Anda di halaman 1dari 1

3) Jaringan lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga
langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain beru, namun jika sudah mahir, ia merupakan
jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan,
banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas
serangan pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola
berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

• Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
• Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala.
Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
• Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan ini adalah seperti berikut:

• Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat molpatan
sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
• Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
• Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol
di celah-celah kaki penjaga gol.
• Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka
mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.

Anda mungkin juga menyukai