Anda di halaman 1dari 7

KRITERIA PENSKORAN PEPERIKSAAN

GERAK GEMPUR PT3 TINGKATAN 3 2019


BAHASA MELAYU (KERTAS 1)

Markah penuh : 60 markah


Bahagian A (OAP) : 20 markah
(Sistem Bahasa, Pemahaman teks)
Bahagian B : 25 markah
Soalan 1 (OPB)
Sistem bahasa
Soalan 2 : Subjektif
Pemahaman Petikan
Soalan 3 : Subjektif
Novel
Bahagian C : 15 markah
2 Soalan (Jawab 1 soalan) : Subjektif
Pemindahan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahagian A: (Sistem Bahasa, Pemahaman teks) : 20 markah

1 A 6 D 11 B 16 D
2 D 7 A 12 A 17 A
3 A 8 C 13 D 18 C
4 C 9 B 14 B 19 D
5 B 10 B 15 A 20 A

Bahagian B: 25 markah

Soalan 1 (OPB)
Sistem Bahasa (Kesalahan ejaan)

I. October-Oktober
II. Ko-kurikulum – Kokurikulum

Sintaksis (Jenis-jenis ayat perintah)


I. Ayat larangan
II. Ayat permintaan
III. Ayat silaan

1
Soalan 2 : Subjektif (Pemahaman Petikan)

(i) Harapan Azizah dan Beluntung


P1- Azizah berharap dapat membuat tudung saji yang paling cantik untuk Cikgu
Zaleha
P2-Beluntung bertekad mesti lulus peperiksaan darjah enam
(ii) P1- nilai kegigihan
P2 -nilai kerajinan
P3 -nilai bertanggungjawab

(iii) Pada pendapat saya, selain gigih berusaha, sikap-sikap lain yang perlu ada pada diri
seseorang untuk mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukannya ialah…

P1 - bersabar/tabah dengan segala cabaran yang dihadapi

P2 - yakin pada kebolehan diri sendiri.

P3 - bertanggungjawab pada setiap perkara yang dilakukan

P4- berdisiplin dalam tindakan

P5- bijak mengurus masa

P6- berakhlak mulia/sahsiah tinggi/berbudi bahasa

P7- bersemangat juang yang tinggi/tidak mudah putus asa/tidak mudah


mengalah

Soalan 3 : Subjektif [Novel ]

Pembahagian Markah
PERINCIAN MARKAH
Isi 6 markah
Bahasa 4 markah

Kriteria Markah Bahasa


PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 4 markah  Bahasa baik dan lancar
 Ayat gramatis
 Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik 2 – 3 markah  Bahasa masih baik dan masih lancar
 Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat
 kesalahan yang minimum
 Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

2
Kurang 1 markah  Bahasa tidak cekap
Memuaskan  Ayat tidak gramatis
 Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
Markah Isi
1. Maksimum : 3 isi
2. Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang sesuai : 2 markah
3. Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang sesuai : 1 markah

Pengajaran merupakan satu aspek sastera yang diterapkan oleh penulis dalam setiap novel.
Semua perkara positif dan negatif yang terdapat dalam novel boleh dijadikan pedoman dan
peringatan kepada pembaca dalam kehidupan.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari di tingkatan tiga, nyatakan tiga pengajaran
yang berkaitan dengan watak sampingan yang diberikan.

Novel Watak sampingan

Chot karya Azizi Haji Abdullah Som

Hempasan Ombak karya Zailani Taslim Mokhsein

Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar Haji Marzuki

Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini


Haikal
Yahya

Tiga pengajaran yang berkaitan dengan watak sampingan yang diberikan. (Watak Haikal)
1. Kita mestilah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi
Contoh: Haikal, bersahabat baik dengan Devnath dan Wei. Mereka pergi ke rumah usang
pada waktu malam tanpa memikirkan risiko yang mungkin dihadapi. Mereka mahu
menjejaki Farhani yang hilang atas semangat setia kawan yang tinggi antara mereka

2. Kita mestilah prihatin atas kesusahan yang dialami oleh orang lain
Contoh: Haikal menziarahi ibu Kim Yong di rumahnya kerana Haikal turut bersimpati dan
berkongsi kesedihan akan kehilangan Kim Yong.

3. Kita mestilah bersikap rasional dalam setiap tindakan


Contoh- Haikal meminta Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei hanya menunggu di luar
rumah using demi keselamatan mereka sementara dia, Devnath dan Wei meninjau
keadaan di dalam rumah itu

4. Kita mestilah berani bertindak untuk mendapatkan sesuatu kebenaran


Contoh: Haikal berani pergi ke rumah usang pada waktu malam. Haikal mengajak
Devnath dan Wei kembali semula ke rumah usang pada waktu malam semata-mata
untuk menjejaki kehilangan Farhani.

3
5. Kita mestilah memupuk perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama,
Contoh: Haikal bersahabat baik dengan rakan-rakannya yang berlainan kaum dan agama
seperti Chea Mei, Devnath, Wei dan Kim Yong. Mereka merupakan generasi muda yang
berbeza kaum yang berkawan baik dan bersatu padu. Mereka bekerjasama membantu
Puteri Coleoptera mendapatkan takhtanya semula daripada Maharaja Caucasus.

6. Kita mestilah mengutamakan perintah Tuhan pada setiap masa.


Contohnya, Haikal telah menunaikan solat Isyak terlebih dahulu sebelum keluar bersama-
sama dengan Dev dan Wei.

Bahagian C : Pemindahan Maklumat (Subjektif)


2 Soalan (Jawab 1 soalan)
(15 markah)
Ringkasan
Markah Isi 10 markah ( sekurang-kurangnya 5 isi lengkap)
Markah Bahasa 5 markah

Cadangan Cara Penandaan dan Pemberian Markah

1. Tandakan ( √ ) apabila terjumpa isi.


2. Baca setakat 100 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
3. Buat garisan panjang selepas 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
4. Jika calon menulis dalam bentuk perenggan, periksa seperti biasa.
5. Jika calon menulis dalam bentuk catatan (poin), berikan markah penuh untuk isi tetapi
markah maksimum bagi bahasa ialah 2m.
6. Kalau semua isi disalin secara terpilih daripada petikan tanpa membuat apa-apa
perubahan, markah isi seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 3m.
7. Kalau calon menyalin terus daripada petikan, markah isi ditolak 50% dan markah
maksimum bahasa ialah 2m. ( buat catatan - menyalin petikan )
8. Buat penandaan seperti menanda karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk
kesalahan ejaan.
9. Maksud Menyalin Terus daripada Petikan :
a. Calon menyalin keseluruhan daripada mana-mana perenggan ATAU
b. Calon menyalin keseluruhan petikan yang diberikan.

Perincian Pemarkahan Aspek Bahasa

Markah Bahasa - 5 markah

a. Bahasa dinilai secara tanggapan ( impression )


b. Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan

4
karangan.
c. Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah :

Peringkat Markah Deskripsi


Cemerlang 05 Bahasa baik dan lancar
Berupaya menggunakan ayat sendiri
- pemilihan kata tepat
- ayat gramatis
- penanda wacana sesuai
Ejaan dan tanda bacaan betul
Baik 03 – 04 Bahasa baik dan lancar
Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
- pemilihan kata agak tepat
- ayat masih gramatis
- penanda wacana masih sesuai
- Kesalahan ejaan dan tanda bacaan
minimum
Penguasaan 01 - 02 - Keseluruhan jawapan menggambarkan
Minimum penguasaaan bahasa yang lemah.
- Menyalin isi secara terpilih dan buat dalam
bentuk catatan (poin),
- Menyalin secara terus daripada petikan.

Perincian Pemarkahan Aspek Isi

Markah Isi - 10 markah


Bilangan Isi Markah
5 9 – 10
4 7–8
3 5–6
2 3–4
1 1-2

Kepentingan berpeluh:
1. Berpeluh amat penting untuk penjagaan kesihatan.
2. Orang yang sering berpeluh akan mempunyai kulit yang lebih bersih.
3. Kulit yang berpeluh akan membuang kotoran yang sama banyak dengan kerja yang
dilakukan oleh ginjal selama 24 jam.
4. Peluh yang keluar dapat mengekalkan keanjalan kulit secara semula jadi.
5. untuk menyejukkan tubuh badan kerana peluh dapat mengimbangkan suhu badan
supaya kekal stabil
6. Rembesan peluh dapat mencegah penyakit ekzema dan jerawat yang berpunca
daripada liang roma yang tersumbat.
7. Berpeluh dapat mengurangkan keletihan
8. Berpeluh dapat membuang asid laktik yang terkumpul dalam otot.
9. Bahan urea atau sisa metabolisme juga dinyahkan melalui perpeluhan.

5
Rumusan [15 markah]
Markah (isi) : 10 markah
ISI BILANGAN ISI MARKAH
Idea utama 1 2 ( isi x 2 markah)
Idea sokongan 6 6 (6 isi x 1 markah)
kesimpulan 1 2 (1 isi x 2 markah)

Cadangan Cara Penandaan dan Pemberian Markah


1. Pemeriksa dikehendaki menanda / apabila terjumpa isi yang betul.
2. Bagi isi (Idea sokongan) pemeriksa perlu menulis1 untuk isi yang pertama dan tulis 2
untukisi kedua dan seterusnya (hingga isi keenam)
3. Jawapan calon diperiksa sehingga 100 patah perkataan tetapi dibenarkan sehingga habis
perkataan dalam ayat terakhir. Buat satu garisan panjang selepas100 patah perkataan
4. Sekiranya calon menulis dalam satu perenggan, periksa seperti biasa.
5. Perincian Pemarkahan Aspek Bahasa

Markah Bahasa - 5 markah

a. Bahasa dinilai secara tanggapan ( impression )


b. Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan
karangan.
c. Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah :

Peringkat Markah Deskripsi


Cemerlang 05 Bahasa baik dan lancar
Berupaya menggunakan ayat sendiri
- pemilihan kata tepat
- ayat gramatis
- penanda wacana sesuai
Ejaan dan tanda bacaan betul
Baik 03 – 04 Bahasa baik dan lancar
Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
- pemilihan kata agak tepat
- ayat masih gramatis
- penanda wacana masih sesuai
Kesalahan sejaan dan tanda bacaan
minimum
Penguasaan 01 - 02 - Keseluruhan jawapan menggambarkan
Minimum penguasaaan bahasa yang lemah.
- Menyalin isi secara terpilih dan buat dalam
bentuk catatan (poin),
- Menyalin secara terus daripada petikan.

6
Rumusan

Petikan membincangkan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan raya.

Antara usahanya ialah

1. Pengeluaran lesen memandu diketatkan


2. Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi
lesen.
3. Hukuman tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan.
4. Pemandu-pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama
dikenakan hukuman tempoh percubaan.
5. Sistem ujian pemanduan yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan perlu dikaji
semula.
6. Elemen sivik dipupuk dalam jiwa pemandu.
7. Penguatkuasaan undang-undang dan denda diketatkan.
8. Pengguna disedarkan bahawa jalan raya bukan tempat untuk berlumba.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kadar kemalangan yang tinggi di jalan raya perlu dibendung supaya jalan raya
menjadi tempat yang selamat untuk semua pengguna.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama mengatasi kemalangan jalan raya agar dapat
melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai