Anda di halaman 1dari 3

Latihan Intensif 1

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang
sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh. 
2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan
mendapat sakit.” 
3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata
Erra. 
4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.” 
5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi semua peraturan
projek ini, “sambungnya lagi. 
6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,”katanya lagi. 
7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.” 
8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,”sambungnya lagi. 
9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.” 
10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak
hendak buat karipap,” sambungnya lagi. 
11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.” 
12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua
orang.
____________________________________________________________________________________

Latihan Intensif 2: Tukarkan cakap ajuk di bawah menjadi cakap pindah.

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?


FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas. Memang pedas……… tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia.

Latihan 3 : Tukarkan cakap pindah di bawah menjadi cakap ajuk.

Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-
gesa hendak keluar.

Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.

Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana
dia takut suaminya akan berasa lapar .

Pak Usop memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu.

Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja.
Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk
membeli sebuah bas.
Baca soalan dengan teliti. Padankan jawapan dengan nombor soalan yang betul. Tulis
semula jawapan tersebut di dalam buku anda.

 Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan
seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan. 
 Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi
peraturan projek tersebut.
 Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya
ditengelami air.
 Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana
emaknya hendak membuat kuih karipap.
 Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular
berhampiran pasu bunga yang besar itu
 Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak
untuk mengelakkan penyakit.
 Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan
menimpa rumahnya.
 Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.
 Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan
semua orang.
 Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati
lemas.
 Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.
 Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi
mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.

Pilih ayat jawapan yang betul berdasarkan ayat cakap ajuk di atas.

1. Felix menjawab bahawa nama mi yang pedas itu ialah Mi Pedas menurut Si Dollah.
2. Mawi mengatakan dia tahu bahawa mi itu pedas dan bertanya sekali lagi akan nama mi
tersebut.
3. Felix mengiakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan
dahulu.
4. Mawi kagum dengan keenakan mi itu lalu bertanya akan nama mi tersebut.
5. Felix memberitahu Mawi bahawa nama mi itu ialah Mi Pedas.
6. Mawi mengiakan jawapan Felix lalu bertanya kepada Felix tentang kebenaran tujuannya masuk
ke kedai itu semata-mata untuk makan Mi Pedas sahaja.

_____________________________________________________________________________________

Susun semula jawapan yang betul berdasarkan cakap pindah di atas.

Mak Limah : Selepas berhenti kerja mahu kerja apa?


Pak Usop : Abang hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Makanlah nasi ini dahulu walaupun sibuk dengan kerja, nanti kelaparan.
Pak Usop : Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah : Abang tergesa-gesa mahu keluar ke mana?
Pak Usop : Abang hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Anda mungkin juga menyukai