Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN MAJLIS PERSARAAN USTAZAH CHE HASLIZA BINTI CHE OMAR

& CIK ZAHIDAH BINTI

TENTATIF TEKS UCAPAN CATATAN


Kata Aluan
Pengerusi Anak cina main gelombang,
Majlis
Terlihat jauh di Tanjung
Jati,
Tuan umpama bunga yang
kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.
Hadirin yang dihormati
sekalian, sudah menjadi adat
dan lumrah kehidupan,
setiap pertemuan pasti
mengundang perpisahan.
Hadirin,
Kita berkumpul pada hari ini
adalah untuk meraikan Yang
Dihormati Encik
Ramli bin Haji Sidek yang
bakal meninggalkan jejak
kenangan serta taburan
budi yang tidak terkira di
sekolah ini.
Andainya bintang di
angkasa tidak mampu dikira,
begitulah juga besarnya jasa
Tuan Yang Diraikan
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t , salam
Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang berusaha, Datuk Magendran M. Munisamy


Pengetua SMK Taman Sri Muda

Yang berusaha, Encik Mohd Din bin Dollah


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang berusaha, Tuan Haji Mohd Wahi bin Haji Samad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha, Puan Mahyani @Shima binti Kamarul Zaman


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang berusaha, Encik Nantha Kumar a/l Nachiappan


Penolong Kanan Petang

Yang Diraikan,
Puan Che Hasliza binti Che Omar dan Cik Zahidah
Guru-guru Kanan matapelajaran serta rakan-rakan guru yang
dikasihi sekalian.

Saya sebagai ahli jawatankuasa pelaksana mengucapkan selamat


datang ke majlis sanjungan budi setulus kasih ustazah Che Hasliza
binti Che Omar dan Cik Zahidah binti Jamil.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan


pasti mengundang perpisahan. Hadirin, Kita berkumpul pada hari
ini adalah untuk meraikan dua rakan kita iaitu Puan Che Hasliza
binti Che Omar yang bakal bersara dan Cik Zahidah binti Jamil yang
akan melanjutkan Pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Bacaan doa Hadirin yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan saudara


__________________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

Amin-amin ya rabbal alamin . Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa itu tadi

Ucapan yang Hadirin yang dikasihi


Dirai
Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Pihak majlis dengan
sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan, Puan
Che Hasliza binti Che Omar untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati


Puan Che Hasliza binti Che Omar atas kesudian Puan
menyampaikan ucapan sebentar tadI.

Seterusnya, dijemput Yang Dihormati Cik Zahidah binti Jamil untuk


menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Terima kasih diucapakan kepada cik Zahidah atas kesudian


menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Majlis Sanjungan Budi Setulus Kasih diteruskan lagi dengan


Cenderamata penyampaian cenderamata kepada insan yang diraikan sebagai
tanda kenang-kenangan. Dijemput , Cik Zahidah binti Jamil untuk
menerima cenderamata .

Untuk itu, dipersilakan .

1. Pentadbir.
2. GKMP Sains & Matematik.(Pn. Ezilah binti Mohd The)
3. GKMP Kemanusiaan (Pn. Wan Nora’akidah binti Wan Abdul
Kadir)
4. GKMP Teknik dan Vokasional (Pn. Hema Malini a/p
Periasamy)
5. GKMP Bahasa (Puan Samira Binti Yaacob).
6. AKP
7. UNIT KOKO

Seterusnya, majlis menjemput Pn. Che Hasliza binti Che Omar


untuk menerima cenderamata daripada rakan-rakan guru.

Untuk itu, dipersilakan….

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi

Penutup Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik Bahasa untuk


menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun yang
tersirat telahpun tersurat. Majlis Sanjungan Budi Setulus Kasih
berakhir di sini. Sebelum berpisah, pihak urusetia dan warga kerja
majlis, merakamkan ucapan terima kasih tuan-tuan dan puan-
puan yang sudi hadir ke majlis pada hari ini. Mohon
ampun dan maaf atas sebarang kelemahan yang timbul
sepanjang majlis ini berlangsung. Kepada Pn. Che Hasliza binti Che
Omar dan Cik Zahidah binti Jamil yang dihormati lagi disanjungi.
Terima kasih atas segala jasa dan budi yang telah dicurahkan
sepanjang bertugas di SMK Taman Sri Muda ini.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan
kesihatan yang baik dan beroleh kebahagiaan di dunia dan di
akhirat.

Selamat bersara Cikgu Che Hasliza dan Salam perpisahan buat Cik
Zahidah binti Jamil. Segala kenangan akan terpahat menjadi
memori sepanjang zaman.

Sekian saja wabiilahitaufiq walhidayat wassalamualaikum w.b.t dan


Salam persaraan.

Hadirin dijemput untuk menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai