Anda di halaman 1dari 4

KEBERSIHAN TEMPAT TINGGAL Keadaan longkang dan parit yang tidak dipelihara dengan baik sudah tentu akan

menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar. Sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang dan parit dengan sengaja juga akan menyebabkan longkang mudah tersumbat. Kita hendaklah sentiasa memelihara kebersihan persekitaran. Jika kita abaikan kebersihan orang yang tinggal di kawasan persekitaran tidak berasa selesa kerana terganggu oleh bau busuk. Kawasan persekitaran rumah yang dijaga dengan baik sudah tentu mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, cantik dan harmoni. Apatah lagi jika dihiasi dengan lanskap atau tanaman bunga-bungaan yang cantik dan menghijau. Tempat-tempat air bertakung boleh menyebabkan pembiakan nyamuk. Orang akan mudah mendapat penyakit denggi. Jangan biarkan nyamuk membiak di tempat-tempat yang menakung air seperti bekas-bekas tin, tempurung kelapa dan tayar terpakai. Bagi menjamin kebersihan persekitaran pembuangan sampah khas hendaklah disediakan oleh setiap rumah. Kebersihan tempat pembuangan sampah juga perlu diberi perhatian. Sampahsampah perlu disimpan dalam plastik khas. Untuk keselamatan dan keselesaan bersama tempat-tempat letak kereta di kawasan rumah juga hendaklah bersih. Elakkan membuang minyak di kawasan letak kereta dan longkang-longkang. Buang minyak di tempat khas untuk menjauhkan dari berlakunya kebakaran. Jangan sekali-kali membakar bekas tin-tin dan botol-botol minyak kerana ini boleh mencemarkan udara. Cara-cara Menjaga Kebersihan Tempat Tinggal ialah: 1. Bergotong royong membersihkan longkang dan membuang sampah adalah tanggungjawab bersama.

2. 3.

Rajin membersihkan persekitaran rumah akan mententeramkan fikiran. Membersihkan tempat-tempat air bertakung boleh menjauhkan diri daripada terkena penyakit berjangkit.

4.

Membuang sampah di tempat yang disediakan dapat mendisiplinkan diri supaya tidak jadi pengotor.

Kepentingan Mengamalkan Cara Hidup Yang Sihat - untuk menjaga kesihatan - supaya tidak dijangkiti penyakit - supaya tidak menganggu kita belajar - untuk keselamatan dan keselesaan bersama - agar kita tidak jadi pengotor - kita tidak akan disukai orang ramai

CARA EFEKTIF MEMBERSIHKAN RUMAH Perkara pertama yang perlu diberi perhatian dalam pembersihan rumah ialah ia perlu bermula dari atas ke bawah. Mulakan dengan membersihkan habuk di kipas siling, mengelap rak tinggi, penyaman udara dan sebagainya. Kemudian diikuti pula dengan mengelap tingkap, pintu dan perabot yang ada. Selepas selesai membersihkan perabot, boleh mula menyapu lantai dan buang semua sampah ke dalam tong sampah. Mula mengemas di bahagian ruang tamu, kerana ruang itulah yang menjadi fokus utama ketika tetamu datang ke rumah. Sudah tentu sofa yang bersih, lantai berkilat dan karpet yang bersih akan memberikan impresi yang positif daripada tetamu kepada tuan rumah. Cara Membersihkan Sofa Langkah: Kenal pasti jenis fabrik sofa anda, ia diperbuat dari apa dan keadaannya pada masa itu; sama ada kotorannya akibat daki, tumpahan benda asing atau jenis bauan yang terdapat padanya. Anda juga boleh periksa sama ada di sofa anda terdapat label yang dilekatkan oleh pengusaha yang kadangkala turut memberi panduan untuk mencuci sofa tersebut. Apabila telah mengenalpasti jenis fabrik yang ada pada sofa dan cara untuk membersihkannya, pastikan anda mula mencuci bahagian yang tidak nampak pada pandangan hadapan. Caranya, basahkan bahagian tersebut dengan cecair pembersih dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum anda lap dengan tuala bersih. Jika ada warna yang luntur, sebaiknya jangan guna cecair pencuci tersebut, jika tidak melunturkan maka boleh teruskan cucian. Sebelum membersih dengan cecair pencuci, pastikan buang kotoran yang ada pada sofa dengan menggunakan penyedut hampagas atau berus sabut. Kain yang diperbuat daripada mikro fiber memang sesuai untuk membersihkan fabrik atau perabot. Tetapi pastikan menggunakan kain baru dan bukannya yang pernah digunakan untuk mencuci tandas kerana

dikhuatiri kuman akan berpindah ke sofa tersebut. Selepas cucian, gunakan pula penyembur fabrik untuk mengasingkan kotoran. Selepas semburan, ada beberapa cara untuk mengekstrak kotoran yang tertinggal, caranya dengan; - Pembersihan satu kawasan kotor sahajaPengasingan kawasan yang basah- Pembersihan menggunakan buih- Pembersihan kering. Cara Membersihkan Lantai Langkah: Mulakan dari sudut yang paling jauh hinggalah ke pintu masuk rumah. Mulakan dengan mop habuk dan vakum untuk mengelakkan habuk daripada berterbangan. Bila lantai bersih daripada sebarang kotoran dan habuk, maka proses pembersihan lebih mudah dibuat. Membersihkan lantai, pastikan habuk yang disedut dari penyedut hampagas itu dibuang ke dalam plastik sampah dan bukannya dalam lubang tandas. Kemudian, isi baldi dengan air bersih. Tambahkan serbuk pencuci dan sebaiknya gunakan yang mempunyai agen pembasmi kuman. Dengan mop pastikan anda mengelap semua lantai, perah mop supaya kesan pembersihan lebih baik. Tukar air baru jika air dalam baldi tadi sudah berubah warna kelabu.

Anda mungkin juga menyukai