu mengambil
keputusan ponteng sekolah.
Ketika dia sedang melihat permainan video, dia dilanggar dari arah sisi oleh
seseorang, menyebabkan buku dalam begnya bertabur. Seorang wanita menjerit
meminta pertolongan. Beberapa orang pemuda dilihatnya berlari-lari ke satu arah.
Amin segera mengejar pemuda itu dan berjaya menangkap lelaki itu. Anggota polis
segera memberkas pemuda tersebut.
Wanita yang dibantu tadi menyoal Amin. Apabila dirinya dikatakan ponteng sekolah,
Amin segera meninggalkan wanita itu. Apabila Amin tiba di rumah dan melihat Amin
tidak membawa beg, Mak Jah tahu anaknya ponteng sekolah. Ketika Mak Jah
sedang meleteri akan sikap Amin, wanita tadi muncul dengan keretanya. Wanita itu
menceritakan hal yang sebenar kepada Mak Jah. Kemudian wanita tersebut
menyerahkan sedikit wang sebagai membalas jasa Amin. Amin berasa terharu dan
berjanji akan meneruskan cita-citanya.

Trauma Embah
Sinopsis
Untuk menjaga kesihatan, ibu memakan pelbagai jenis vitamin. Ibu berasa gembira
apabila anak dan cucunya pulang ke kampung. Untuk mengisi masa terluang, ibu
menjalankan perniagaan dari jam 3.00 petang hingga 6.00. Perniagaan berbentuk
parti serbaneka dijalankan tanpa asas perniagaan. Ibu belajar setakat darjah enam
dan disuruh kahwin dengan abah yang bertugas sebagai guru.
Ketika muda, datuk bekerja sebagai penoreh getah. Manakala embah akan
membantu mengutip getah susu. Embah tidak mengabaikan tugasnya
membesarkan lima orang anak kandung dan empat orang anak tiri. Datuk meninggal
dunia kerana sakit tua. Apabila datuk meninggal, embah dijaga oleh anaknya, mak
cik penulis. Sejak embah tiada, ibu terasa kehilangan dan rumah embah dirobohkan.
3

Embah pulang ke kampung kerana rindukan kampung halaman. Kemudian embah
ke Kuala Lumpur lagi dan tinggal di rumah anaknya. Apabila embah sakit, ibu
berulang alik ke Kuala Lumpur. Seterusnya, apabila suami mak cik meninggal dunia,
embah dibawa pulang ke rumah ibu di kampung, setelah hampir 20 tahun tinggal di
kota.
Ibu menjaga embah dengan penuh kasih sayang. Pada satu malam, embah
mengigau dan menyebut budak itu. Sebenarnya embah masih trauma tentang
kematian dua anaknya dahulu;seorang berusia tiga tahun diserang demam panas
dan seorang lagi berusia dua tahun terjatuh ke dalam kolam. Embah menyimpan
penderitaan di dalam jiwa kerana datuk melarang embah menangis. Kesabaran ibu
telah menginsafkan penulis untuk menjadi seorang anak yang dapat menjaga ibunya
satu hari nanti.
Sepucuk Surat daripada Kawan
Sinopsis
Penulis berasa gembira apabila menerima surat daripada Abe. Penulis
membaca surat itu sebanyak lima kali. Abe yang kini belajar di Kelantan
memberitahu akan berpindah dan bersekolah di tempat penulis. Penulis menyambut
kedatangan Abe di stesen bas. Petang itu penulis dan Abe berjalan-jalan di sekitar
Jalan Cenderawasih. Pada hari Sabtu, penulis dan Abe bersiar-siar di Berjaya
Megamall, Kuantan selama lima jam.
Abe ditempatkan di kelas bersebelahan dengan penulis. Abe cemerlang dalam
pelajaran Matematik. Pada satu hari, Abe mengadu sakit, lalu penulis membawanya
pulang ke rumah. Ketika keputusan PMR mahu diumumkan, ibu bapa Abe
membawanya pulang ke Kelantan. Abe meninggalkan penulis dengan sepucuk
surat. Dalam surat itu Abe memberitahu keinginan untuk menjadi seorang pelakon
dan Abe menulis tentang kesihatannya.
Belum sempat penulis habis membaca surat itu dan mengetahui penyakit yang
dihidapi oleh Abe, adik penulis merampas surat tersebut. Penulis mengejar adiknya,
tetapi adiknya mencampak cebisan surat itu ke dalam unggun api. Penulis terus
tertanya-tanya tentang penyakit misteri Abe.

Anda mungkin juga menyukai