Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERTUKARAN CIKGU HAIRIAZLISYAM BIN HASHIM

Dijemput semua tetamu untuk berkumpul mengambil tempat.

Ucapan Pengerusi majlis

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Selamat diucapkan kepada Cikgu Hairiazlisyam bin Hashim yang akan bertukar ke SK Permatang
Keledang

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Mohamad Sabri bin Othman
Guru Besar SKTM

Yang Berusaha
En. Mohd Zailani bin Kassim
GPK Pentadbiran SKTM

Yang Berusaha
Pn. Sharifah Khairiah bt Syed Jaafar
GPK HEM SKTM

Yang Berusaha
En. Zariruddin bin Ab Manan
GPK Kokurikulum SKTM

Yang Diraikan
Cikgu Hairiazlisyam bin Hashim

Seterusnya barisan guru-guru dan murid-murid yang diRahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bacaan Doa

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadil Ust
Bahauddin bin Abd Ghani. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Al Fadil Ust Bahauddin bin Abd Ghani atas bacaan doa itu tadi.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Tayang Montaj
Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan tanyangan montaj sepanjang perkhidmatan dan budi
yang ditaburkan oleh Cikgu Hairiazlisyam. Marilah kita sama-sama saksikannya.

Ucapan Cikgu Hairiazlisyam bin Hashim


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Cikgu
Hairiazlisyam bin Hashim.. Sebelum itu, izinkan saya untuk membacakan biodata beliau.

Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Ucapan Guru Besar

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Mohamad Sabri bin Othman
, GB SKTM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Mohamad Sabri bin Othman


, GB SKTM atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Persembahan Murid
Hadirin sekalian, kita teruskan majlis hari ini dengan persembahan murid. Mariah kita sama-sama
saksikannya.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada …………………..atas persembahan itu tadi.

Penyampaian Cenderamata

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Tanjung Katong airnya biru,


Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan


buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sesi Fotografi

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis. Sebelum berpisah, dijemput
semua warga sekolah, tetamu jemputan untuk naik ke pentas bagi sesi fotografi bersama dengan
Yang Diraikan. Dipersilakan.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Penutup

Hadirin sekalian,

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan Cikgu Hairiazlisyam bin Hashim agar terus cemerlang di SK Permatang Keledang.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Anda mungkin juga menyukai