Anda di halaman 1dari 7

Tuliskan semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa

menggunakan cakap pindah.
Petikan 1
Hani : Dah lama kau tunggu aku, Nah?
Hannah : Lamalah jugak. Kalau aku makan nasi lemak, dah habis dua bungkus.
Hani : Maafkan aku. Bukan sengaja aku datang lambat. Aku kena simpan
kerja-kerja aku dulu. Eh, apa hal kau minta aku datang sini?
Hannah : Aku ada masalah sikit. Aku nak minta kau tolong aku.
Hani : Boleh, apa salahnya. Cakaplah.
( 6 markah )

Hani bertanyakan Hannah sama ada dia sudah lama menunggunya.


Hannah memberitahu Hani bahwa sudah agak lama dia menunggu Hannah dan
kalau dia makan nasi lemak sudah habis dua bungkus.
Hani meminta maaf kerana dia bukan sengaja datang lewat. Dia perlu
menyimpan kerja-kerjanya dahulu. Dia juga bertanyakan sebab Hannah
memintanya datang ke situ.
Hannah memberitahu Hani bahawa dia mempunyai sedikit masalah dan
meminta Hani menolongnya.
Hani memberitahu Hannah dia boleh menolong Hannah dan meminta Hannah
memberitahu masalahnya.
Petikan 2
Kamal : Emak, apa khabar?
Hindun : Kau Kamal. Aku ingat tadi adikkau yang balik!
Kamal : Sarah ke mana? Dah lama benar saya tak jumpa dia.
Hindun : Entah ke mana lesapnya, aku pun tak tahu. Sejak pagi sampai sekarang
tak balik-balik. Tak pernah dia tak cakap pada aku.
Kamal : Dia dah besar panjang mak. Tahulah dia jaga diri.
( 6 markah )

Kamal bertanyakan khabar emaknya.


Hindun menyangka adik Kamal yang balik bukannya Kamal.
Kamal bertanya tentang Sarah kerana sudah lama benar dia tidak berjumpa
dengan Sarah.
Hindun memberitahu Kamal bahawa dia tidak tahu keberadaan Sarah kerana
sejak pagi hingga waktu itu dia tidak balik. Tambahnya lagi Sarah tidak pernah
tidak memberitahunya.
Kamal memberitahu emaknya bahawa Sarah sudah besar dan dia tahu
menjaga dirinya.

Petikan 3
“Kau jangan marah, ya bila aku cakap!” kata Zalmi.
“Cakaplah. Aku dengar,” jawab Juriah.
“Semalam aku jumpa Pak Tamam. Kami berbual singkat. Katanya, engkau
sombong!”
“Ya? Aku tak kisah!” balas Juriah.
“Kawan-kawan lain juga dengar Pak Tamam kata engkau begitu.”
“Engkau tahu sebab Pak Tamam kata begitu? Aku tak mau main kutu yang dia anjur
tu. Itulah sebabnya,” kata Juriah.

Zalmi meminta Juriah supaya tidak marah apabila dia memberitahunya sesuatu.
Juriah menyuruh Zalmi memberitahunya kerana dia akan mendengarnya.
Juriah memberitahu Zalmi bahawa semalam dia berjumpa dengan Pak Tamam dan
mereka berbual singkat. Tambahnya lagi Pak Tamam mengatakan Juriah sombong.
Juriah tidak berasa hairan dan dia tidak kisah tentang hal itu.
Zalmi memberitahu Juriah bahawa kawan-kawan yang lain juga mendengar Pak
Tamam mengatakan Juriah sombong.
Juriah bertanya Zalmi sama ada dia mengetahui sebabnya Pak Tamam
mengatakannya sombong. Tambahnya lagi Pak Tamam mengatanya sombong
kerana dia tidak mahu bermain kutu yang dianjurkan oleh Pak. Tamam

Petikan 4
“Hai, cepat datang hari ini. Tersalah hari!” kata Jenny. “Tak, sesekali tu berilah aku
peluang pula,” balas Maimun. “Macam mana boleh seawal ini?”
“Aku tak hantar anak aku. Kakak aku nak tengok dia.” “Oh, begitu. Bila dia sampai?”
“Semalam. Dengan teksi. Kau mahu pucuk ubi, Jen?” “Tentu sekali! Aku buat gulai
lemak campur ikan bilis.” “Eh, kau suka , ya! Esok aku bawa.”
( 6 markah )
Jenny menegur Maimun kerana dia datang awal hari itu dan bertanya sama
ada Maimun tersalah hari.
Maimun memberitahu Jenny bahawa dia tidak tersalah hari dan sesekali
berilah dia peluang untuk datang awal.
Jenny bertanya Maimun sebab dia boleh datang seawal itu.
Maimun memberitahu Jenny bahawa dia tidak menghantar anaknya kerana
kakaknya akan menjaga anaknya.
Jenny memahaminya dan bertanya masanya dia sampai.
Maimun memberitahu Jenny bahawa kakaknya datang semalam dengan
menaiki teksi. Tambahnya lagi sama ada Jenny mahu pucuk ubi.
Dengan rasa gembira, Jenny memberitahu Maimun bahawa dia mahu oucuk
ubi jerana dia boleh membuat gulai lemak campur ikan bilis.
Dengan rasa terperanjat Maimun bertanya memang Jenny suka pucuk ubi dan
akan membawanya esok.

Petikan 5
“Bagaimana dengan rancangan awak?” tanya Saleh. “Rancangan apa?” jawab Ani.
“Rancangan mendaki gunung Jerai yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata
Saleh.
“Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan,” jelas Ani. “Bagus Ani,
bagus. Saya sokong rancangan itu!”
Ani tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu.
(6 markah)
Saleh bertanya Ani tentang rancangannya.
Ani bertanya Saleh tentang rancangan yang diperkatakannya itu.
Saleh memberitahu Ani tentang rancangan mendaki Gunung Jerai sebagaimana
yang dikatakannya tempoh hari.
Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu
depan.
Saleh memuji Ani dan menyokong rancangannya itu.
Ani tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu.

Petikan 6
“Oh, cikgu, kami ada di rumah!” Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu
Hassan di halaman.Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan.
“Jemputlah naik , cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang,” gurau Cikgu Hassan.
“Rumah kami masih berselerak. Tak sempat nak berkemas,” Redwan mencelah.
“Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang
lepas,” Kamarul memberi alasan.
(6 markah)
Dengan rasa terperanjat Kamarul memberitahu Cikgu Hassan bahawa mereka
ada di rumah setelah mendengar sepaan Cikgu Hassan di halaman. Cikgu
Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan.
Kamarul mengajak Cikgu Hassan naik ke rumah dan memberitahunya bahawa
Ridwan asa di dalam rumah.
Dengan bergurau Cikgu Hassan memberitahu Kamarul bahawa dia mesti naik
ke rumah kerana jika tidak naik dia tidak akan datang ke rumah mereka.
Ridwan mencelah dengan mengkatakan bahawa rumah mereja masih
berselerak kerana mereka tidak sempat hendak berkemas.
Kamarul memberi alasan kerja-kerja menuai baru sahaja selesai dua hari yang
lepas.

LATIHAN PERIBAHASA
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
Bahasa Melayu Bahasa Malaysia PMR SPM: Jawapan Latihan Peribahasa SPM 2
(bmpmrspm.blogspot.com)

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam
pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang
ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak
yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
Biduk berlalu kiambang bertaut

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari


rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia
pulang ke kampung halamannya.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin
Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.
Batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya.
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah
anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga
kepada orang ramai.
Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di
sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar
nakal.
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Seekor kerbau membawa lumpur, habis semunya terpalit
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun
setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia
berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba
mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Kalau kail panjang sejenkaal lautan dalam jangan diduga
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan
menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou
itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali
oleh Wong Du Hou.

Latihan 10:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki
komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat
digunakan sama sekali.
2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos
untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.
3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan
peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.
4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya
akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga
menyebabkan kakinya patah.
5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak
menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.
6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya
semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.
Seperti kaduk naik junjung
7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki,
pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di
Malaysia.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang
itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.
Jika kerbau dipegangtalinya, manusia dipegang pada janjinya
9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat
sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh
daerah Cheras.
Jangan dibawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan
Azila yang garang dan pandai bersilat itu.
Kecil-kecil cili padi

Anda mungkin juga menyukai