Anda di halaman 1dari 2

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.
2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang
lain yang cemburu saya,” kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.
3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu
berenang. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Fatimah.
4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis
macam tidak bertindak sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi.
5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian
masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru
kelas kepada sekumpulan pelajar.
6. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan
tunduk kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak,”
kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.
7. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala
kesusahan,” kata gadis itu.
8. “Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu.
Nanti kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini
dan bekalan awak di sekolah esok,” kata emak.
9. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan
telefon,” kata jurujual itu kepada Tauke Lim
10. “Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim.  
Adakah dia ada di rumah?” kata pemuda itu.

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.
1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang
gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh. 
2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak
nanti awak akan mendapat sakit.” 
3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami
air, “kata Erra. 
4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa
rumahnya.” 
5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi
semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi. 
6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar
itu,”katanya lagi. 
7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.” 
8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,”sambungnya lagi. 
9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.” 
10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak
Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi. 
11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati
lemas.” 
12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk
kegunaan semua orang.

Jawapan:
1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia
terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan. 
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang
mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit. 
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan
jalan raya ditengelami air. 
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah
tumbang dan menimpa rumahnya. 
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat  dan akan
mematuhi peraturan projek tersebut. 
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa
terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu. 
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu. 
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak
diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya. 
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang. 
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke
kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap. 
11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas
orang mati lemas. 
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah
untuk kegunaan semua orang.

Jawapan
Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.
1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama
tidak berjumpa dan bertanyakan khabar kepadanya
2.       Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu
mengatakan bahawa dia tidak pernah  terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu
fitnah orang lain yang mencemburuinya.
3.  Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang.
Fatimah mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenag sambil meminta orang
ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya.
4        Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana
ketika itu kes ragut berlaku satu demi satu
5       Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka
terus malas dan tidak membuat latihan dan jika mereka masih bersikap begitu,
beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.

Anda mungkin juga menyukai