Anda di halaman 1dari 5

Kata nafi 'tidak' digunakan di hadapan:

a) Frasa Kerja Contoh: Dia tidak menyiapkan kerjanya. (kata nafi) (frasa kerja)

b) Frasa Adjektif

Contoh: Kasut ini tidak berapa mahal. (kata nafi) (frasa adjektif)

Kata nafi 'bukan' pula digunakan di hadapan:

a) Frasa Nama

Contoh: Orang itu bukan abang saya. (kata nafi) (frasa nama)

b) Frasa Sendi Nama

Contoh: Surat ini bukan daripada kakak saya. (kata nafi) (frasa sendi nama)
Latihan

Isikan kata nafi 'tidak' atau 'bukan' ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.

1. Gopal ___________ seorang ahli pengakap yang berdisiplin.

2. Ayah ___________ suka minum air kopi yang pekat.

3. Rumahnya ___________ berapa jauh dari sekolah.

4. ________ benar apa-apa yang dikatakannya tadi kerana semuanya bohong belaka.

5. Yang saya pegang ini ___________ telefon bimbit saya.

6. Kelakuan Aminah __________ seperti kakaknya kerana dia seorang yang keras kepala.

7. Novel ini ____________ dikarang oleh Shahnon Ahmad.

8. Ikan yang ditangkapnya __________ berapa besar.

9 .Hadiah ini __________ untuk saudara.

10 Kotak ini __________ berat.


Pilih ayat yang betul.

1 A Benar, pendapat George tidak bernas langsung.


B Betul, jawapan yang diberi oleh Nick tepat.
C Benar, tindakan kamu salah.
D Betul, cara awak tidak betul.

2 A Betul, matahari memancarkan cahaya.


B Ya, benda hidup tidak perlu bernafas.
C Betul, haiwan tidak memerlukan tempat tinggal.
D Benar, tumbuh-tumbuhan tidak membuat makanan sendiri.

3 A Benar, keputusan yang dibuat oelh pengadil itu tidak adil.


B Ya, buku itu dipinjam dari perpustakaan sekolah.'
C Betul, itu bukan lelaki yang kita dicari.
D Benar, ayam jantan itu bertelur.

4 A Ya, saya murid SJK Keong Li.


B Ya, buku itu tidak diconteng oleh adik.
C Benar, alasan yang dibelinya tidak munasabah.
D Benar, makanan itu tidak mungkin dimasak oleh kakak.

5 A Ya, saya tidak tinggal di Sentul.


B Betul, s eluar yang dibeli itu pendek.
C Benar, masalah itu tidak rumit sangat.
D Betul, budak itu tidak nakal seperti yang dikatakan.

6 A Ya, Ali bukan ahli dalam Persatuan Bahasa Cina.


B Betul, jangkaan kamu tidak tepat.
C Benar, itulah guru kelas saya.
D Benar, itulah guru kelas saya.

7 A Benar, dia memang tidak hadir ke sekolah.


B Benar , taman itu dibina pada tahun 2003.
C Betul, kenyataan yang dikeluarkan tidak benar.
D Betul, pengiraan yang betul adalah seperti contoh yang diberi.

8 A Ya , saya berasa letih.


B Ya, bukan Muraidi menelefon saya.
C Ya, keng An bukan kawan karib saya.
D Ya, kuih-muih itu tidak disediakan oleh emak.

9 A Betul, baju itu tidak sesuai untuk kamu.


B Betul, pokok durian tidak berbuah lebat.
C Benar, wau bukan permainan tradisional kaum Melayu.
D Benar, sekolah itu mempunayi 1200 orang murid Melayu.
10 A Betul, perkara ini tidak dapat diselesaikan.
B Benar, pen ini tidak boleh digunakan lagi.
C Ya, bukan hendak mencetuskan pergaduhan ini.
D Ya, rak itu digunakan untuk meletakkan buku-buku.

11 A Betul, kompang itu diperbuat daripada kulit kambing.


B Betul, pekerja itu mengikut cara yang salah.
C Betul, sisnya tidak dikenali sebagai Raja Hutan.
D Betul, percakapan awak tidak bersopan.

12 A benar, kenyataan pemuda itu tidak sah.


B Benar, gunting yang digunakan tidak tajam.
C Benar, joran digunakan untuk memancing.
D Benar, lelaki itu tidak mungkin warganegara Malaysia.

13 A Betul, tin aluminium boleh dikitar semula.


B Ya, ayat yang dibina Peik Kuan tidka betul.
C Ya, tanggungjawab seorang doktor tidak berat.
D Benar, nombor telefon yang kamu berikan tidak tepat.

14 A Ya, luka itu tidak dalam sangat.


B Ya, cincin emas itu berharga RM 200
C Ya, kereta itu bukan kereta tempatan.
D Ya, beg troli itu bukan kepunyaannya.

15 A Ya, itu bukan payung saya.


B Betul, komik itu tidak kelakar langsung.
C Benar, itu bukan kotak yang kami perlukan.
D Benar, lombong itu memang berbahaya kepada kanak-kanak.

16A Ya, jam tangan saya tidak rosak.


B Benar, jenama radio ini ialah Razo.
C Benar, nama pemuda itu bukan Sazali.
D Betul, nasi yang ditanak itu bukan beras wnagi.

17 A Ya, perkataan itu memang sesuai digunakan dalam ayat.


B Betul, kemalangan yang negeri itu tidak berlaku semalam.
C Benar, baju kebaya itu tidak cantik.
D Ya, baginda bukan Sultan Perak.

18 A Ya, topi ini bukan saya yang beli.


B Benar, kerusi itu bukan diperbuat daripada rotan.
C Betul, itulah kata-kata yang tidak mahu saya dengar lagi.
D Betul, inilah cara mengulang kaji pelajaran yang paling berkesan.
19 A Ya, majalah itu bukan majalah kesukaan saya.
B Betul, telefon bimbit itu tidak berfungsi dengan baik.
C Betul, hotel itu menawarkan perkhidmatan yang baik.
D Benar, kenderaan itu tidak sesuai dinaiki oleh Mas sekeluarga.

20 A Ya, soalan ini memang senang.


B Ya, kami tidak ingin pergi ke tempat itu.
C Benar, gambar ini tidak diambil pada tahun ini.
D Betul, Encik Maniam dan Cik Kaipana bukan pasangan suami isteri.

Anda mungkin juga menyukai