Anda di halaman 1dari 10

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

SHARIPAH BINTI AB GANI

HA12 HUBUNGAN INDUSTRI


1.0 PENGENALAN

Arus perkembangan semasa ternyata memberi impak yang amat besar dalam kehidupan

kita. Perkembangan demi perkembangan ini tidak dapat kita hadapi tanpa kita membina

tamadun baru dalam kehidupan kita. Perkembangan ini meliputi keseluruhan cara hidup

masyarakat kini dan apa yang ingin difokuskan di sini ialah perkembangan kepada golongan

belia. Dalam dunia yang semakin maju ini terutama dalam abad ke-21, harapan rakyat

terutama sekali di kalangan belia adalah sangat tinggi. Kewujudan teknologi yang canggih

menjadikan kehidupan belia sekarang lebih maju seiring dengan golongan belia di negara-

negara maju yang lain. Disebabkan kewujudan teknologi inilah yang menyebabkan golongan

belia pada zaman sekarang sudah mengubah cara hidup sehingga membawa kesan negatif

kepada cara hidup mereka.

Generasi remaja dan belia perlu melihat bahawa perubahan semasa yang drastik ini

boleh memberi kesan yang negatif walaupun kita tidak dapat menafikan yang kewujudan

teknologi ini membawa perubahan dalam kehidupan kita. Kewujudan teknologi ini sudah

cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang sangat

peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin

golongan belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu

keperluan dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis

pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran

zaman sekarang. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat boleh menyebabkan dunia

semakin hari semakin kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan melalui internet juga boleh

mempengaruhi pemikiran belia. Malah, kewujudan blog kini menjadi medium maklumat

yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan pendapat dan pandangan mereka

secara bebas tetapi masih terkawal. Kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana

peranannya cukup berkesan.


2.0 KEBAIKAN WUJUDNYA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEPADA GOLONGAN BELIA.

Pada era yang menjurus ke arah kemodenan ini, teknologi maklumat dan komunikasi

semakin berleluasa terutama dalam kalangan Belia. Ianya telah menjadi kepentingan dalam

menjalani kehidupan seharian seseorang seperti bagai pinang di belah dua kerana ianya tidak

dapat memisahkan di antara manusia dan juga teknologi maklumat dan komunikasi ini.

Namun begitu, terdapat beberapa kebaikan sekiranya wujud teknologi maklumat dan

komunikasi ini kepada golongan Belia.

2.1. Memudahkan urusan seseorang

Kebaikan wujudnya teknologi maklumat dan komunikasi ini kepada golongan Belia ialah

memudahkan urusan seseorang. Hal ini demikian kerana, kita dapat lihat bahawa apa sahaja

urusan kerajaan mahupun swasta di sektor pekerjaan telah dilakukan di atas talian. Sebagai

contohnya, urusan- urusan kerajaan seperti urusan pembayaran bil utiliti, urusan perbankan

dan permohonan pekerjaan melalui sistem Resume online. Namun begitu, dengan wujudnya

teknologi sebegini, ini akan memudahkan lagi isi rumah dalam melangsaikan pembayaran bil

di pihak bendahari Universiti Malaysia Sabah dan golongan Belia tidak perlu lagi berbaris

panjang semata- mata hanya untuk melangsaikan hutang sahaja.


2.2. Memudahkan pencarian maklumat

Selain itu, memudahkan golongan Belia dalam pencarian maklumat. Hal ini demikian

kerana apabila wujudnya teknologi maklumat dan komunikasi ini, ia akan memudahkan lagi

golongan belia dalam mengakses apa sahaja ilmu yang berkaitan dengan pendidikan dan

memudahkan untuk mengetahui keadaan dunia sekarang ataupun isi semasa samada melalui

berita harian online, sinar harian dan sebagainya. Ini akan mengembangkan lagi minda

golongan Belia apabila mereka cenderung ke arah kerajinan dalam mengakses sesuatu isu

penting. Bukan itu sahaja, kita juga tahu bahawa manusia tidak dapat dipisahkan dengan

teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin canggih dan ini juga disebabkan manusia

juga tidak dapat dipisahkan dengan teknologi maklumat dan komunikasi ini.

2.3 Menggalakkan komunikasi

Seterusnya, memudahkan dan menggalakkan lagi komunikasi antara satu sama lain tanpa

sempadan. Hal ini demikian kerana wujudnya laman sosial seperti Facebook, Twitter,

Blogger dan sebagainya yang secara tidak langsung akan menyebabkan komunikasi antara

manusia akan lebih berkembang bagi menyampaikan sesuatu maklumat sama ada ianya

adalah maklumat penting mahupun tidak. Melalui laman sosial tersebut, ianya akan

memudahkan orang ramai untuk berkomunikasi atas talian terutama dengan rakan- rakan, ahli

keluarga dan sebagainya. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi ini juga akan

mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain.


2.4. Meluaskan aktiviti perniagaan

Meluaskan aktiviti perniagaan juga merupakan salah satu kebaikan dalam teknologi

maklumat dan komunikasi terhadap golongan Belia. Hal ini demikian kerana ianya akan

menjimatkan lagi kos dan juga tenaga justeru mengurangkan lagi pengeluaran modal

terhadap sewa kedai dan sebagainya. Sekiranya peniaga menyewa kedai semata-mata untuk

melariskan penjualannya, ini akan menyebabkan input yang diperoleh tidak mencapai tahap

pendapatan yang sepatutnya kerana hendak membayar lagi sewa kedai yang mahal. Kita tahu

bahawa zaman sekarang, penyewaan terhadap kedai telah meningkat. Ini menyebabkan

peniaga meningkatkan lagi harga barangan dan permintaan terhadap barangan akan

berkurang justeru ini akan merugikan para peniaga tersebut. Bukan itu sahaja, perniagaan

dalam talian yang diwujudkan ini juga akan memudahkan lagi pihak pembeli untuk membeli

barangan yang dikehendaki. Secara tidak langsung juga, ini akan meningkatkan lagi

permintaan terhadap sesuatu barangan yang di jual. Oleh itu, terbuktilah bahawa kemunculan

teknologi maklumat dan komunikasi ini akan memudahkan lagi aktiviti perniagaan dalam

talian.

2.5. Melahirkan Belia yang berpendidikan

Kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi ini juga dapat melahirkan Belia yang

lebih berpendidikan. Asas utama dalam kemajuan terhadap golongan Belia adalah

berdasarkan sejauh mana golongan Belia tersebut menerima pendidikan. Kita dapat lihat

bahawa teknologi maklumat dan komunikasi berpotensi dalam memberikan sumbangan yang

memberi manfaat dalam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana dengan adanya laman

sesawang seperti Facebook, E-mail dan sebagainya memudahkan golongan Belia untuk lebih

berpengetahuan melalui maklumat penting yang di “viral” dalam laman sesawang tersebut.
Sumbangan dan pengaruh teknologi maklumat mempunyai dua tahap iaitu bagaimana

teknologi maklumat dapat memberi kesan terhadap dasar pendidikan dan bagaimana

teknologi maklumat memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran itu

sendiri.1

3.0 KEBURUKAN WUJUDNYA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEPADA GOLONGAN BELIA.

3.1 Berlakunya Jenayah Siber

Kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan

satu kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Tindakan penyalahgunaan

teknologi ini menunjukkan bahawa pengguna tidak dapat mengawal tingkah laku sendiri

apabila mereka menggunakan atau mengaplikasikan teknologi. Salah satu penyalahgunaan

teknologi ialah jenayah siber. Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri

Abdul Rahman dari UiTM, jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan

dengan teknologi dan komputer menerusi Internet. Menurut kajian tersebut juga, pengguna

Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau

pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, capaian secara

tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim

cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam. Untuk mengenal pasti

kadar jenayah siber di Malaysia, Berita Harian Online (22 May 2012) telah melaporkan

bahawa kadar jenayah siber telah meningkat sehingga 88 peratus pada tahun 2011 berbanding

dengan pada tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes jenayah siber.

11Dr. Muhamad Sham. 2006. Peranan dan Potensi dalam Pembangunan Pelajar. Universiti Tunku Abdul
Rahman(UTAR).
3.2 Wujudnya Penggodam di Kalangan Belia

Antara ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena

penggodam komputer. Mereka cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan

mereka. Namun, masih lagi penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti

pencerobohan maklumat peribadi untuk keseronokan tanpa memikirkan kesan yang buruk

yang bakal dihadapi kelak. Kebiasaannya, mereka yang suka menceroboh sistem rangkaian

komputer, mencuri maklumat atau data penting dan menghantar kod jahat atau virus bagi

mengganggu sistem rangkaian komputer lain seterusnya menyebabkan kerosakan teruk.

Kelebihan yang dimiliki dalam teknologi maklumat ini juga dengan mudah diperalatkan oleh

pengganas dan juga kartel dadah. Ini juga terbukti apabila seorang pembekal dadah

menggunakan sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar dadah lain untuk

mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia.

3.3 Mewujudkan Plagiarisme Dalam Pendidikan

Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakan tugas yang memerlukan

kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah diselesaikan oleh komputer. Golongan

belia kini menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran-kemahiran tertentu dengan

meningkatnya kebergantungan kepada komputer. Sebagai contoh, menaip dan mengira

dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan menyebabkan kemahiran menulis dan

mengira pelajar merosot. Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku dengan

penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ada beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan.

Antaranya penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau sebarang bahan

yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam

mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut. Pengubahsuaian perkataan-perkataan orang


lain tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dengan teknologi 'dunia di hujung

jari' melalui internet pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu menyiapkan kertas

kerja atau tesisnya dengan jalan pintas yang cepat.

3.4 Penapisan Maklumat Siber yang sukar

Dalam zaman yang serba canggih, muncul pelbagai perantaraan yang boleh menjadi

ejen baru penyebaran maklumat. Oleh sebab itu, penapisan terhadap teknologi maklumat,

terutama internet bukanlah suatu yang mudah memandangkan pertumbuhan bilangan

pengguna yang menyertai industry ini setiap hari. Bukan itu sahaja, internet juga tidak

mempunyai badan-badan penapis yang rasmi. Dalam hal ini, penapis utama ialah hati nurani

pengguna itu sendiri. Walaupun usaha-usaha telah diambil untuk menapis medium ini, namun

nampaknya usaha ini masih menemui jalan buntu apabila tiada undang-undang yang

berkaitan yang boleh mendakwa pihak yang menyalahgunakan medium ini.


4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap

kalangan belia. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan

cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau

salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar

atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul mempunyai akal dan berfikiran waras untuk

menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.
5.0 RUJUKAN

Berita Harian, Jerat Jenayah Siber,


http://www.bharian.com.my/articles/Jeratjenayahsiber/Article/

Harper,C. (2002). The New Mass Media. New York: Houghton Mifflin Company

Harian Metro, 3gp jadi bahan eksploitasi ,


http://www.hmetro.com.my/articles/3gpjadibahaneksploitasi/Article/artikelMA
Diakses pada 18/03/2013

http://www.bt.com.bn/files/digital/NIE/Issue296/BT15Nov.4.pdf diakses pada 18 0ktober


2016, jam 8.05PM.

http://eprints.utm.my/459/1/MuhamadShamShahkat2006_Ictperanandanpotensidalam.pdf
diakses pada 18 okober 2016, jam 8.13PM.

Penyalahgunaan internet di kalangan Mahasiswa kajian kes di UiTM,


http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-
KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM

Utusan Online , Laman blog lucah pelajar Malaysia dinya aktif ,


http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121019/dn_17/Laman-blog-lucah-
pelajar-Malaysia-dinyah-aktif Diakses pada 19/10/2012

Utusan Online, Tempias kecanggihan teknologi maklumat ,


http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120704/re_03/Tempias-kecanggihan-
teknologi-maklumat Diakses pada 04/07/2012

Kasim, A. (2014). Proceedings of seminar On Publics Responses to foreign workers in


Sabah. Unit Penyelidikan Etnografi &Pembangunan.

Saimana, M. S., & Jemon b, S. Social Security: Case of Foreign Workers in Sabah, Malaysia

Anda mungkin juga menyukai