Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 2

KUMPULAN 4 : SYARAHAN / CERAMAH


SOALAN : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi
teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi
teknologi maklumat telah diadakan tempat anda. Selaku seorang pengamal
teknologi maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran
kempen tersebut.

Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada Yang Berusaha
Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian. Pada era dotcom ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba
untuk memajukan bidang multimedia (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia,
sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor
Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan
seluas 750 kilometer persegi dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai
implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif.
Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Kehadiran teknologi multimedia adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multimedia.
Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya
teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat
diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja,
malah, dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani
batu-bata dan kayu sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang
disiarkan melalui iklan di surat khabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini Iklan tersebut
memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan
pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multimedia dalam
bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,


Seyogianya, kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dan produktiviti
keluaran industri kita. Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta
dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi
maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap
sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi
tumpuan kepada pembangunan multimedia. Malah kita melawat MSC, Bill Gates (Microsoft
Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius
dalam membangunkan pusat multimedianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat
pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa
pembangunan multimedia membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Selain itu, dari segi sosial, pembangunan multimedia mengeratkan lagi hubungan
antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang
berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan
ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Media elektronik boleh diterima dan
dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat
disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian.
Hubungan melalui emel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada
panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Di samping itu,
hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan
lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam
kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multimedia satu
anugerah yang tiada tolok bandingnya

Hadirin sekalian,
Walaubagaimanapun, pembangunan pesat multimedia tidak bebas daripada
implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif.
Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan
kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat
khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1999 di Chow Kit, Kuala
2

Lumpur yang disebarkan melalui internet. Seterusnya, kempen memburuk-burukkan


pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek
negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Gambar dan bahan ponografi yang lain mengisi kebanyakan
daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan
sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut
keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan
mengenakan bayaran sehingga RM 50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat
dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut
memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini
terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat
memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan
perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Di sini lah aktiviti-aktiviti
negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula
bertapak di sanubari anak-anak.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan namun pada
masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara
kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai