Anda di halaman 1dari 2

Gambar rajah menunjukkan punca kemalangan jalan raya.

Antaranya ialah, kecuaian pemandu. Sebagai contoh, pemandu memandu


kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kerosakan
kenderaan. Hal ini demikian kerana, sebelum memulakan perjalanan,
pemandu tidak menyelenggara kenderaan dengan baik seperti menukar
tayar yang haus. Seterusnya, keadaan jalan raya. Tamsilnya, keadaan
jalan raya yang berlubang menyebabkan pemandu tidak dapat mengawal
kenderaan dengan baik sekali gus menyumbang kepada kemalangan jalan
raya. Akhir sekali, kelemahan penguatkuasaan. Kesannya, pemandu bebas
memandu tanpa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah mematuhi peraturan jalan raya
supaya kemalangan dapat dielakkan.

(95 patah perkataan)

PETUNJUK

Warna merah jambu ISI TERSURAT

Tidak diwarnakan ISI TERSIRAT

Anda mungkin juga menyukai