Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA

MAJLIS
Majlis Sanjungan Budi Dan
Lambaian Kasih
BERSEMPENA PERSARAAN
PUAN NORMALA BINTI
AHMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH,
KG. LAPAN, BACHANG 75200 MELAKA
Majlis Sanjungan Budi Dan Lambaian Kasih

BERSEMPENA PERSARAAN
PUAN NORMALA BINTI AHMAD

1 Februari 2019 (Jumaat)

J/ACARA ATURCARA CATATAN

KAK Mengumumkan ketibaan PUAN NORMALA Pengumuman


SUZI BINTI AHMAD GURU __________TINGKATAN ketibaan
6, SMK Tun Tuah diiringi barisan pentadbir
masuk ke perkarangan majlis.

Salutasi
KAK Seuntai kata selaut bicara
SUZI
Yang diraikan Puan Normala Binti Ahmad, Guru
Prinsip Perakauan, Tingkatan 6, SMK Tun Tuah

Yang Berusaha En. Mohd Saiful Asri b Abdullah


* YDP PIBG SMK Tun Tuah

Encik Mohamad Diah Bin Ibrahim


Pengetua SMK Tun Tuah

Tuan Haji Hosnaini Bin Ahmad


GPK Pentadbiran SMK Tun Tuah

Encik Shahar Bin Bakar


GPK HEM SMK Tun Tuah

Puann Hajah Aliennah binti Ali


GPK Kokurikulum SMK Tun Tuah

Puan Lim Hong Ting


GPK Pendidikan Khas
Puan Liza Binti Mamat
GPK Tingkatan 6

Guru- guru Cemerlang

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran

Guru-guru Tingkatan 6

Guru-guru dan para pelajar sekalian

Tersusun kata, merungkai wacana,


Lunak merdunya, alunan suara,
Bicara hamba, pembuka acara,
Salam sejahtera, ungkapan muka

KAK ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI Permulaan


SUZI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA,
SALAM MELAKA MAJU, PINTAR, HIJAU,
BERSIH, SALAM JPN MELAKA, MENDIDIK
DARI HATI DENGAN PENUH INTEGRITI,
SALAM SMK TUN TUAH-MARA HINGGA
JAYA

Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi


kerana pada pagi yang indah serta penuh makna
ini dapat kita bersama-sama dalam meraikan
Majlis Sanjungan Budi Dan Lambaian Kasih
Puan Normala Binti Ahmad, Guru____________,
Tingkatatan 6, SMK Tun Tuah.

KAK Hadirin yang dihormati, Bacaan Doa


SUZI
Menadah tangan tanda kerendahan
Lafaz bismillah memperkukuh tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini,


marilah kita sama – sama menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Untuk itu, Majlis
mempersilakan Ustaz Muhd Ali bin Abd Rahman
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin – amin ya rabbal alamin …terima kasih


atas bacaan doa sebentar tadi.

PIJA Bila berselisih buat tak cakna, Bacaan


Sungguhpun sudah bertentang mata, Biodata
Benarlah sungguh pujangga Cina,
Jika tak kenal maka tak cinta

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Ketabahanmu cemerlang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas


segala bakti dan kesungguhan yang dicurahkan
oleh Puan Normala Binti Ahmad,
Guru____________, SMK Tun Tuah sepanjang
perkhidmatan beliau di sekolah ini.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cik


Suraini Binti Hussin untuk membacakan biodata
yang diraikan Puan Normala Binti Ahmad.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Cik Suraini Binti Hussin atas bacaan biodata
tersebut.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai mengenang jasa Puan Normala Binti Tayangan


Ahmad yang telahpun menabur bakti selama Montaj
____ tahun di sekolah ini, marilah bersama-
sama kita menyaksikan tayangan montaj untuk
yang diraikan sebagai tanda kenang –kenangan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


tayangan montaj yang telah disediakan oleh Cik
Nur Farah Ain Binti M. Tamam.

PIJA Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis Ucapan Wakil
dengan segala hormatnya menjemput dan Guru
mempersilakan Puan Liza Binti Mamat GPK
Tingkatan 6 sebagai wakil guru untuk
menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan


yang telah disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Ucapan Puan


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Normala
Tak lengkaplah majlis jika si empunya majlis
tidak berbicara

Majlis seterusnya berbesar hati menjemput dan


mempersilakan Puan Normala Binti Ahmad
untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan
penuh takzimnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas
ucapan Puan Normala Binti Ahmad yang
bermakna, buat warga SMK Tun Tuah.

Jentayu burung jentayu


Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Terima kasih sekali lagi Puan Normala Binti


Ahmad.

PIJA Hadirin yang dihormati sekalian, Ucapan


Pengetua
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tuan
Pengetua, Encik Mohamad Diah Bin Ibrahim
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Tuan Pengetua, Encik Mohamad Diah Bin
Ibrahim atas ucapan beliau sebentar tadi.

KAK
SUZI Sebagai kemuncak majlis kita pada hari ini, Penyampaian
kita saksikan pula acara penyampaian hadiah dan
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan cenderamata
buat insan yang diraikan pada hari ini.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Encik Mohamad
Diah Bin Ibrahim, Pengetua SMK Tun Tuah
untuk mengiringi Puan Normala Binti Ahmad
menerima hadiah dan cenderahati kenang-
kenangan daripada warga sekolah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Acara penyampaian cenderamata dimulakan


daripada
Dipersilakan…………………………………………
………….untuk menyampaikan cenderamata
daripada pihak…………………………………..
Rujuk lampiran;-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


kesudian Puan Normala Binti Ahmad menerima
cenderahati kenang-kenangan daripada warga
SMKTT.

Begitulah tadi acara penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenang – kenangan khusus untuk
Puan Normala Binti Ahmad. Pastinya kami
warga Tun Tuah tidak akan lupa jasa yang
ditaburkan. Beliau meninggalkan kita dengan
daya usaha dan semangat kerja serta komitmen
yang cemerlang sepanjang berada di sini.
Semoga Puan Normala Binti Ahmad akan terus
cemerlang dan menikmati hari-hari persaraan
beliau dengan tenang.

PIJA Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tamatlah Penutup


majlis kita pada hari ini.

Sebelum melabuhkan tirai majlis pada pagi ini,


majlis ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada Pengetua, Pentadbir, Guru-guru, Kelab
Staff, para pelajar dan semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.

Bunga seroja diatas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Pihak majlis ingin menyusun 10 jari memohon


kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan
dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sutera batik bertenun indah


Dipakai si dara nampak berseri
Biar jauh jarak memisah
Pastinya ada rindu di hati
Sebelum berpisah, dipersilakan yang diraikan
Puan Normala Binti Ahmad bersama-sama
barisan pentadbir serta guru-guru Tingkatan 6
untuk mengambil gambar bersama-sama
sebagai tanda kenang-kenangan.

Saya sudahi majlis dengan lafaz


assalamualaikum wbt dan salam penuh takzim.

Para pelajar diminta untuk bergerak dan berbaris


untuk majlis “send-off”
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai