Anda di halaman 1dari 2

Gaya Hidup Sihat

Definisi
1 Fizikal :

Menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam


sekitar

2 Mental :

Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan


jiwa, perasaan dan fikiran.

Secara umunnya, gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan
kesihatan dan mencegah jangkitan penyakit

CARA-CARA MENGAMALKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


1. Mengambil makanan yang seimbang
Dengan itu, tubuh seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang
akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan.
Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz, seseorang perlulah banyak mengambil
makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang
tinggi.
Dengan cara ini, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari,
tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan.
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
2. Bersukan atau beriadah
Melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata
bahawa seseorang yang banyak bersukan nescaya akan memiliki daya
pemikiran yang cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada badan
yang sihat
Sebagai misalan, seseorang boleh bersukan dengan bermain badminton, bola
sepak, berjoging dan banyak lagi aktiviti.
Oleh itu, jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit.
3. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berskala
Memastikan anggota dalaman tubuh seseorang seperti jantung, hati, buah
pinggang, dan pancreas berfungsi dengan baik.
Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad, hanya dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berskala,
barulah seseorang itu akan mengetahui penyakitnya.

Melalui minhaj ini, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari,


diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan
moden dalam bidang perubatan.
Dengan modus operandi ini, khittah pemulihan akan dapat dilakukan dengan
segera.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
4. Memerlukan rehat yang mencukupi
Kita bukan robot yang boleh bekerja siang dan malam tanpa berhenti.
Elakkan daripada berjaga pada waktu malam dan kerja lebih masa sehingga
menimbulkan keletihan yang berpanjangan.
Seorang dewasa memerlukan tidur selama tujuh hingga lapan jam sehari.
Bercuti dan bersantai merupakan uslub berehat yang baik.
Sebagai tamsilannya, seseorang individu yang melancong bersama
kulawangsa akan meleraikan tekanan yang bersarang dalam urat saraf minda
ahli keluarga tersebut.
Bagai beliung dengan asahan
5. Mengelakkan diri daripada merokok dan minum minuman beralkohol
Rokok mengandungi beribu-ribu bahan kimia yang menjejaskan fungsi
anggota dalaman khasnya paru-paru kita
Minuman beralkohol merupakan air kencing syaitan yang dapat mengancam
sistem hati
Mendatangkan rasa khayal
Banyak impak negatif
KESAN TIDAK MENGAMALKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Mengundang variasi penyakit yang berbahaya
Menurut doktor yang tersohor di Malaysia Profesor Jafri Malin bin Abdullah
jika seseorang yang tidak mengamalkan amalan gaya hidup sihat, seseorang
itu akan mengundang rencaman penyakit yang berbahaya.
Sebagai tamsilannya, penyakit yang berbahaya ialah penyakit sakit jantung,
obesiti, kencing manis dan banyak lagi penyakit.
Berpandukan statistik kesihatan di Malaysia, rata-rata pesakit ialah berumur
dari dua puluh tahun dan ke atas.
Lantaran itu, kita mestilah mengamalkan amalan gaya hidup sihat yang baik
supaya kita tidak mengundang variasi penyakit yang berbahaya ke atas tubuh
kita.
Oleh itu janganlah kita bagai mendukung biawak hidup.

Anda mungkin juga menyukai