Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERTUKARAN USTAZAH NURUL AIN BINTI SIMON

Dijemput semua tetamu untuk berkumpul mengambil tempat.

Ucapan Pengacara majlis

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi melayu turun menurun,
Pantun ditutur pembuka bicara

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Ucapan Selamat kepada Ustazah Nurul Ain binti Simon, ustazah yang kita kasihi yang akan
bertukar ke SK Pekan Jaya.

Yang Berusaha
Bonda Hanisah binti Hamzah
Guru Besar SKTM

Yang Berusaha
En. Mohd Zailani bin Kassim
GPK Pentadbiran SKTM

Yang Berusaha
Pn. Sharifah Khairiah bt Syed jAAFAR
GPK HEM SKTM

Yang Berusaha
En. Zariruddin bin Ab Manan
GPK Kokurikulum SKTM

Seterusnya barisan guru-guru dan murid-murid yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke Majlis Perpisahan Ustazah Nurul Ain binti Simon


Bakti Disanjung, Budi Dijunjung
Untuk makluman hadirin sekalian majlis ini adalah bertujuan untuk
memanifestasikan penghargaan kami warga SK Tanjung Medang atas sumbangan dan jasa
bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat disekolah ini.

Bacaan Doa

Buluh di asah jalinan disemat


Gubahan di olah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadil Ust Bahauddin
bin Abd Ghani. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Al Fadil Ust Bahauddin bin Abd Ghani atas bacaan doa itu tadi.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Ucapan

Bukan rumput sebarang rumput


Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memberi ucapan aluan

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis dimulakan dengan ucapan yang akan disampaikan oleh wakil guru. Untuk itu, majlis
mempersilakan wakil Kelab Guru Pn Nek Laila bt Hussin untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Kelab Guru Pn Nek Laila bt Hussin atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Terbang di awan burung jentayu


Di atas papan batang selasih
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan pengikat kasih

Seterusnya majlis menjemput Puan Guru Besar untuk menyampaikan ucapan. Untuk itu
dipersilakan Bonda Hanisah binti Hamzah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Bonda Hanisah binti Hamzah atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Malam hari berlagu unggas,


Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budi puan dalam ingatan.

Persembahan Montaj

Hadirin sekalian, sebelum kita mendengar ucapan dari insan yang kita kasihi, moleklah kiranya
kita sama-sama saksikan tayangan montaj yang telah disediakan. Dipersilakan.
Bukan senang menampi selasih,
Selasih sudah bercampur arang,
Bukan mudah bercerai kasih,
Kerana kasih bercampur sayang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Dikasihi Ustazah
Nurul Ain binti Simon. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Terima kasih tuan atas kesudian menyampaikan pesanan sebentar tadi. Banyak ingatan, banyak
kenangan, banyak pengalaman yang dikongsi bersama. Bukan mudah menerima perpisahan tapi
adat pertemuan selalu berpasangan dengan perpisahan.

Persembahan Murid

Hadirin sekalian
Yang datang akan pergi
Lewat akan berlalu
Ada akan tiada
Bertemu akan berpisah

Seterusnya dijemput mirid………………………………….untuk membuat persembahan.


Dipersilakan.

Penyampaian Cenderamata

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Sumbangan tuan tidak bertepi


Mengorban diri menyemai bakti
Ganjaran terbaik hanya dari ilahi
Dari kami terimalah cenderamata ini

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan


buat insan yang kita kasihi pada hari ini.

Dijemput
Wakil murid Prasekolah
Tahun 1 Arif
Tahun 2 Bijak
Tahun 3 Cerdik
Tahun 4 Dedikasi
Tahun 5
Tahun 6
Barisan Guru-guru Lelaki
Geng Pejabat Sekolah
Pekerja dan Jaga Sekolah
Persembahan

Awal akan berakhir


Terbit akan tenggelam
Pasang akan surut
Bertemu akan berpisah

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan murid buat Guru Besar yang
dikasihi. Majlis menjemput kelas tahun…………untuk membuat persembahan.

Sesi Fotografi

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis. Sebelum berpisah, dijemput
semua warga sekolah, naik ke pentas bagi sesi fotografi bersama dengan Yang dikasihi.
Dipersilakan.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Penutup

Hadirin sekalian,

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dikasihi kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Dikasihi
Ustazah Nurul Ain binti Simon agar terus cemerlang di SK Pekan Jaya dan sentiasa dalam
Rahmat kasih sayang Allah.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Murid semua boleh bersurai

Jamuan Makan
Dijemput semua untuk menjamu selera

Anda mungkin juga menyukai