Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PERPISAHAN GURU SEK. KEB.

TAMAN DESA JAYA


(PN. SITI NORHAFIZAH BINTI ANNUAR)

PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

Mengumumkan ketibaan yang diraikan Puan Siti NorHafizah Binti


Annuar bersama barisan pentadbir bergerak masuk ke dalam
dewan.
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Solutasi Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Yang berusaha, Pn. Hamidah Binti Maarof,


Guru Besar SK Taman Desa Jaya

Yang berusaha, Pn. Rafadzilah Binti Abd Rahim,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn.Hjh Dara Binti Khamis


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Mohd Harid Bin Sharon


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Diraikan Pn. Siti NorHafizah binti Annuar

Barisan guru serta AKP serta murid-murid yang disayangi sekalian.

Ucapan Harum semerbak si bunga melur


aluan Jadi hiasan taman larangan
pengacara Sejambak pantun mesra dihulur
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Hadirin sekalian,
Saat pertemuan berawal kebaikan, maka akhirilah pertemuan itu,
dengan perpisahan yang memiliki kenangan terindah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, kita


dapat berkumpul di dataran pada pagi ini bagi Majlis Perpisahan
guru kita yang akan berpindah meneruskan khidmat di tempat
baharu iaitu di Sekolah KebangsaanTaman Puteri Wangsa.

Tak kira sama ada yang sudah lama bersama mahupun yang baharu
bersua dengan insan ini, pasti banyak suka dan duka telah dicipta
bersama sepanjang beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman
Desa Jaya. Yang pastinya selama 10 tahun perkhidmatan beliau di
sekolah ini, setiap memori meninggalkan kenangan di lubuk jiwa
masing-masing. Banyak Jasa dan Bakti yang telah ditaburkan khas
untuk semua anak didik di Sk Taman Desa Jaya.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Bacaan Doa dibaca memohon rahmat
Doa Moga majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan


Ustaz Mohd Asrafi Bin Selamat bagi memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Amin Ya Rabbal a’lamin.


Terima kasih Ustaz Mohd Asrafi atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


yang Itu adat, itu lumrah kehidupan
diraikan Begitulah rentetan perjalanan

Banyak duri perkara duri,


Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


daripada yang diraikan.Majlis dengan ini menjemput, Cikgu Siti
NorHafizah Binti Annuar, untuk menyampai sepatah dua kata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-----------------UCAPAN YANG DIRAIKAN--------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Siti NorHafizah


Binti Annuar atas ucapan itu tadi.

Sudah berpuput angin utara,


Resah bertemu jadi ingatan
Indah bertaut memori mesra
Perpisahan mekar dalam kenangan

Bukan keris kalau tanpa ulunya,


Bukan majlis kalau tanpa ucapannya.
Ucapan
Pentadbir Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hamidah
Binti Maarof, Guru Besar SK Taman Desa Jaya untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

-----------------UCAPAN GURU BESAR----------------

Demikianlah kata, demikianlah ucapan,


Sekalung perhargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha,Puan


Hamidah Binti Maarof,Guru Besar SK Taman Desa Jaya,atas ucapan
yang telah disampaikan tadi.

Cantik sungguh simpulan kata


Tersemat elok dalam catatan,
Penyampai Walaupun kelak jauh di mata
an Hadiah Budi Cikgu Siti dalam ingatan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan hari ini iaitu
Cikgu NorHafizah Binti Annuar

Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hamidah binti


Maarof,Guru Besar SK Taman Desa Jaya diiringi Yang
dihormati,Puan Rafadzilah binti Abd Rahim, Penolong Kanan
Pentadbiran untuk menyampaikan cenderamata kepada yang
diraikan. Dipersilakan.

Dijemput Cikgu Siti NorHafizah Binti Annuar untuk menerima


cenderahati daripada ________________________.

SENARAI HADIAH

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha,


Puan Hamidah Binti Maarof dan barisan pentadbir atas kesudian
menyampaikan cenderamata kepada yang diraikan pada pagi ini.
Penutup
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kini majlis sudah tiba ke penghujungnya, saya memohon maaf andai


ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini. Buat
rakan guru yang diraikan, semoga dipermudahkan segala urusan
kalian meneruskan khidmat amanah di tempat baharu dan sentiasa
dalam rahmatNya.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai