Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN PDPR

KELAS : 5 DAHLIA

KATA GANTI NAMA

1. Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri, tanya dan
tunjuk.
2. Kata ganti nama diri : saya, kami, kita, mereka, beta dan baginda.
3. Kata ganti nama tanya : apa, mana, siapa
4. Kata ganti nama tunjuk : sana, sini, situ, itu, ini

LATIHAN

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama yang sesuai.

1. Temasya sukan telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat. _______________ mahu murid-
murid bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi.

2. __________________ seramai 25 orang murid diiringi oleh tiga orang guru pengiring
akan bertolak ke Kuala Perlis pada malam ini.

3. “Mengapakah ________________ masih tidak beratur sedangkan loceng sudah pun


berbunyi”? tanya Farid kepada Yusri samnil menunjukkan tangannya kea rah kantin.

4. “_________________ perlu membentangkan segala maklumat yang diperoleh itu di


dalam kelas,” kata Cikgu Jamil kepada murid-muridnya.

5. “Janganlah _________________ dihukumsekejam ini,” kata Anjang kepada Datuk


Panglima yang tidak berhati perut itu.

6. “_______________ sungguh berhati mulia ,” kata Datuk Bendahara kepada Raja


Melewar.

7. Sayuti telah mendapat anugerah pekerja cemerlang kerana _________________


seorang yang rajin, bertanggungjawab dan dedikasi.

8. ________________ akan laksanakan segala titah tuanku,”kata Laksamana Hang Tuah


kepada Sultan Ahmad Shah.

9. ________________ akan mengadakan lawatan rasmi ke luar negara Bersama-sama


permaisuri dan beberapa orang menteri.

10. “Bilakah ______________ akan ke Pahang untuk meminang Tun Teja bagi pihak
sultan?” tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.
KATA ADJEKTIF

Kata adjektif digunakan utnuk menerangkan sifat sesuatu benda (kata nama). Kata adjektif
terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

1. Kata adjektif sifat / keadaan – curiga, cemas


2. Kata adjektif warna – merah, putih, hitam
3. Kata adjektif ukuran – nipis, tebal, panjang
4. Kata adjektif bentuk – bulat, empat segi
5. Kata adjektif waktu – lampau
6. Kata adjektif jarak – hamper, dekat
7. Kata adjektif cara – deras,
8. Kata adjektif perasaan – marah, rindu, sedih
9. Kata adjektif pancaindera – masin

Untuk mengenal kata adjektif, kita oleh menguji dengan menambah kata penguat seperti
amat, sangat, sungguh, paling dan nian.

Contoh ayat.

1. Puan Rohana berasa curiga apabila melihat gelagat lelaki itu.


2. Baju baharu adik yang berwarna merah itu telah dicuci.
3. Abang memakai sehelai baju yang nipis kerana cuaca sangat panas.
4. Nenek suka bercerita tentang kesusahan masa lampaunya.
5. Air sungai itu menjadi sangat deras kerana hujan turun dengan lebatnya semalam.
6. Rumahnya paling besar di Kampung Jentayu.

LATIHAN KATA ADJEKTIF

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. Pakaian anak-anak pengemis di kaki lima kedai itu ____________ sekali.


a.hodoh b. rabak c. indah d. lusuh

2. Emak bersungut kerana pisau yang digunakan untuk memotong sayur itu tidak
__________
a.tajam b. tumpul c. runcing d. bersinar

3. Taman permainan di Kawasan perumahan saya terletak tidak ______________ dari


pantai yang menjadi tumpuan penduduk kampung.
a.hampir b. sisi c. jauh d. dekat

4. Linda tidak suka akan sayur peria itu kerana rasanya agak _________________.
a.pahit b. kelat c. masam d. payau
5. Suara penyanyi wanita itu amat _____________ bagai buluh perindu dan menjadi
pujaan para peminatnya.
a.serak b. garau c. nyaring d. merdu

6. Diana berasa amat _____________ apabila diusik oleh beberapa orang pemuda
semasa dia pergi ke kedai Pak Dolah.
a.bangga b. malu c. baik d. cemas

7. Walaupun usia nenek Sofia telah melebihi setengah abad, namun dia amat menjaga
kesihatannya agar sentiasa ______________.
a.sedih b. murung c. cergas d. malas

8. Jiji tidak suka memakai seluar yang baru dibeli oleh kakaknya itu kerana agak
__________
a.ketat b. nyaman c. lurus d. padat

9. Pemidato itu dapat mematahkan hujah-hujah lawannya dan menyampaikan idea yang
_______________
a.kuat b. bernas c. lemah d. padat

10. Hasyirah dipilih sebagai ketua murid kerana dia amat ______________ berkata-kata.
a.petah b. pelat c. garau d. serak
KATA HUBUNG

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan
ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada dua,

a. kata hubung gabungan dan


b. kata hubung pancangan.

Kata hubung gabungan ialah, dan, lalu, maka,atau, sambal, tetapi dan serta

Kata hubung pancangan pula ialah, agar, bahawa, jika, walaupun, yang, sekiranya dan
sebagainya.

LATIHAN KATA HUBUNG

Pilih perkataan yang palingsesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

dan kerana sambil bahawa


apabila lalu agar meskipun

Sebaik-baik sahaja selesai menjawab soalan ujian Matematik, Cikgu Hajar menghampiriku.
Beliau memberitahuku _________________ Kak Wirda kini berada di hospital akibat
ditimpa kemalangan jalan raya. Aku sangat terkejut ______________ menangis. Cikgu Hajar
memujukku. Tidak lama kemudian, ibu ______________ ayahku datang untuk membawaku
ke hospital. Ibu segera memelukku ________________ menyatakan keadaan Kak Wirda.
Kakakku itu sedang nazak. ________________ sampai di hospital, kami bergegas ke wad.
Rupa-rupanya Kak Wirda telah meninggal dunia. ________________ peristiwa iru telah
seminggu berlalu, tetapi aku masih bersedih,. Pemergian Kak Wirda menyebabkan
kehidupanku kini sunyi ______________ hubungan kami sangat akrab. Ibu menasihatiku
_____________ sering mendoakan kesejahteraan roh kakakku itu.
KATA SENDI NAMA

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan
perkataan atau frasa lain.

Contoh kata sendi nama ialah di, ke, bagi, untuk, dari, daripada, dengan, oleh, pada, seperti,
tentang, hingga dan sebagainya.

Kata sendi nama juga tidak boleh dilenyapkan selepas kata adjektif dan kata kerja tak
transitif. Contohnya, Kami sayang ibu dan ayah. Sepatutnya Kami sayang akan ibu dan
ayah.

LATIHAN KATA SENDI NAMA

Garisi jawapan yang paling sesuai bagi ayat-ayat di bawah ini.

1. Sikapnya tidak pernah berubah (dari / ke / di )dulu hingga sekarang


2. Kunci kereta milik Abang Azhan itu ada (dengan / tentang / pada )kakak.
3. Mereka berpindah-randah dari satu tempat ( di / ke / untuk ) satu tempat sejak setahun
yang lalu.
4. Ibu leka mendengar cerita adik ( tentang / terhadap / daripada ) aktiviti-aktiviti yang
diadakan di sekolah pada hari ini.
5. Rafidah membeli makanan kegemarannya (hingga / dari / dengan ) wang yang
diberikan oleh ibunya.
6. Kereta ayah yang rosak itu sudah siap dibaiki ( di / ke / oleh ) seorang makanik di
bengkel.
7. Encik Gunawan berjanji ( pada / kepada / dari ) Hafiz untuk membawa anaknya it uke
Muzium Ilusi 3D di ibu kota.
8. Kraf tangan yang cantic itu dibuat ( daripada /dari / dengan ) bahan-bahan terpakai.
KATA TANYA

Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat tanya bagi menanyakan benda,
binatang, orang, tempat, masa, keadaan dan sebagainya.

Kata tanya mestilah disertai partikel -kah jika berada pada permulaan ayat.

Contoh kata tanya ialah apa, bila, siapa, mana, berapa, bagaimana dan mengapa.

Contoh ayat tanya :

1. Siapakah nama kamu?


2. Di manakah kamu tinggal?
3. Berapakah umur kamu?
4. Mengapakah adik kamu menangis?
5. Bagaimanakah keadaan ibu kamu?
6. Rumah Puan Amira di mana”
7. Lelaki yang berbaju biru itu siapa?
8. Nama bangunan yang tinggi itu apa?

LATIHAN KATA TANYA

Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat-ayat yang diberi.

1. ___________ Shila beria-ia hendak bertemu


Latifah? Apakah

2.____________nama tempat bersejarah yang


kamu kunjungi di Pulai Langkawi? Berapakah

3.___________yang telah membantu Encik


Manan menyelesaikan masalahnya itu? Bagaimanakah

4.___________Encik Firdaus mula bertugas di


tempat baharu? Mengapakah

5. __________suasana di Pesta Layang-layang


itu? Siapakah

6.___________baki pinjaman kereta yang belum


dilunaskan oleh Cik Yati? Bilakah

Anda mungkin juga menyukai