Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN 1

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.
1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang
gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.
2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak
lemak nanti awak akan mendapat sakit.”
3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya
ditenggelami air, “kata Erra.
4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan
menimpa rumahnya.”
5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan
mematuhi semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi.
6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar
itu,”katanya lagi.
7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”
8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu
saja yang membuatnya,”sambungnya lagi.
9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua
orang.”
10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak
Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi.
11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang
mati lemas.”
12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah
untuk kegunaan semua orang.

Latihan 2:

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.

“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang

masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.

“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan

duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.

“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya

yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.

“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan

jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.

“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.
Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya
itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan
bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi
Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu
walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa
lapar . Pak Usop memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan
jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara
suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja.
Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman
daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Tukarkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang
betul.

(i) Mereka dijangka tiba di sini sebentar lagi

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(ii) Tikaman yang menembusi dada lelaki itu dikatakan bahawa menjadi punca kematiannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(iii) Kerana dia menunggang motosikal curi, remaja itu ditahan oleh pihak polis di dalam
lokap.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(iv) Perkahwinan mereka akan diadakan di sebuah hotel yang terkemuka di ibu kota.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(v) Encik jabu dan Puan Leila mempunyai empat orang anak lelaki.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(vi) Pada masa ini, harga sekilogram rambutan gading di pasar tani itu ialah RM6.00

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia


terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang
mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya
keranan jalan raya ditengelami air.
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah
tumbang dan menimpa rumahnya.
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan
akan mematuhi peraturan projek tersebut.
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu
bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas
itu.
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak
diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua
orang.
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila
dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.
11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima
belas orang mati lemas.
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan
adalah untuk kegunaan semua orang.

Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan
yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan
sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak
gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan
perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan
abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu
Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata
Salim.
Nizam bertanya kepada Salim yang kelihatan muram tentang masalah
Salim. Salim dengan perasaan sayu memberitahu Nizam bahawa Cikgu
Khairul bertanya tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayar.
Nizam terkejut dan hairan kerana Salim mempunyai biasiswa tetapi duit
biasiswa itu tidak digunakan untuk membayar yuran. Salim menjelaskan
bahawa duit biasiswa itu telah gunakan untuk perbelanjaan rawatan
abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam
mencadangkan Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan
perkara yang sebenarnya. Salim enggan dan takut untuk berjumpa Cikgu
Khairul kerana Salim mengatakan bahawa beliau merupakan seorang guru
yang amat garang.

Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya
itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan
bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi
Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu
walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa
lapar . Pak Usop memberitahu isterinya bahawa dia hendak
meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah
bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya
dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak
memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah
bas.
Mak Limah : Abang tergesa-gesa mahu keluar ke mana?
Pak Usop : Abang hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Makanlah nasi ini dahulu walaupun sibuk dengan kerja, nanti kelaparan.
Pak Usop : Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah : Selepas berhenti kerja mahu kerja apa?
Pak Usop : Abang hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Anda mungkin juga menyukai