Anda di halaman 1dari 1

Q) CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI JANGKA PENDEK DAN JANGKA

PANJANG PERNIAGAAN.

1) Cadangan Meningkatkan Prestasi Perniagaan Jangka Pendek.

Berdasarkan kepada analisis nisbah dan belanjawan tunai yang disediakan, kami
mencadangkan beberapa perkara untuk meningkatkan prestasi jangka pendek perniagaan:

i. Meningkatkan Promosi

Sepanjang perniagaan Kedai Dobi Bintang Laundry ini dijalankan, kami dapati perniagaan
kami kurang menawarkan promosi. Oleh itu, kami bercadang untuk meningkatkan
perniagaan kami dengan mempelbagaikan promosi. Antara cara untuk kami tingkatkan
promosi kami adalah dengan meletakkan banner perkhidmatan kedai dobi kami di penjuru
jalan. Di samping itu, kami akan memberikan perkhidmatan dobi kepada para pelanggan
setiap sebulan, satu hari percuma supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan di masa
akan datang. Selain itu, mengedarkan risalah kedai dobi kami kerumah rumah. Disamping
itu, kami juga akan mengiklankan perkhidmatan dobi kami di media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Whatsapp. Dengan ini, orang ramai maklum akan kewujudan
dobi di kawasan Bandar Bukit Mahkota. Seterusnya akan meningkatkan hasil jualan.

ii. Menyediakan Pelbagai Kemudahan di Kedai Dobi.

Perniagaan kami baru sahaja memulakan perniagaan pada 1 Mac 2019, oleh demikian itu,
kemudahan yang ada di kedai dobi kami masih kurang. Jadi, kami bercadang untuk
meningkatkan kemudahan yang sedia ada dengan mengakses pengunaan Wi-Fi di kedai
dobi kami secara percuma kepada para pelanggan agar mereka tidak berasa bosan
menunggu pakaian mereka yang sedang dicuci. Dengan ini, pelanggan akan kerap ke
kedai dobi kami bagi membuat cucian.

iii. Menyediakan Pelbagai Pakej Menarik.

Kedai dobi kami juga akan menyediakan pelbagai pakej istimewa bagi menarik orang
ramai untuk menggunakan perkhidmatan dobi kami iaitu Kedai Dobi Bintang Laundry.
Antara pakej istimewa yang kami sediakan adalah dengan member potongan harga pada
cuti-cuti perayaan. Hal ini kerana pada masa tersebut, ramai orang mencari kedai dobi
yang menawarkan promosi. Selain itu, pakej yang kami sediakan adalah pelanggan akan
menikmati potongan harga 50% bagi cucian yang melebihi 14 kg. Dengan adanya pakej-
pakej menarik ini, pelanggan akan lebih berminat untuk menggunakan perkhidmatan dobi
kami.

Anda mungkin juga menyukai