Anda di halaman 1dari 8

LATIHAN PADA HARI JUMAAT

1) Pukulan servis

Servis bawah bahu

Objektif:
Membantu para pemain untuk memperbaiki cara mereka menghantar servis kepada pihak
lawan agar tidak berlaku faul servis.

Kaedah:
Kaedah yang digunakan dalam aktiviti pukulan servis ini adalah kaedah latihan tekanan.

Kekerapan:
Ulangan servis dilakukan sebanyak yang mungkin
Terbahagi kepada 2 set

Masa dan tempoh:


Setiap psangan perlu melakukan pukulan servis tersebut dalam tempoh lebih kurang 1 minit
Intensiti: 40% kelajuan pukulan servis
Peralatan: Bola tampar, kon
Aktiviti:
1) Pelajar seramai 18 orang dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2) Secara berpasangan mengikut kumpulan masing-masing, pasangan pemain perlu
berganti-ganti melakukan servis dalam jarak 10 meter
3) Kaedah 2 diulang sehingga semua pemain melakukan pukulan servis sebanyak yang
mungkin dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
4) Kadar nadi rehat diambil sebelum memulakan aktiviti dan kadar nadi latihan diambil
selepas aktiviti dilakukan.
2) Stesen pukulan menyangga (digging)

Pukulan menyangga

Objektif:
Membantu para pemain untuk membaiki cara mereka menyangga bola menggunakan
lengan agar arah tuju bola tidak tersasar daripada sasaran.

Kaedah:
Kaedah yang digunakan dalam aktiviti pukulan menyangga ini adalah kaedah latihan
tekanan.

Kekerapan:

Pemain perlu melakukan aktiviti ini sebanyak mungkin dalam bentuk bulatan

Masa dan tempoh:


Pemain diberikan tempoh selama 1 minit untuk melakukan latihan menyangga bola.

Intensiti: 30% kelajuan menyangga bola


Peralatan: Bola tampar, kon

Aktiviti:
1) Pelajar seramai 18 orang perlu dibahagikan kepada 2 kumpulan
2) Setiap kumpulan perlu membuat satu bulatan yang besar.
3) Pembentang berada di tengah-tengah setiap bulatan untuk membaling bola ke arah
pemain dengan jarak 10 meter daripada para pemain.
4) Setiap pemain perlu mengambil bola dengan cara menyangga bola lalu memberi
kembali bola ke arah pembentang yang berada di tengah bulatan.
5) Kaedah 3 hingga 4 diulang sehingga semua pemain melakukan pukulan menyangga
sebanyak yang mungkin bagi setiap seorang dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan.
6) Kadar nadi rehat diambil sebelum memulakan aktiviti dan kadar nadi latihan diambil
selepas aktiviti dilakukan.
3. Stesen mengumpan bola (setting)

Mengumpan bola

Objektif:
Membantu untuk membaiki dan memperkukuhkan teknik para pemain dalam mengumpan
bola agar mampu menghasilkan sebuah permainan yang lancar mengikut teknik yang
sebenar.
Kaedah:
Kaedah yang digunakan dalam aktiviti mengumpan bola ini adalah kaedah latihan tekanan.

Kekerapan:
Pemain perlu melakukan aktiviti ini sebanyak yang yang mungkin untuk 2 set

Masa dan tempoh:


Setiap pasangan perlu melakukan pukulan servis tersebut dalam tempoh lebih kurang 1
minit
Intensiti: 30% kelajuan mengumpan bola
Peralatan: Bola tampar, kon
Aktiviti:
1) Pelajar seramai 18 orang dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2) Secara berpasangan mengikut kumpulan masing-masing, pasangan pemain perlu
berganti-ganti melakukan umpanan bola dalam jarak 10 meter.
3) Kaedah 2 diulang sehingga semua pemain melakukan latihan mengumpan bola
sebanyak yang mungkin bagi setiap seorang dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan.
4) Kadar nadi rehat diambil sebelum memulakan aktiviti dan kadar nadi latihan diambil
selepas aktiviti dilakukan,
4. Stesen merejam bola (spike)

Merejam bola

Objektif:
Membantu untuk membaiki dan memperkukuhkan teknik para pemain dalam merejam bola
yang dihantar oleh pihak lawan agar mampu memberi tekanan kepada pasukan lawan.
Kaedah:
Kaedah yang digunakan dalam aktiviti merejam bola ini adalah kaedah latihan tekanan.

Kekerapan:
Pemain perlu melakukan aktiviti ini sebanyak yang yang mungkin untuk 2 set

Masa dan tempoh:


Setiap pasangan pemain perlu melakukan latihan merejam bola tersebut dalam tempoh
lebih kurang 1 minit

Intensiti: 50% kelajuan merejam bola


Peralatan: Bola tampar, kon
Aktiviti:
1) Pelajar seramai 18 orang dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2) Secara berpasangan mengikut kumpulan masing-masing, pasangan pemain perlu
membantu membaling bola ke atas lalu perejam bola harus merejam bola ke tanah
dengan pantas dan mencapai sasaran jarak rejaman iaitu sejauh 5 meter.
3) Giliran membaling dan merejam bola diambil alih oleh pasangan pemain.
4) Kaedah 2 dan 3 diulang sehingga semua pemain melakukan latihan merejam bola
sebanyak 2 kali setiap seorang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
5) Kadar nadi rehat diambil sebelum memulakan aktiviti dan kadar nadi latihan diambil
selepas aktiviti dilakukan.
BORANG PENILAIAN PRESTASI PEMAIN BOLA TAMPAR
(LATIHAN TEKANAN)

Penilaian
Bilangan maksimum Intensiti/isipadu latihan Masa yang diambil
Aktiviti ulangan (%) (minit)

Pukulan
servis

Pukulan
menyangga

Mengumpan
bola

Merejam bola

Anda mungkin juga menyukai