Anda di halaman 1dari 3

Ali malu memegang pipi,

Agaknya malu melihat Suraya ,

Sebelum anda lena bermimpi ,

Dengarlah dahulu pidato saya.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalmualaikum dalam salam sejahtera, saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis,
pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era
‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media
(pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan
sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media
Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan
pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas
mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia
telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan
menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi
melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan
komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.

Hadirin yang dimuliakan,

Selain itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita.
Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti
manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat
minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat
melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat
bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah,
kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat
Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara
atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai
pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia.
Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang
rasional dalam kehidupan seharian. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin
politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan
kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah
multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya.
Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan
khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum
pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen
memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku.
Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi
muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam
internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan
porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan
perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam.
Masalah ini jugamerebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau
perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah
hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain
seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-
anak.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda
sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan
dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan.
Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh
menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi
menwujudkan huru-hara di dalam negara. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh
mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama
memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah
bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Asslamualaikum Puan Rodziyah ,

Berdasarkan pembelajaran saya sepanjang pada semester pertama ini berkaitan dengan tajuk
cabaran dan isu semasa dunia bersama dengan Puan , banyak ilmu dan maklumat yang baharu yang
telah saya dapati . Pembelajaran ini telah menekankan pelbagai sejarah -sejarah dunia , konflik
dunia dan terutamanya isu -isu global yang terjadi pada masa kini . Hal ini telah membuka mata saya
bahawa pentingnya untuk kita ketahui apa yang terjadi serta masalah yang dihadapi oleh luar negara
dan lebih -lebih lagi di dalam negara kita sendiri . Berikutan dengan itu, sebelum ini sememangnya
saya tidak mengambil endah tentang perkara tersebut dan menganggap ianya hanyalah perkara
yang kecil sahaja untuk diulaskan namun ianya sebenarnya amatlah memberi impak sama ada positif
atau negatif pada negara kita.

Berdasarkan kursus ini , terdapat 5 topik yang ditekankan iaitu Pembaharuan dalam sistem politik
eropah, Isu-isu konflik dunia semasa , Isu -isu ekonomi dunia semasa , Isu-isu global dan kaitannya
terhadap negara serta Cabaran -cabaran yang dihadapi negara dan langkah -langkah menanganinya.
Melalui pembelajaran ini, terdapat banyak ilmu pengetahuan yang baharu yang saya dapat pelajari.
Antara salah satunya ialah kejatuhan kerajaan soviet pada tahun 1991 yang disebabkan oleh
beberapa faktor . Selain itu , ianya telah menambah ilmu pengetahuan saya tentang isu -isu konflik
yang telah melanda dunia pada hari ini iaitu konflik Palestin -Israel , konflik di Bosnia dan konflik di
Myanmar . Melalui pembelajaran ini , saya merasakan topik -topik yang saya pelajari ini telah
menarik minat saya untuk mengetahui lebih lagi tentang perkara -perkara yang telah berlaku di
seluruh dunia ini bahkan saya juga dapat mengambil beberapa iktibar dan pengajaran daripada apa
yang telah berlaku.

Saya amat berterima kasih kepada Puan Rodziyah yang telah banyak mengajar dan mencurahkan
ilmunya kepada saya.Memandangkan kami terpaksa belajar secara dalam talian pada masa sekarang
ini , ianya tidak sama sekali menghalang saya daripada terus belajar dan mendaptkan maklumat
-maklumat yang baharu tentang pelajaran ini . Puan sentiasa menyalurkan maklumatnya menerusi
platform google classroom iaitu dengan memuat naik video -video mengenai pembelajaran pada hari
tersebut. Dengan itu , ianya dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada saya dan kawan
-kawan .

Anda mungkin juga menyukai