Anda di halaman 1dari 2

Cadangan meningkatkan prestasi semasa

Dengan merujuk kepada analisis penyata kewangan dan analisis nisbah, terdapat beberapa
cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan atau perancangan jangka pendek
dalam tempoh 1 tahun.
Antara cadangannya ialah dengan meningkatkan jualan.Contohnya, dengan
meningkatkan promosi dengan pengiklanan produk melalui media massa atau rencana.Hal ini
membolehkan perniagaan saya mendapat untung yang lebih besar.
Cadangan kedua ialah dengan menjual aset bukan semasa. Contohnya, dengan
menjual aset bukan semasa, saya dapat memperoleh lebih aset semasa seperti wang tunai dan
hal ini dapat meningkatkan kecairan perniagaan saya.
Cadangan ketiga ialah dengan melakukan jualan online.Contohnya, membuka laman
web online untuk memasarkan produk kerana lebih mudah membeli produk secara online dan
lebih banyak orang akan membeli produk. Oleh itu, saya dapat meluaskan pasaran saya di
peringkat global secara mudah tanpa membuka cawangan di negara tersebut.
Cadangan meningkatkan prestasi jangka panjang
Dengan merujuk kepada belanjawan tunai yang menunjukkan lebihan, terdapat beberapa
cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan.
Antara cadangannya adalah dengan meluaskan perniagaan. Contohnya, dengan
membuka cawangan perniagaan yang baru sama ada di dalam daerah mahupun negeri.Hal ini
membolehkan saya menjual lebih banyak barangan alat tulis dan buku. Justeru, saya dapat
memperoleh untung yang lebih besar.
Cadangan kedua ialah dengan mengubahsuai premis. Contohnya, saya boleh
menjadikan premis lebih mesra pengguna dan lebih besar untuk menarik lebih ramai pembeli
buku dan alat tulis. Misalnya, saya boleh membeli rak pameran buku supaya dapat
mempamerkan buku-buku yang baharu dengan kemas.
Cadangan ketiga adalah dengan memberikan latihan atau kursus. Contohnya, pekerja
dihantar menghadiri kursus untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Hal ini membolehkan
pekerja saya mengenali tugas mereka dengan lebih baik dan rentetan itu, taraf pelayanan
pelanggan dapat ditingkatan dengan cepat.

Rumusan
Perniagaan saya telah berkembang dengan pesat .Keuntungan pada bulan Mac ialah
RM13480. Selepas dilakukan analisis nisbah di dapati bahawa perniagaan berada dalam
kedudukan kewangan yang sangat baik dan stabil. Mengikut nisbah keberuntungan, iaitu
tokokan, harga jualan barang niaga diperoleh dengan menambahkan 152.03% pada kos
barang tersebut. Mengikut nisbah kecairan pula, iaitu nisbah semasa, bagi setiap RM1 liabiliti
semasa, perniagaan mempunyai aset semasa RM5.30 untuk menjelaskannya. Akhir sekali,
mengikut nisbah kecekapan iaitu kadar pusing ganti stok perniagaan telah digantikan dengan
stok yang baru sebanyak satu kali dalam sebulan. Berdasarkan petunjuk prestasi, saya yakin
perniagaan saya akan berkembang lagi dan bertahan buat masa yang lebih panjang serta
menjadi lebih berjaya. Saya juga berharap bahawa perniagaan saya dapat menjadi pembekal
alat tulis dan buku yang terkenal serta terbaik di seluruh Malaysia. Saya juga berharap bahawa
saya dapat meluaskan pasaran perniagaan saya ke negara - negara lain seperti Singapura,
India, China dan Arab.

Anda mungkin juga menyukai