Anda di halaman 1dari 3

PERANCANGAN PENINGKATAN PRESTASI SEMASA DAN JANGKA PANJANG

Keputusan Semasa Perniagaan Analisis terhadap maklumat yang terdapat dalam penyata kewangan membantu saya mengetahui kekuatan dan kelemahan perniagaan saya. Ini membantu saya membuat keputusan dalam pemilihan antara alternatif berkaitan pelaburan dan kemudahan kredit serta membuat perancangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Pertama sekali, saya akan cuba mengurangkan perbelanjaan seperti kadar bayaran dan belanja am untuk mengurangkan kos dan mengelakkan kekurangan wang tunai. Secara tidak langsung, hasil jualan perniagaan dapat dipertingkatkan. Kedua, saya akan mempergiatkan lagi promosi seperti jualan hebat musim perayaan dan akhir tahun serta pengiklanan dalam surat khabar tentang kedai saya agar menarik perhatian lebih ramai pelanggan. Dengan ini, barang niaga dapat dijual dengan kadar segera dan stok kedai yang dipegang tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan keupayaan membayar hutang jangka pendek. Selain itu, saya akan meningkatkan hasil komisen dan kutipan sewa ruang niaga setiap tahun untuk menampung kos perbelanjaan yang kian meningkat. Hal ini dapat meningkatkan hasil perniagaan saya.

Perancangan Perniagaan

Maklumat perakaunan yang disediakan dapat menjadi panduan kepada saya untuk membuat rancangan perniagaan bagi masa depan dengan menganalisis arah aliran kos, arah aliran jualan dan corak permintaan pengguna. Bagi tujuan meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan, saya telah memikirkan beberapa rancangan perniagaan yang diharap dapat melaksanakan sekurang-kurangnya dua daripadanya dalam tempoh masa kemudian. Pertama sekali, saya berharap untuk membuat pinjaman jangka panjang yang kedua sama ada dengan pihak bank atau institusi kewangan tertentu supaya dapat menambahkan aset bukan semasa perniagaan saya untuk membeli lori. Ini memudahkan saya dalam menyelesaikan masalah pengangkutan barang niaga. Kedua, saya berharap dapat menarik masuk rakan kongsi di kalangan kawankawan atau saudara-mara dalam perniagaan untuk membawa masuk modal tambahan dalam bentuk tunai menambahkan modal pelaburan. Selain itu, saya juga akan cuba membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan oleh pembekal tetapi tidaklah terlalu awal. Hal ini kerana wang tunai tersebut mungkin boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Walau bagaimanapun, saya akan menjelaskan hutang secepat mungkin kerana tindakan tersebut dapat menjalin hubungan baik dengan pembekal dan perniagaan tidak akan menghadapi masalah kekurangan bekalan. Akhir sekali, saya juga merancang untuk membuka kedai cawangan di negeri lain pada masa depan bagi tujuan meningkatkan hasil jualan perniagaan. Dengan ini saya berpeluang meluaskan perniagaan saya ke negeri lain.

RUMUSAN 1. Konsep Entiti berasingan 2. Konsep Asas Perakaunan Akruan 3. Konsep Usaha Berterusan 4. Konsep Prinsip Catatan Bergu

Anda mungkin juga menyukai