Anda di halaman 1dari 3

1. Mengapa semangat perjuangan pemimpin silam di negara kita wajar dicontohi?

F1 : Memiliki sikap berani.


H1 : Berani menuntut hak.
H2 : Memperjuangkan nasib bangsa.
C1 : Bersuara lantang dalam persidangan dunia / Membela nasib negara-negara yang tertindas
seperti Syria.
I1 : Dengan sikap berani kita akan berjaya menangani segala halangan.

2. Bagaimana sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan?

F1 : Mengadakan pilihan raya secara telus.


H1 : Mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
H2 : Individu yang layak mengundi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara.
C1 : Penggunaan dakwat kekal.
I1 : Pilihan raya yang diadakan secara telus akan memastikan penglibatan rakyat dalam sistem
pemerintahan negara secara lebih berkesan.

F2 : Mendukung prinsip Rukun Negara.


H1 : Perpaduan kaum akan terpelihara.
H2 : Keharmonian negara sentiasa terjaga.
C2 : Penerapan prinsip Rukun Negara dalam program sekolah atau buku teks.
I2 : Pengamalan Rukun Negara mewujudkan kerajaan yang adil dan stabil.

3. Sebagai seorang warganegara Malaysia, bagaimanakah anda menzahirkan diri sebagai


bangsa Malaysia yang tulen?

F1 : Menyemai semangat patriotik dalam diri.


H1 : Supaya sikap sayang akan negara akan terus dipupuk.
H2 : Tidak akan memburuk-burukkan nama atau maruah negara sendiri.
C1 : Menyertai aktiviti-aktiviti berunsur patriotik seperti perarakan kemerdekaan.
I1 : Kesimpulannya, dengan menyemai semangat patriotik dalam diri, saya dapat menzahirkan diri
sebagai bangsa Malaysia yang tulen kerana jati diri sebagai anak Malaysia akan dapat dipupuk.

4. Pada pendapat anda, mengapa kemerdekaan Tanah Melayu dapat dicapai dengan penuh
harmoni?

F1 : Kebijaksanaan pemimpin.
H1 : Yang mengutamakan perundingan.
H2 : dan mementingkan kata sepakat.
C1 : Kebijaksanaan mengendalikan Pakatan Murni.
I1 : Kesimpulannya, kemerdekaan dicapai dengan penuh harmoni kerana pemimpin yang bijak
telah membawa kepada kerjasama antara kaum.
5. Berikan sebab-sebab mengapa kita harus menghargai kemerdekaan yang telah kita capai?
(4M)

F1 : Menghargai jasa pemimpin negara.


H1 : Berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan.
H2 : yang mengorbankan diri demi kebebasan tanah air.
C1 : Pameran tokoh-tokoh.
I1 : Kesimpulannya, kita harus menghargai kemerdekaan negara supaya tidak dijajah semula.

6. Pada pandangan anda apakah kepentingan Suruhanjaya Reid kepada negara hari ini?

F1 : Kerajaan demokrasi ditubuhkan.


H1 : Kerajaan berkonsep Raja Berperlembagaan.
H2 : Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir.
C1 : sebagai negara berdaulat.
I1 : Kesimpulannya, apabila kerajaan demokrasi ditubuhkan, negara dapat memerintah mengikut
acuan sendiri.

F2 : Pakatan Murni dicapai.


H1 : Wujud perpaduan yang jitu antara kaum.
H2 : Keharmonian kaum dapat dicapai.
C2 : Perikatan UMNO-MCA
I2 : Kesimpulannya, dengan tercapainya Pakatan Murni, ia menjadi asas ke arah kemerdekaan
negara.

7. Mengapakah konsep Pakatan Murni ini sangat sesuai dijadikan amalan dalam kehidupan
masyarakat negara kita? (8M)

F1 : Keamanan dalam negara.


H1 : Ini akan menjamin kestabilan politik.
H2 : Mengukuhkan lagi sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
C1 : Perpaduan kaum akan terus kekal.
I1 : Kesimpulannya, apabila konsep Pakatan Murni dijadikan amalan, keamanan yang berterusan
ini akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat.

F2 : Memelihara kedaulatan negara.


H1 : Ini akan memberi jaminan kemajuan dan pembangunan negara.
H2 : Mengukuhkan ekonomi negara.
C2 : Pelaburan modal asing akan meningkat.
I2 : Kesimpulannya, apabila kedaulatan negara terpelihara, nilai tanggungjawab sebagai
warganegara dapat diterapkan, malahan rakyat akan menghormati hak orang lain.
8. Apakah ciri-ciri kepemimpinan pada ahli-ahli rombongan kemerdekaan yang patut
dicontohi oleh generasi muda pada hari ini?

F1 : Mengamalkan tolak ansur dalam politik.


H1 : Mereka bertoleransi dalam perjuangan mereka untuk menuntut merdeka.
H2 : Menggunakan jalan mengadakan perundingan.
C1 : Mengamalkan konsep musyawarah
I1 : Kesimpulannya, sikap tolak ansur wajar dicontohi generasi muda hari ini kerana ianya
membawa kemerdekaan negara tanpa pertumpahan darah.

F2 : Semangat kerjasama.
H1 : Bekerjasama antara semua kaum.
H2 : Perpaduan yang tinggi dalam kalangan pemimpin utama pelbagai kaum.
C2 : Pemimpin-pemimpin berwibawa seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun VT
Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock.
I2 : Kesimpulannya, semangat kerjasama antara mereka menyebabkan mereka berfikiran terbuka
yang wajar dicontohi oleh generasi muda hari ini.

9. Terdapat segelintir rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda masih tidak mendaftar
sebagai pengundi. Pada pandangan anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? Berikan
cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.

F1 : Tak memahami erti sebuah demokrasi.


H1 : Tidak mahu mengambil bahagian dalam demokrasi.
H2 : Menganggap tidak perlu selagi kehidupan selesa dan dapat meneruskan kehidupan.
C1 : Membuat pelbagai alasan untuk tidak mendaftar.
I1 : Kesimpulannya, generasi muda tidak mendaftar sebagai pengundi kerana tidak memahami
erti sebuah demokrasi malahan menganggap sesiapa sahaja boleh mentadbir negara.

Anda mungkin juga menyukai