Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat Mei 15, 2007 mindabahasa Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah

bagi memajukan negara kita dari s egi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi t eknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknolo gi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen ters ebut. Tuliskan teks ceramah itu. Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Peng erusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang diho rmati sekalian. Pada era dotcom ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba un tuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia , sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor ( MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLC C) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini terny ata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada i mplikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pen didikan, ekonomi, industri, sosial dan politik. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan . Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat tel ah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru d an pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini me njelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat m enghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut memapa rkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelaj arannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dal am bidang pendidikan. Hadirin yang budiman, Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tenta ng e-niaga atau e-commerce, cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat eniaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan seka rang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini www.sesuatu.com.my buk an lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibe li melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok g lobal ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Mala h tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seoran g surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas b ahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan. Hadirin yang dimuliakan, Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak memb antu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepa t, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel , sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, m asa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran ant arabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di d

unia, memuji Malaysia sebagai negara yang multi medianya. Beliau menambah, di luar ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. media membolehkan Malaysia berdiri sama ra-negara maju yang lain.

paling serius dalam membangunkan pusat Amerika Syarikat pembangunan seumpama Jadi terbukti bahawa pembangunan multi tinggi, dan duduk sama rendah dengan nega

Tuan-tuan dan puan-puan, Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan anta ra rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau ya ng berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik bol eh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah ja uh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghan taran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman d an kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? Hadirin sekalian, Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. M alah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunaka n kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masi h ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburukburukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. In ilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalanga n generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripa da ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan s asaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga menga ut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu deng an mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan ce pat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini tu rut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata te mpat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan pe rkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah akti viti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak. Hadirin yang dikasihi, Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih bur uk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untu k bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kep ada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sens itif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huruhara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yan g berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan ra kyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke ka ncah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa ya ng sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Me

njadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai