Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS BUDI ABADI, HARUM DALAM SEUNTAI NAMA

Tarikh : 25 Jun 2014


Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKWM

PERKARA/
PEMBACA
BUTIRAN CATATAN

Ketibaan
Tetamu

Ika
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Che Mazwin
bt Tajuddin dengan diiringi dif-dif kehormat mara ke
pentas utama. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Budi Abadi, Harum
Dalam Seuntai Nama sempena persaraan Pn Hjh Che
Mazwin bt Tajuddin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK
Wangsa Melawati.

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

**Persembahan pencak silat


Bacaan Doa
Ika

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz Wan Mohd Ridhwan bin Wan Ibrahim. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)


Ucapan
Alu-aluan
Ila


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadil Ustaz Wan Mohd Ridhwan bin Wan
Ibrahim atas bacaan doa itu tadi.


Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati En. Mohd Muzamir b. Mohd Yusof
Guru Besar SK Wangsa Melawati

Yang Diraikan
Pn Hjh Che Mazwin bt Tajuddin
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn Zarina bt Abdul Wahab
Penolong Kanan 1

Yang Dihormati
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK
Wangsa Melawati

Yang Dihormati
Mantan Pentadbir SK Wangsa Melawati
Pn Siti Aisyah bt Hj. Jabar
Pn. Hjh Maznah bt Man
Pn. Hjh Mardziyah bt Muhamad

Yg dikasihi
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang
diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Budi Abadi, Harum Dalam Seuntai Nama
sempena persaraan Yang Diraikan Pn Hjh Che Mazwin bt
Tajuddin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Wangsa
Melawati.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan Pn Hjh Che Mazwin bt Tajuddin, dalam Majlis
Budi Abadi, Harum Dalam Seuntai Nama

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn Hjh Che
Mazwin bt Tajuddin sepanjang perkhidmatan beliau di
dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, di SK Wangsa Melawati.

Ucapan Ketua
Murid



Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis menjemput adik Illya Maisarah bt Nazarul, Ketua
Murid SK Wangsa Melawati bagi mewakili murid-murid
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.



Ucapan Wakil
Guru

Terima kasih diucapkan kepada adik Illya Maisarah bt
Nazarul atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil guru, Pn
Dayang Afzanah bt Awang Saperi, Pengerusi Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Wangsa Melawati.
Dipersilakan



Ucapan
GB
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Dayang
Afzanah bt Awang Saperi atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha
En. Mohd Muzamir b Mohd Yusof, Guru Besar SK Wangsa
Melawati. Dipersilakan


Persembahan
Guru dan
Murid



Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Mohd
Muzamir b Mohd Yusof, Guru Besar SK Wangsa Melawati
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada
murid-murid tarian di bawah bimbingan Cikgu Alesya dan
Cikgu Azmizi. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan tarian yang
cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.



Persembahan Cup Song


**** persembahan


Persembahan berikutnya dipersilakan pasukan nasyid
terdiri daripada murid-murid tahap __. Kumpulan ini
dibimbing oleh Ustazah Fatihah dan Ustazah Robiah.
Dipersilakan.

**** persembahan

Terima kasih diucapkan atas alunan merdu yg dinyanyikan.

Terang bulan penyeri malam
Tersentuh hati menginsafi diri
Kasih tersirat tidak terkalam
Bersemadi selamanya di dalam hati

Tanda kasih dan sayang dari guru-guru sekolah ini, majlis
menjemput Pn. Fatimatul Asmak, Pn. Zarina Husain dan Pn.
_______________________ untuk menyampaikan syair
puitis madah pujangga sebagai halwa telinga kita semua.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**** persembahan

Terima kasih diucapkan dedikasi syair sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan adik Zafirah Adlina
untuk menyampaikan sajak Bahasa Inggeris untuk Pn. Hjh
Che Mazwin. Dipersilakan.

**** persembahan

Terima kasih diucapkan kpd adik Zafirah.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Zarina
bt Abdul Wahab, Guru Penolong Kanan 1 naik ke pentas
utama untuk menyempurnakan upacara simbolik tanda
kenangan daripada pihak sekolah. Dipersilakan.

Buat pengetahuan semua, sekarang adalah upacara

menyarungkan sebentuk cincin tanda kenang-kenangan
kepada Yang Dirai Pn Hjh Che Mazwin bt Tajuddin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berusaha Pn. Zarina bt Abdul Wahab, Guru Penolong Kanan
1.


Penyampaian
Hadiah &
cenderamata


Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian
hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan
buat insan yang kita raikan.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Muzamir b Mohdd
Yusof, Guru Besar SK Wangsa Melawati mengiringi Yang
Diraikan Pn Hjh Che Mazwin bt Tajuddin untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata
daripada

Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah
Panitia Bahasa Inggeris
Panitia Agama Islam
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Wakil Murid Tahap 1
Wakil Murid Tahap 2
Dan individu.(nama)

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang
kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn Hjh Che Mazwin bt
Tajuddin

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Pn Hjh Che Mazwin bt Tajuddin atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En.
Mohd Muzamir b Mohdd Yusof mengiringi Yang Diraikan Pn
Hjh Che Mazwin bt Tajuddin sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam

Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima


Persembahan
Multimedia



Majlis mempersilakan Yang Dirai Pn Hjh Che Mazwin bt
Tajuddin untuk turun dari singgahsana mengambil tempat di
hadapan pentas. Dipersilakan.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn Hjh Che
Mazwin bt Tajuddin

*** Persembahan multimedia.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn Hjh Che
Mazwin bt Tajuddin. Terima kasih kepada individu yang
menjayakan persembahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.


Ucapan
Yang Dirai
GPK KOKO

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
ucapan daripada Yang Diraikan Pn Hjh Che Mazwin bt
Tajuddin. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

***Ucapan GPK KOKO

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh Che Mazwin bt Tajuddin
atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat



Penutup
Gimik Punch
Card


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat

Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu Mazwin.

Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Pn. Hjh
Che Mazwin bt Tajuddin untuk punch card buat kali
terakhir di SK Wangsa Melawati. Dipersilakan.


Penutup



Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan Pn Hjh Che Mazwin bt Tajuddin
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar puan
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis Budi Abadi, Harum Dalam
Seuntai Nama ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput semua murid SK Wangsa Melawati untuk
bersalaman dengan guru kesayangan kita semua Pn Hjh Che
Mazwin bt Tajuddin.


Diminta murid beratur dengan tertib sebelum bersalaman
dan pulang ke rumah.

Majlis menjemput Pn Hjh Che Mazwin bt Tajuddin serta
semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di
Restoran Adam Lai

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahi Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai