SMK BUKIT GOH 2016 (Sebahagiannya dibaca pada majlis tersebut) Assalaamualaikum
warahmatuLlahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Bunga tanjung di tengah pekan, Tiupan bayu
mencelah suria, kalimah nan agung saya mulakan, Salam sejahtera menambah ceria. Daun layu di
tengah gurun, nampak jalur pohon cemara, Tradisi Melayu turun temurun Pantun ditutur pembuka
bicara. Selamat datang kami ucapkan, Buat semua hadirin budiman, Ke sidang majlis penuh
taakulan, Bersama merapat ukhuwwah dan taulan. Yang berusaha, Puan Hajjah Wan Norini bt Wan
Hamat, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bukit Goh, Yang dihormati, Encik Wan Ludin bin Wan Ali,
Pengerusi PIBG SMK Bukit Goh, Ustaz Mohd Anuar bin Mohd Amin, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, SMK Bukit Goh Encik Awang Mahadi bin Ali, Penolong Kanan Korikulum, SMK Bukit Goh Yang
diraikan Pn. Hazmah bt Hamzah dan Encik Kamazahri bin Kamarudin, Ketua-ketua bidang, AJK PIBG,
SMK Bukit Goh, Rakan-rakan guru dan kakitangan sekolah serta keluarga masing-masing, dan
seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.. Hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdulillah, kita
panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, dihimpunkan kita di majlis
yang sangat besar ertinya kepada semua warga SMK Bukit Goh. Jamuan Akhir tahun dan majlis
perpisahan adalah program tahunan sebagai menghargai usaha dan pengorbanan guru dan
kakitangan dalam usaha meningkatkan nama sekolah di peringkat daerah maupun negeri. Majlis
seperti ini diadakan oleh semua sekolah menjelang berakhirnya sesi persekolahan. Di samping itu
juga meraikan guru-guru yang akan bersara dan bertukar kerana menghargai pengorbanan mereka
selama ini dalam membangunkan sekolah dari segi akademik, kokurikulum, bina insan dan
keceriaan... Berat Sama di pikul Ringan sama dijinjing Kita umpama aur dengan tebing itulah yang
diibaratkan ibubapa dan guru saling perlu memerlukan. Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi Jika kita bersatu hati. Ikan merah dijual di pekan,
Syukur gembira dapat sebaldi, Cuaca cerah turut mengizinkan, Pohonlah doa ke hadrat Ilahi. Bagi
memberkati majlis ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan munajat kepada Allah, semoga
majlis ini berjalan dengan sempurna hingga ke akhirnya. Dengan ini, dipersilakan Ustaz Shafie Mohd
Hasin untuk menitipkan doa dalam majlis yang penuh gilang gemilang ini. (Doa dibaca) Amin.. amin
ya Rabbal Alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan lancar. Semoga majlis
kita pada hari ini dipelihara, Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Menambah tautan
kemesraan, Serta berpisahnya kita nanti, akan diiringi dengan seribu kenangan. Bukan keris tanpa
ulunya Bukan majlis tanpa ucapannya. Seterusnya dipersilakan Encik Suhaimie bin Abdul Halim ,
Pengerusi Kelab Keluarga SMK Bukit Goh menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh
ertinya pada malam ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. (Encik suhaimie menyampaikan
ucapan... ) Mekar melati diapit kejora, Kuntuman tersemat, jadi pamitan, Tersentuh hati mendengar
bicara, Ungkapan azimat jadi ingatan. #### Demikian tadi ucapan daripada Pengerusi Kelab keluarga
yang kita kasihi Pergi ke kedai membeli gula Gula di bawa berhati-hati Yang Dipertua kami
mempersila Ucapan diberi kita hayati. Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang
DiPertua PIBG SMK Bukit Goh, Yang berusaha En Wan Ludin bin Wan Ali untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.. ### YDP PIBG menyampaikan ucapan Demikian tadi ucapan oleh Yang Di
Pertua PIBG SMK Bukit Goh, En Wan Ludin bin Wan Ali. Terima kasih diucapkan Tidak berseri rasanya
majlis ini tanpa mendengar amanat dan ucapan keramat daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran
yang kita kasihi. Dengan ini dipersilakan Puan Hajjah Wan Norini bt Wan Hamat, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Bukit Goh untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan... (Puan Hajjah Wan Norini menyampaikan ucapan...) Tumbuh selirat bunga melati, Mari
direnjis dalam jambangan, Ucapan tersirat seribu erti, Semoga majlis menjadi kenangan. Seterusnya
dipersilakan Puan Hazmah bt Hamzah, guru SMK Bukit Goh yang akan bersara menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis yang penuh ertinya pada hari ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.. (Puan Hazmah bt Hamzah menyampaikan ucapan... ) Banyak duri perkara duri, Tidak
sama duri mengkuang, Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang. Malam hari berlagu
unggas, Memecah kesunyian di dalam hutan, Walaupun terpisah tempat dan tugas, Budimu puan
dalam ingatan Ular lidi menyusur rotan, Menyusur jatuh ke dalam paya Banyak budi puan semaikan
Semoga tumbuh menyinar dunia. Seterusnya majlis mempersilakan En Kamazahri bin Kamarudin
yang akan bertugas di sekolah yang baharu untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan… (Encik Kamarzahri menyampaikan ucapan...) Mekar melati diapit
kejora, Kuntuman tersemat, jadi pamitan, Tersentuh hati mendengar bicara, Ungkapan azimat jadi
ingatan. Kain songket cantik kilauan, Ditenun oleh orang kemaman, Tak terbalas budimu tuan, Kami
merakam setinggi penghargaan. ####### Tayangan slaid video – nostalgia Untuk Puan Hazmah bt
Hamzah selama bertugas di SMK Bukit Goh Hadirin sekalian, majlis ini diadakan sebagai simbolik
untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa.
###### Majlis penyampaian Hadiah Persaraan dan pertukaran Ke Pekan sudah, ke Maran pun sudah,
Cuma ke Tenom sahaja yang belum, Ucapan sudah, pesanan pun sudah, Makan dan minum sahaja
yang belum. kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih, Sudilah tuan jamu selera, Hidangan
mesra pengikat kasih. Untuk itu, marilah kita sama-sama merasa kelazatan makanan dengan
didahului membaca doa makan... (Acara makan malam...) ### Penutup majlis Tuan-puan yang
dimuliakan, Andai berkayuh dah sampai ke seberang, Andai memanjat dah sampai ke pucuk, Andai
mendaki dah sampai ke puncak, Setiap yang bermula pasti akan berakhir, Begitu juga dengan majlis
kita pada malam ini. Sebagai penutup bicara... Sisir pelepah meraut lidi, Menganyam daun atap
jerami, Yang indah, yang berseri bawalah pergi, Yang cacat, yang keji tinggalkan buat kami. Kalau ada
jarum yang patah, Jangan disimpan di bawah saji, Kalau ada silap dan salah, Jangan dikutuk diumpat
keji. Pohon kuini dahannya patah Di situ tempat bermain kenari, Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri. Demikianlah tadi selesai sudah Majlis Makan Malam dan Majlis
Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan dan perpisahan sahabat yang kita kasihi pada
kali ini. Semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwwah di kalangan kita untuk terus menggapai
kejayaan dalam semua bidang pada tahun hadapan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua yang terlibat menjayakan majlis kita pada hari ini. Semoga berjumpa di lain kali. Sekian,
wassalamualaikum wbt...
HADIRIN DIHORMATI.
DIJEMPUT, _________________________________
DIPERSILAKAN .
SEKIAN ASSALAMMUALIKUM
1st announcement
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM
SEJAHTERA. SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK.
YANG BERUSAHA
EN BUSMAN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI
YANG DIHORMATI
.
BARISAN AJK PIBG
GURU-GURU DAN STAF SMK DEMAK BARU
YANG DIMULIAKAN SEKALIAN
3.BACAAN DOA
HADIRIN SEKALIAN
ATURCARA MAJLIS DIDAHULUI DENGAN BACAAN DOA.UNTUK ITU MAJLIS
MEMPERSILAKAN
____________________________ UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN.
HADIRIN YANG DIHORMATI
4.UCAPAN ALUAN
HADIRIN SEKALIAN,
CIKGU,
BIAR PENAT BERDIRI
JANGAN PENAT MEMBERI
BIAR LELAH TERDUDUK
JANGAN LELAH MEMBENTUK
BIAR PENAT BERCAKAP
JANGAN PENAT BERHARAP.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.
7.SIMBOLIK PERASMIAN
HADIRIN SEKALIAN,
SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA ACARA PADA MALAM INI,MAJLIS
MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID TERUS
KEKAL DI PENTAS DAN DIPERSILAKAN JUGA YANG BERUSAHA USTAZ
BUSMAN BIN RAMLI BARISAN PENOLONG KANAN DAN MANTAN PENOLONG
KANAN KE PENTAS UNTUK BERSAMA .
8. JAMUAN MAKAN
NYANYIAN
MALAM INI KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN NYAYIAN.-NYAYIAN OLEH
INSAN-INSAN YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
HADIRIN SEKALIAN
DIPERSILAKAN PULA
CIKGU_______________________________________________DAN CIKGU
_______________________________________________________________KE PENTAS
UNTUK MEMBUAT PERTUKARAN HADIAH.
10.PERSEMBAHAN GURU/JEMPUTAN
DIPERSILAKAN.
HADIRIN SEKALIAN
.
12.PERSEMBAHAN GURU/JEMPUTAN
DIPERSILAKAN.
HADIRIN SEKALIAN
DIPERSILAKAN PULA
CIKGU_______________________________________________DAN CIKGU
_______________________________________________________________KE PENTAS
UNTUK MEMBUAT PERTUKARAN HADIAH.
14.PERSEMBAHAN GURU/JEMPUTAN
DIPERSILAKAN.
HADIRIN SEKALIAN
DIPERSILAKAN PULA
CIKGU_______________________________________________DAN CIKGU
_______________________________________________________________KE PENTAS
UNTUK MEMBUAT PERTUKARAN HADIAH.
16.PERSEMBAHAN GURU/JEMPUTAN
DIPERSILAKAN.
HADIRIN SEKALIAN
DIPERSILAKAN PULA
CIKGU_______________________________________________DAN CIKGU
_______________________________________________________________KE PENTAS
UNTUK MEMBUAT PERTUKARAN HADIAH.
18.PERSEMBAHAN GURU/JEMPUTAN
DIPERSILAKAN.
19.ANUGERAH GURU
20.SESI BERGAMBAR
DIPERSILAKAN
21. PENUTUP