Anda di halaman 1dari 9

SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4

BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

Tarikh : ................................................................

1.2 SEJARAH PERAKAUNAN

SEJARAH AWAL PERAKAUNAN

 Perakaunan disifatkan sebagai “bahasa perniagaan”.


SEJARAH AWAL  Rekod perakaunan yang paling awal didapati di Babylonia pada
PERAKAUNAN
tahun 3500 S.M iaitu pada Zaman Assyria di mana askar-askar
diupah dengan permata dan haiwan ternakan dan pembayaran
tersebut telah direkodkan.
 Kepingan tanah liat digunakan pada tahun 2300 S.M.
 Bukti-bukti rekod yang terperinci banyak terdapat di Mesir
berkaitan pembinaan piramid.

 Wang telah digunakan sebagai perantara bagi penilaian dan


ABAD KE 6 DAN 5 pengukuran.
S.M.
 Penyimpanan rekod yang lebih maju digunakan pada Zaman
Greek dan Roman.

 Sistem angka telah dicipta oleh orang India dan saudagar Arab
ABAD KE 7 HINGGA yang belayar ke India dan telah mengakui kebaikan penggunaan
11 S.M.
sistem angka.
 Sistem angka membolehkan saudagar menyusun angka-angka
dalam dua ruangan yang berasingan dengan teratur dan ini
membolehkan pengiraan dilakukan

 Perdagangan berkembang di Itali pada 1200 – 1500 S.M, sistem


ABAD KE 14 DAN catatan bergu mula digunakan.
15 M.
 Pada tahun 1494, Luca Pacioli, seorang ahli matematik dan rahib
berbangsa Itali menerbitkan buku matematik bertajuk “Summa
de Arithmetika, Geometrica, Propotioni et Propotionalita”.
Sebahagian daripada buku tersebut adalah berkenaan sistem
catatan bergu yang masih digunakan sehingga hari ini. Beliau
digelar ‘Bapa Perakaunan’.

 Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-17 dan ke-18


ABAD KE 17 HINGGA telah memperkembangkan sistem perakaunan.
20 M.
 Pada abad ke-19, bidang perakaunan telah mencapai taraf
profesional dan badan perakaunan telah ditubuhkan untuk
menentukan taraf minimum kelayakan profesyen perakaunan.
 Tahun 1973, penubuhan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan
Antarabangsa (International Accounting Standard Committee)
atau IASC oleh badan perakaunan dunia di Sydney.

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 5


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

PERMULAAN MENYIMPAN REKOD


1. ZAMAN PURBA MESIR
 Papyrus (kertas) menggantikan tanah liat dan Calamus (pen) telah dicipta oleh orang
Mesir
 Orang Mesir menyimpan rekod dengan hilografi/simbol
 Sejak itu lebih banyak urusniaga di rekodkan.
 Setiap penyimpan kira-kira mesti menyimpan rekod dengan betul.

2. ZAMAN PURBA GREEK


 Wang syiling diperkenalkan sekitar tahun 600 S.M.
 Bank berfungsi:-
 menyimpan buku-buku akaun
 melakukan pertukaran dan peminjaman wang.
 mengendalikan pemindahan wang tunai.

3. ZAMAN PURBA ROM


 Belanjawan tahunan diperkenalkan untuk menyelaras pendapatan dan perbelanjaan.
 Cukai berpatutan dikenakan berasaskan kemampuan rakyat.
 Namun begitu kesemua rekod awal yang digunakan tidak mempunyai sistem yang
teratur dan lengkap seperti sekarang.

PERMULAAN SISTEM CATATAN BEREGU

1. LUCA PACIOLI menerbitkan buku matematik bertajuk ‘Summa de Arithmetica, Geometica,


Proportoni et Propertionalita’

2. Beliau telah mengesyorkan supaya menggunakan


i. Sistem Catatan Bergu
ii. Buku Memorandum
iii. Jurnal

3. Sebahagian buku tersebut yang berkenaan dengan rekod simpan kira berdasarkan sistem
catatan bergu telah menyebabkan beliau digelar “Bapa Perakaunan”

4. Catatan bergu juga dikenali sebagai Kaedah Venice

5. Mula digunakan pada abad ke-14.

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 6


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

PERKEMBANGAN SISTEM PERAKAUNAN


1. FALSAFAH PERAKAUNAN ISLAM VS FALSAFAH PERAKAUNAN KONVENSIONAL
a. Falsafah Perakaunan Islam
 Falsafah perakaunan Islam menegaskan pergerakan keluar dan masuk
harta atau wang mesti dicatat dan disusun dengan rapi
 Falsafah perakaunan Islam diambil daripada Al-Quran dan As-Sunnah
serta amat mementingkan faktor halal dan haram. Disebabkan itu,
prinsip dan hukumnya tidak boleh diubah melainkan melalui ijtihad
 Ijtihad merupakan usaha untuk menetapkan sesuatu melalui kajian atau
penyelidikan. Kajian atau penyelidikan ini mestilah berasaskan Al-
Quran dan Hadis
 Perakaunan Islam ialah pengiraan hasil-hasil kerja yang halal dengan
membandingkan pendapatan dengan kos
 Selain itu perakaunan Islam juga amat mementingkan faktor muamalat
atau kebajikan masyarakat. Ini bermaksud, kebajikan masyarakat tidak
diabaikan dalam usaha mengejar matlamat ekonomi. Ini supaya tidak
mewujudkan kesan sosial dalam masyarakat
 Seorang akauntan yang mengamalkan perakaunan Islam mesti nekad
dalam menegakkan hukum syarak

b. Falsafah Perakaunan Konvensional


 Falsafah perakaunan konvensional mendefinasikan perakaunan sebagai
proses mengenal pasti, mengukur dan menyampaikan maklumat-maklumat
ekonomi
 Falsafah perakaunan konvensional hanya mementingkan urus niaga yang
dapat diukur dengan nilai kewangan sahaja.
 Ini bermaksud, setiap tindakan yang diambil mestilah tindakan yang
mendatangkan keuntungan kepada perniagaan
 Falsafah perakaunan konvensional tidak mengambil kira muamalat
 Kebajikan masyarakat tidak dipentingkan dalam mengejar keuntungan

2. KONSEP PENDEDAHAN VS KONSEP PENEMUAN


a. Konsep Pendedahan
 Prinsip di mana semua fakta atau data penting yang berkaitan dengan organisasi
(jika tidak didedahkan akan menyebabkan kekeliruan Penyata Kewangan) perlu
didedahkan
 Ini bermakna penyata kewangan serta nota kepada akaun harus mengandungi
data yang releven
 Sebuah syarikat yang tidak mematuhi konsep pendedahan jika perubahan yang
dibuat (contohnya perubahan dalam kaedah menyusut nilai aset bukan semasa)
tidak dilaporkan dalam nota kepada akaun
 Tujuan nota kepada akaun adalah untuk memaklumkan segala perubahan yang
berlaku kepada pengguna penyata kewangan
 Konsep pendedahan merupakan konsep yang penting dalam Islam
 Perniagaan Islam harus mendedahkan maklumat yang perlu bagi menasihati
masyarakat Islam tentang operasi walaupun maklumat tersebut tidak akan
menyebelahi firma itu sendiri
 Konsep pendedahan adalah berkaitan dengan konsep kebertanggungjawaban

b. Konsep Penemuan
 Menerangkan bahawa maklumat hanya boleh didedahkan apabila dipersoalkan
oleh pihak ketiga
 Ini bermaksud tidak semua maklumat akan didedahkan kepada umum. Hanya
keraguan yang ditemui sahaja
Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 7
SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

3. PELAPORAN KOS SEJARAH VS PELAPORAN NILAI SAKSAMA


a. Pelaporan Kos Sejarah
 Konsep kos sejarah telah lama diterima sebagai asas pengukuran bagi aset,
liabiliti dan ekuiti
 Mengikut konsep kos sejarah, aset dilaporkan dalam Kunci Kira-kira pada kos
sejarah (kos asal). Nilai pasaran semasa diabaikan untuk tujuan pelaporan luar
 Konsep kos sejarah menetapkan bahawa setiap aset (terutamanya aset bukan
semasa) hendaklah dilaporkan pada nilai asal dalam Kunci Kira-kira walaupun
nilai pasaran sebenar telah berubah sama ada lebih tinggi atau rendah
 Konsep kos sejarah tidak menunjukkan nilai semasa aset dikatakan kurang
releven dalam memberi maklumat yang berguna
 Walaupun penggunaan kos sejarah akan meningkatkan lagi objektiviti penyata
kewangan, tetapi ia mungkin dianggap kurang releven kerana tidak
menunjukkan nilai semasa aset

b. Pelaporan Nilai Saksama


 Mendefinisikan nilai saksama sebagai harga pasaran (nilai buku semasa) iaitu
nilai di mana sesuatu aset boleh dibeli atau dijual dalam urus niaga semasa
antara pihak yang rela (bukan jualan paksa atau realisasi akibat pembubaran)
 Konsep ini menegaskan bahawa harga pasaran akan digunakan sebagai nilai
saksama. Jika tiada harga pasaran, kaedah yang sesuai harus digunakan untuk
mengganggarkan nilai saksama
 Kaedah nilai saksama boleh mengatasi masalah kurang releven maklumat yang
disediakan oleh konsep kos sejarah
 Pengamalan pelaporan nilai saksama memerlukan sebuah entiti menganggarkan
nilai saksama pada setiap tarikh pelaporan seterusnya
 Pelaporan perakaunan berasaskan nilai saksama lebih releven untuk
menggambarkan kedudukan sebenar nilai aset kerana aset perlu dilaporkan
mengikut nilai buku semasa/nilai saksama tanpa mengabaikan konsep kos
sejarah. Contohnya Aset – PSN Terkumpul = Nilai saksama

4. PROSES PERAKAUNAN (MANUAL VS BERKOMPUTER)


a. Kaedah Manual
 Perakaunan dilakukan tanpa bantuan mekanikal.
 Kaedah ini jarang ditemui sekarang. Sesiapa yang menyediakan akaun secara
100% manual mesti berkeupayaan seperti ‘SUPERMAN’

b. Kaedah Mekanikal
 Penyediaan akaun dan Penyata Kewangan dibantu oleh alat-alat seperti abakus,
mesin taip, kalkulator dan komputer.
 Kaedah ini paling praktikal
 Komputer dapat memudahkan kerja perakaunan seperti
 Merekod dalam jurnal dan lejar
 Menghitung jumlah dan baki setiap akaun
 Menyediakan Imbangan Duga
 Menyediakan akaun Penamat dan Kunci Kira-kira

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 8


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

PERAKAUNAN SEBAGAI PROFESION


1. Profesional
 Merujuk kepada sesuatu profesion atau pekerjaan ikhtisas yang dilakukan oleh
seseorang yang mempunyai kemahiran tertentu dan terlatih dalam bidang yang diceburi

2. Akauntan sebagai pemimpin


 Seorang yang mengkhusus dalam bidang perakaunan.
 Terbahagi kepada
i. Akauntan Pengurusan
 Bertindak sebagai perancang, pengawal dan pengurus kewangan
organisasi tempat bertugas. Oleh itu, mereka bertanggungjawab
menyediakan belanjawan dan perancangan kos
ii. Akauntan Awam
 Melakukan kerja pengauditan rekod-rekod kewangan bagi
memastikan rekod perakaunan itu mematuhi piawaian perakaunan
yang ditetapkan dan memenuhi keperluan Akta Syarikat 1965
 Melakukan kerja dalam bidang percukaian iaitu sebagai penasihat
dan perancang percukaian
 Melakukan kerja kesetiausahaan bagi sesebuah perniagaan seperti
mengurus pendaftaran perniagaan serta menguruskan pembaharuan
lesen perniagaan
iii. Akauntan Biasa
 Berkhidmat dalam organisasi kerajaan atau industri
- Merekod urusniaga dan menyediakan penyata kewangan
- Menyelia atau mengurus kakitangan bawahan
- Menjalankan kerja dalam bidang sistem maklumat perakaunan
organisasi
- Melakukan kerja sebagai juruaudit dalaman
 Tanggungjawab seorang akauntan secara umumnya adalah seperti berikut
i. Menyediakan Penyata Kewangan
ii. Membuat keputusan
iii. Merancang belanjawan
iv. Merancang pelan strategik dan taktikal
v. Berurusan dengan pasaran kewangan
vi. Juruaudit dalaman
vii. Penasihat dan perancang percukaian
 Akauntan bukan sahaja bertindak sebagai seorang pemimpin yang berakauntabiliti
kepada pihak dalaman perniagaan malah pihak awam juga.
 Maka seorang akauntan mempunyai tanggungjawab yang besar. Oleh itu, mereka perlu
mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin seperti akauntabiliti, jujur, amanah,
komited dan berintegriti

3. Keperluan kod Etika Profesion Perakaunan


 Seorang akauntan yang baik perlu mematuhi beberapa kod etika yang berkaitan dengan
profesion ketika menjalankan tugas.
 Etika profesional bagi seorang akauntan adalah berdasarkan Kod Etika untuk Akauntan
Profesional yang dikeluarkan oleh International Federation of Accountants (IFAC)
menyatakan bahawa etika adalah mengenai prinsip, nilai dan kepercayaan yang
memberi kesan pada pengaruh, pertimbangan dan tingkah laku.
 Ianya melangkaui pematuhan undang-undang, syarat-syarat dan peraturan. Dengan kata
lain etika adalah melakukan perkara yang betul dalam apa jua keadaan

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 9


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

Perakaunan Konvensional VS Perakaunan Islam

Perakaunan Konvensional Perakaunan Islam


Berdasarkan undang-undang perdagangan Berdasarkan Al-Quran
modal
Pendedahan terhad (memberi maklumat Pendedahan penuh (bagi memenuhi kehendak
untuk kepentingan awam) – proses membuat mana-mana permintaan munasabah untuk
keputusan maklumat selaras dengan syariah) –
kepentingan untuk melaksanakan tugas-tugas
dan kewajipan kepada Allah, masyarakat dan
individu
Kebertanggungjawaban peribadi (tumpuan Kebertanggungjawaban awam (tumpuan pada
kepada individu yang mengawal sumber- masyarakat yang menyertai dalam
sumber ekonomi) mengeksploitasikan sumber-sumber)
Sekular Keagamaan
Individualistik Bersifat bersama
Untung yang maksimum Keuntungan yang munasabah
Proses – tumpuan pada hasil proses tanpa Melihat kepada hasil proses dan kesan kepada
melihat kesannya kepada persekitaran persekitaran
Hak milik mutlak Pemilikan adalah relatif
Kos sejarah Harga pasaran
Membenarkan melakukan apa sahaja untuk Tindakan dilakukan dalam sempadan
mencapai untung maksimum (syariah)
Entiti berasingan (terdapat pemisahan antara Syarikat tidak mempunyai obligasi kewangan
perniagaan dan pemilik) yang berasingan
Konsep berterusan Terpulang kepada persetujuan kontrak di
antara parti
Tempoh perakaunan ditetapkan untuk Satu tahun untuk pengiraan zakat
mengukur prestasi
Unit pengukuran – nilai wang Berdasarkan kuantiti dan wang (pengiraan
zakat)
Kepentingan relatif maklumat untuk Mengambil kira larangan Allah dalam
membuat keputusan membuat keputusan
Konsistensi berdasarkan prinsip-prinsip Konsistensi berdasarkan undang-undang
perakaunan yang diterima secara umum Syariah

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 10


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

Sistem Perakaunan Manual VS Sistem Perakaunan Komputer

Aspek Sistem Manual Sistem Komputer


Penyediaan dokumen Cek, Invois, Resit, Nota Debit, Maklumat diperlukan dan
& laporan Nota Kredit dan Penyata Akaun dimasukkan ke komputer dan
perakaunan serta penyediaan Akaun Penamat dokumen dicetak dengan pencetak
dan Kunci Kira-kira ditulis dengan komputer (printer)
tangan atau ditaip dengan mesin
taip
Kepantasan Masa untuk menyediakan Masa untuk menyediakan
pemprosesan dokumen perniagaan (cek, invois, dokumen dan rekod perakaunan
resit dan sebagainya), jurnal, lejar, adalah singkat kerana kebanyakan
Imbangan Duga, Akaun Penamat kerja pengiraan dan pengeposan
dan Kunci Kira-kira memakan dibuat secara automatik oleh
masa yang lama komputer
Ketepatan pengiraan Mungkin mengandungi kesalahan Pengiraan adalah tepat
yang banyak dalam pengiraan
Kos penyediaan Kos rendah Kos tinggi kerana melibatkan
pembelian komputer dan perisian
perakaunan serta perlu melatih
pekerja untuk menggunakan
perisian tersebut
Keperluan pekerja Pekerja yang diperlukan ramai Kurang pekerja diperlukan kerana
kerana banyak kerja dilakukan kerja tersebut diambil alih oleh
secara manual komputer
Media penyimpan Buku-buku seperti jurnal, lejar, Maklumat disimpan dalam bentuk
rekod buku tunai serta fail lain untuk disket atau cakera padat
menyimpan dokumen perniagaan

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 11


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

LATIHAN PENGUKUHAN
A. Pilih jawapan yang betul
1 Di manakah rekod perakaunan yang paling awal didapati?
A. Itali
B. Babylonia
C. Mesir
D. India

2 Pada tahun berapakah Luca Pacioli menerbitkan buku Summa de Arithmetica, Geometrica,
Propotioni et Propotionalita?
A. 1949
B. 1459
C. 1494
D. 1779

3 Apakah maksud ‘papyrus’ dan ‘calamus’?


A. Maksud ‘papyrus’ ialah kertas manakala maksud ‘calamus’ ialah pen
B. Maksud ‘papyrus’ ialah pen manakala maksud ‘calamus’ ialah kertas
C. Maksud ‘papyrus’ ialah pembaris manakala maksud ‘calamus’ ialah kertas
D. Maksud ‘papyrus’ ialah kertas manakala maksud ‘calamus’ ialah pembaris

4 Pada tahun 850 M, sistem apa telah diperkenalkan?


I. Sistem Catatan Bergu
II. Sistem Angka Roman
III. Sistem Angka Hindu Arab
IV. Sistem Luca Pacioli
A. I dan IV sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. Semua di atas

5 ................... merupakan proses perakaunan yang bersistem bagi satu tempoh perakaunan
A. Simpan kira
B. Sistem perakaunan
C. Kitaran perakaunan
D. Sistem catatan bergu

6 Mengapakah perakaunan sosial pada masa kini perlu dipertimbangkan?


A. Kerana tindakan yang diambil oleh syarikat memberi kesan kepada sosiol ekonomi
B. Kerana tindakan yang diambil oleh syarikat memberi kesan kepada syarikat
C. Kerana tindakan yang diambil oleh syarikat akan mempengaruhi syarikat-syarikat lain
D. Kerana tindakan yang diambil oleh syarikat akan menyebabkan persaingan di antara
syarikat-syarikat

7. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu kod


X adalah dokumen yang dikeluarkan oleh badan-badan profesion perakaunan sebagai garis
panduan kepada akauntan semasa menjalankan tugas mereka
A. Kod siasatan
B. Kod etika perguruan
C. Kod etika pengauditan
D. Kod etika profesion perakaunan

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 12


SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG MODUL PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4
BAB 1 PENGENALAN
1.2 Sejarah Perakaunan

8. Apakah persamaan antara perakaunan konvensional dengan perakaunan Islam?


I. Bertujuan untuk menyediakan Penyata Kewangan untuk mengetahui keuntungan atau
kerugian yang dialami oleh perniagaan
II. Bebas melakukan Penyata Kewangan, asalkan tidak melanggar undang-undang
III. Membahagikan keuntungan antara pelabur dan penyimpan
IV. Penyata Kewangan perlu dipersembah dan dibentangkan kepada penggunanya
A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

9. Antara berikut yang manakah benar tentang perbezaan Perakaunan secara manual dengan
Perakaunan secara berkomputer
A. Perakaunan secara manual lebih cepat berbanding dengan perakaunan secara berkomputer
B. Perakaunan secara manual kurang tepat dan lambat berbanding dengan perakaunan secara
berkomputer
C. Perakaunan secara manual lebih baik daripada perakaunan secara berkomputer
D. Perakaunan secara manual mudah dan cepat berbanding dengan perakaunan secara
berkomputer

10. Maklumat berikut meliputi tugas Akauntan awam kecuali...


A. Merekod urusniaga dan menyediakan penyata kewangan
B. Menjadi setiausaha kepada pengurus perniagaan
C. Menjalankan kerja dalam bidang sistem maklumat perakaunan organisasi
D. Melakukan kerja sebagai juruaudit dalaman

Copyright @ En Ismail bin Othman / Modul Guru / 13

Anda mungkin juga menyukai