Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH MOTIVASI

Bismillahirrahmanirrahim,

Dari Kedah hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Dihormati,
Ust Hafiz bin…………………………………………..
Selaku penceramah jemputan dari Majlis Ugama Islam Pahang(MUIP)

Yang Dihormati,
Encik Abu Bakar bin Awang Nong
Yang Dipertua PIBG SK Tanjung Medang

Yang Berusaha
Pn. Rusmina bt Hassan
Guru Besar SK Tanjung Medang

Barisan tenaga pengajar Tahun 6

Para ibu – bapa dan waris

Seterusnya murid-murid Tahun 6 Sk Tanjung Medang.

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Kehadiran tuan kami alukan,
Semoga majlis tambah berseri.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi
melangsungkan Majlis Ceramah Motivasi…………………………...Bagi seluruh warga sekolah.,
pihak majlis mengalu-alukan kehadiran penjaga Tahun 6. Semoga dengan kehadiran semua, maka
majlis ini akan menjadi lebih bermakna.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis mempersilakan 
bagi memimpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada    atas bacaan doa sebentar


tadi.

Hadirin yang dihormati,

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Yang Berusaha Pn Rusmina bt Hassan, GB
SKTM. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Rusmina bt
Hassan, bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Sekalung penghargaan kepada Yang Berusaha Pn Rusmina bt Hassan, atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Hadirin,

Kini, tibalah kita ke acara yang paling dinantikan semua. Untuk itu, Majlis dengan tunduk hormatnya
mempersilakan Yang Dihormati Ust Hafiz…………………………. bagi memulakan slot motivasi.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Ust
Hafiz…………………………………..atas kesudian mengendalikan slot motivasi sebentar tadi.
Sebagai menghargai jasa penceramah kita pada hari ini, dijemput Pn GB bagi mewakili pihak
sekolah dan penjaga Tahun 6 untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan. Dipersilakan.

Hadirin yang dikasihi..

Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan semua para tetamu atas kesudian hadir ke majlis yang
bermakna ini.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis
ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
 
Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullah
hiwabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai