Anda di halaman 1dari 3

Contoh-contoh peristiwa JENDELA MENGHADAP JALAN karya Rohaini Matdarin

1. Peristiwa ibu Lili menasihati Lili supaya tidak bangun lewat atau masih berkhayal di tempat tidur ketika di kampung
neneknya nanti. Peristiwa ibu Lili menasihati Lili tentang pelbagai perkara ketika Lili mandi di dalam bilik air.

2. Peristiwa Lili tidak tergamak menyakiti hati ibunya lalu menyatakan perasaan gembira untuk pulang ke kampung
neneknya di Kampung Sentosa, Dungun, Terengganu.

3. Peristiwa Lili memanfaatkan masa dengan membaca buku sementara menunggu bas bergerak ke Dungun,
Terengganu.

4. Peristiwa Geetha, pelajar tahun satu Universiti Malaya bergaul mesra dengan Lili seolah-olah telah lama kenal
ketika di dalam bas menuju ke Dungun, Terengganu.

5. Peristiwa Danel, seorang pemuda berketurunan Cina memulangkan buku Lili yang terjatuh ketika di perhentian
Pekan Sentosa.

6. Peristiwa Lili menolak air kotak dan roti pemberian Geetha dengan baik sambal menegaskan dia tidak minum
minuman berkarbonat dan bergula serta makanan ringan yang diawet dengan pewarna atau bergaram tinggi.

7. Peristiwa datuk, nenek dan Lili mendirikan solat Zohor secara berjemaah di rumah / nenek dan Lili solat Maghrib
berjemaah di rumah manakala datuk Lili solat berjemaah di surau.

8. Peristiwa Lili menaruh harapan positif terhadap Haziq dan Rafiq walaupun Danel dan penduduk kampung
mempunyai tanggapan yang negatif terhadap mereka berdua yang sering menyusahkan penduduk kampung.

9. Peristiwa nenek tidak memberi kebenaran kepada Lili untuk ke pekan selepas kejadian penculikan Lili walaupun Lili
memberikan pelbagai alasan supaya nenek membenarkannya.

10. Peristiwa abang Rashid dan Lili berkunjung ke rumah Che Jah untuk menziarahi Che Jah serta melihat keadaan
Haziq yang kena belasah dengan ayahnya.

11. Peristiwa Che Jah meminta maaf kepada Lili atas perbuatan anak-anak Che Jah iaitu Haziq dan Rafiq, menculik Lili
dan cuba menjadikan Lili sebagai tebusan.

12. Peristiwa Lili dan Danel berbincang untuk menyelesaikan isu kubah kerana terdapat pertentangan pendapat
dalam kalangan penduduk kampung sama ada untuk memasang kubah di bumbung surau atau membina sebuah
masjid baharu di Kampung Sentosa.

Contoh-contoh peristiwa Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

1. Peristiwa Dahlia gigih dalam menuntut ilmu. Dahlia gigih berulang-alik ke sekolah sejauh30 kilometer demi
menuntut ilmu. Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang alik ke sekolah setelah ibunya dirawat di hospital
kerana dia perlu menjaga adiknya yang masih kecil dan melakukan kerja-kerja di rumah setelah pulang dari sekolah.
NamunDahlia tetap mengulang kaji pelajaran pada waktu malam dan gigih menuntut ilmu walaupun menghadapi
pelbagai cabaran untuk mencapai kejayaan.

2. Peristiwa Tauke Lim membenarkan Embong dan keluarganya membeli barangan runcit di kedainya secara
berhutang. Tauke Lim tetap membenarkan Embong dan keluarganya membeli barangan di kedainya secara berhutang
walaupun hutang lama belum dibayar oleh Embong.

3. Peristiwa Dahlia bijak menguruskan masa dengan membuat ulang kaji di pusat pemindahan banjir semasa
rumahnya dilanda banjir. Dahlia mencuri peluang untuk belajar dan tidak peduli jika ada orang yang mengatakan
bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim, bekas guru Dahlia ketika di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Ismail.
4. Peristiwa Embang yang hidup dalam kemiskinan tetapi tetap mementingkan Pelajaran anak-anaknya. Embong
marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu membantu keluarga sedangkan dia masih
mampu mencari rezeki untuk anak-anaknya.

5. Peristiwa Dahlia tabah menghadapi masalah kemurungan ibunya. Saleha dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu
Pahat kemudian ke Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian
dan sesekali ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan
ibunya ini menyebabkan Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.

6.Peristiwa Dahlia melayani neneknya dengan baik dan bersopan santun walaupun sering dilemparkan dengan kata-
kata yang mengecewakannya.

7. Peristiwa Nek Kiah insaf atas segala perbuatan negatifnya terhadap keluarga Embong dan sering memandang
rendah terhadap mereka.

8. Peristiwa Tauke Lim menyatakan kesanggupannya membayar harga tapak rumah Embong yang djual oleh Nek Kiah
dengan harga RM15 ribu.

9. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong semula setelah rumahnya musnah dibawa
arus banjir.

10. Peristiwa Cikgu Hisyam menyuruh Kavita membuat salinan nota-nota pelajaran untuk diberikan kepada Dahlia
semasa Dahlia tidak hadir ke sekolah.

11 Peristiwa Dahtia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanya kepada Kaviti dan Siti
Wengi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya dihantar ke hospital untuk
menerinia rawatan.

12. Puristiwa Dahlia dan rakan-rakannya menjalani latihan bola jaring dengan bersungguh-sungguh di sekolahnya.

13. Peristiwa Dahlia bertindak segera terjun ke dalam sungai yang berarus deras di hadapan rumahnya untuk
menyelamatkan Said yang lemas.

14. Peristiwa Azhari memberitahu Dahlia bahawa keluarganya akan merisik Dahlia tetapi Dahlia memberitahu
bahawa dia ingin belajar terlebih dahulu.

15. Peristiwa Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah herasa
bersalah terhadap keluarga Embong kerana mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain
langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

16. Peristiwa Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk
sumbangan oleh Tauke Lim sebanyak RM300 sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur.

Novel yang saya pelajari ialah……….nama novel……….. karya ………nama penulis…………….Banyak peristiwa
yang ……kehendak soalan……..dalam novel ini.

Peristiwa pertama yang ………kehendak soalan …….ialah peristiwa………………contoh peristiwa……………………..


Peristiwa ini ……..kehendak soalan ………kerana ……………….sebab………………………………..

Peristiwa kedua yang ………kehendak soalan …….ialah peristiwa…………contoh peristiwa…………………..


Peristiwa ini ……..kehendak soalan ………kerana ……………….sebab………………………………..

Anda mungkin juga menyukai