Anda di halaman 1dari 5

Nama: ____________________________________ Latihan 1: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

Ting: _____

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : 2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : 3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : 4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu. Ayat pasif : 5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif : 6. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.
Ayat pasif: 7. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar. Ayat pasif: 8. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung

Malaysia. Ayat pasif: 9. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.
Ayat pasif: 10. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas. Ayat pasif:

Latihan 2: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif. 1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut. Ayat aktif : 2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar. Ayat aktif : 3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu. Ayat aktif : 4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional. Ayat aktif: 5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan. Ayat aktif :
6. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi. Ayat aktif: 7. Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin. Ayat aktif: 8. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai. Ayat aktif: 9. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur. Ayat aktif: 10. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit. Ayat aktif:

Nama: ____________________________________

Ting: _____

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Latihan 1 Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan. Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya. Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat. Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah. Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul memberikan alasan. Jawapan:

Latihan 2 Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh. Rancangan apa? jawab Ani. Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh. Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani. Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ]
Jawapan:

Latihan 3 MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ? FELIX : Mi Pedas. MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ? FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas. MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah? FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. [6 Markah] Jawapan:

Latihan 4

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. ...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.
Jawapan :

Latihan 5

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Jawapan:

Anda mungkin juga menyukai